Sunday, March 21, 2010

Aku Cintakan Kau Beb!

“Hah! Tunang? Kami berdua nak tunang!” Daniela dan Akid bersuara serentak. Kemudian mereka berpandangan dan mendiamkan diri buat seketika. Beberapa saat kemudian masing-masing ketawa terbahak-bahak. Akid mulai menekan perutnya akibat terlalu geli hati dengan apa yang baru sahaja didengari olehnya.

“Habis tu betullah kan….kami bukan apa, sebelum kamu berdua bertolak ke luar negara, tak salah kiranya kalau kamu berdua ditunangkan terlebih dulu…nanti tak adalah istilah Ela kena rampas dan Akid pulak kena ambil dekat perempuan lain,” Datuk Mukhriz bersuara bagi pihak keluarga Akid. Sekali lagi Akid dan Daniela berpandangan maka terburailah hilai tawa yang lebih dasyat daripada tadi.

“Yang kamu berdua ni kenapa? Lucu sangat ke cadangan kami semua ni?” tanya Encik Zamri mewakili pihak keluarga perempuan. Isteri masing-masing yang berada di sebelah mengangguk. Masing-masing masih terasa pelik dengan gelagat anak mereka yang masih lagi tergelak tanpa henti.

“Daddy….mummy…benda ni memang la tak lawak kalau kami berdua ni bercinta, masalahnya sekarang ni kami berdua ni kawan je, kawan baik, best friend, kawan dari kecik, mana ada istilah cinta antara kami berdua, habis tu macam manalah kita orang berdua ni tak gelak bila dengar rancangan pasal benda-benda tunang ni,” Akid akhirnya bersuara. Namun masih lagi dengan hilai tawa yang berbaki.

“Entahlah mama dengan papa ni, dari manalah mama dengan papa dapat maklumat yang langsung tak ada kebenaran tu? Kita orang kawan jelah, Ela nak tunang dengan Kid, macam geli geleman jek,” Daniela pula bersuara. Kemudian semua terdiam buat seketika manakala Akid dan Daniela masih mengekek ketawa.

“Betul ni! kamu berdua tak tipu?” Datin Rubiah pula bertanya. Puan Anisah yang berada di sebelahnya mengangguk setuju.

“Ya Allah, betullah memang la kami berdua ni selalu sangat bersama,tapi kami berdua memang sekadar kawan je, tak lebih dari tu, bukan Ela ni saja yang geli geleman dengar semua ni, Akid pun seriau, macam manalah mummy dengan daddy, uncle dan aunty boleh terfikir tentang semua ni, kami berdua ni tak mungkin boleh jatuh cinta, apatah lagi nak tunang dan kahwin segala, semua benda baik buruk Si Ela ni saya tahu, tak mungkin la kami akan jatuh cinta, kan Dan?” Akid beralih memandang Daniela yang berada di sebelahnya.

“Buruk sangat ke aku ni?” soal Daniela tiba-tiba sambil menjeling tajam memandang Akid yang duduk di sebelahnya.

“Contoh jelah mak cik, perumpamaan, tu pun nak terasa, yang kau sensetip tiba-tiba ni kenapa?” soal Akid kembali.

“Saje nak tanya tak boleh?” balas Daniela.

“Betul ni…kamu berdua tak bergurau kan?” Puan Anisah pula bertanya. Betul-betul inginkan kepastian. Bukan mai lagi mereka merancang untuk menjodohkan anak-anak mereka lantas merapatkan lagi perhubungan persahabatan yang terjalain selama ini. Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Mereka sangat terkejut dengan kenyataan yang baru sahaj diketahui.

“Mama, mama tengok anak mama ni jenis yang suka bercinta ke? Tak ada makna cinta-cinta ni, tambah-tambah kita orang ni muda lagi, malas la nak fikir pasal cintan cintun segala, lagi-lagi kalau nak bercinta dengan mamat senget ni, lagi la Ela tak nak, tak ada perasaan, sikit pun tak ada,” Daniela bersuara dengan bersungguh. Sekilas dia memandang Akid sambil menjelirkan lidah dan terus dibalas kembali oleh Akid.

“Emm…nampaknya kempunan la cita-cita nak jadi besan ya Ani,” Datin Rubiah bersuara dengan nada yang cukup kecewa.

“Nampaknya macam tu lah Rubi, saya ingatkan mereka berdua ni tengah bercinta, rupa-rupanya kita silap,” Puan Anisah memandang Datin Rubiah kemudian beralih pandang kepada suaminya En. Zamri.

Kini giliran Datuk Mukhriz dengan En. Zamri pula berpandangan. Mereka terdiam seketika. Kemudian hilai tawa terus sahaja pecah. Giliran mereka berdua pula tergelak besar sehingga memecah kesunyian banglo mewah kepunyaan Datuk Mukhriz.

“Papa dah agak dah, baby Girl papa sorang ni takkan bercinta punyalah, papa kenal dengan anak papa, mama tu je yang sibuk-sibuk buat cerita yang bukan-bukan,” En. Zamri bersuara kuat. Datuk Mukhriz mengangguk-ngangguk sambil ketawa yang masih belum reda.

“Daddy lagi la daddy siap bertaruh dengan mummy, daddy dah cakap anak daddy ni tak adanya nak bercinta serius waktu-waktu muda macam ni, mummy kamu tu yang degil, sekarang ni, cancel jalan-jalan kat Paris,” Datuk Mukhriz berbicara sambil menjeling manja kepada isteri kesayangan. Bukan main lagi isterinya memberitahu dia mengenai percintaan anak lelaki tunggalnya dengan Daniela anak sahabat baiknya itu. Dia pula waktu itu mati-mati menafikan, namun isterinya tetap dengan pendiriannya sehinggakan dia bertaruh sekiranya isterinya betul dia akan memanjangkan tempoh mereka bercuti ke Paris tetapi sekiranya isterinya salah, percutian mereka terus dibatalkan.

Datin Rubiah terus sahaja mencebik. Geram dengan sikap suaminya yang terlalu manjakan anaknya. Dia tahu sejak kecil suaminya itu terlalu rapat dengan anak lelakinya itu malah mereka berdua boleh dikatakan satu kepala. Boleh dikatakan semua perkara mereka berdua sependapat sehinggakan dia kadang-kadang dipalit rasa cemburu melihat kemesraan mereka berdua.

“Papa…habis tu macam mana?” Tanya Puan Anisah kepada suaminya.

“Habis apa? Macam tu jelah mama, tulah mama tak nak dengar cakap papa, kan papa dah cakap papa kenal anak kesayangan papa ni, kalau dia bercinta dengan mana-mana lelaki dia mesti beritahu papa, mama yang degil,” jawab En. Zamri. Kemudian dia dan Datuk Mukhriz tergelak sekali lagi. Daniela dan Akid hanya tersenyum melihat telatah keluarganya.

**********

“Macam manalah mummy kau dengan mama aku boleh cakap kita ni bercinta, tak logik tahu tak,” Daniela terus sahaja duduk di buaian yang terdapat di taman permainan tersebut. Itu merupakan tempat kegemaran mereka apabila menjelang waktu petang. Selepas berjogging dan bersenam mereka berdua akan singgah di situ untuk merehatkan badan sebelum melangkah pulang ke rumah.

“Entah, aku dengan kau bercinta! Jawabnya semua member-member kita yang tahu pasal kita ni tergelak terguling-guling kau tahu tak!” Akid berjalan menuju ke arah bangku kecil yang berada tidak jauh dari buaian yang yang diduduki oleh Daniela. Gadis yang sedang menghayun buaian tersebut diperhati buat seketika. Kemudian dia tersenyum.

“Kenapa kau tiba-tiba tersenyum tengok aku?” rupa-rupanya Daniela menyedari yang dia sedang diperhatikan oleh sahabat karibnya itu.

“Tak ada, aku cuma terfikir, macam manalah kalau kita ni betul-betul bercinta, aku rasa tiap-tipa hari kita bertumbuk, kau dengan karate kau aku dengan silat aku, fuh! Best tu bro!” Akid cuba berseloroh namun dalam mindanya waktu itu dia betul-betul memikirkan apa yang sedang dia bicarakan ketika itu.

“Blah la ko! Boleh lagi kau fikir pasal benda macam tu, aku bukan setakat nak fikir, terlintas pun tak pernah tau! Aku lebih rela membujang sampai ke tua daripada aku bercinta dengan dan kahwin dengan kau! Tak sanggup aku! Geli geleman, berdiri bulu roma aku siot!” Daniela bersuara kuat. Kemudian dia tergelak sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Kau tak terfikir ke? Mana la tahu betul-betul kita jatuh cinta lepas ni, lepas ni la, sekarang ni, aku tengok kau macam aku tengok tiang lampu beb! Tak ada perasaan!” Akid tergelak sendiri dengan kenyataan yang baru dia ungkapkan. Memang dia langsung tidak mempunyai perasaan istimewa terhadap Daniela. Dia hanya sayangkan gadis itu sebagai sahabatnya sahaja. Dia akui dia memang mengambil berat menegenai gadis itu malah mereka berdua memang saling bergantungan. Sehinggakan sekiranya terdapat salah faham di antara mereka, ianya hanya berlanjutan sehingga setangah hari sahaja, dia tidak boleh hidup tanpa mendengar hilai tawa dan sikap gila-gila Daniela.

Daniela terus sahaja melihat tubuh bandannya sebaik sahaja mendengar sahabat baiknya itu berbicara. Dia tahu sejak kecil dia suka mengenakan pakaian lelaki. Jarang sangat dia mengenakan pakaian yang menampakkan susuk tubuhnya. Pakaian yang biasa dia pakai adalah t-shirt dan jeans besar serta cap yang jarang sangat ditanggalkan dari kepalanya. Dia tahu dia kasar. Ramai mengatakan dia tomboi walupun pada hakikatnya dia hanya kelihatan kasar dari segi pakaian dan tutur katanya sedangkan perasaannya masih normal dan dia juga sukakan lelaki seperti gadis-gadis yang lain. Dia pantang melihat mana-mana lelaki yang mempunya rupa paras yang tampan pasti dia akan kacau atau ‘usha’ walaupun dia tahu dia pasti tak akan dapat lelaki tersebut degan penampilannya itu. Tetapai yang menghairankan dia, dia langsung tidak tertarik dengan Akid salah seorang lelaki yang digilai ramai gadis di sekolah. Semua perempuan cemburu dengannya akibat terlalu rapat dengan Akid namun baginya Akid hanya lelaki biasa dan dia langsung tidak mempunyai apa-apa perasaan istimewaterhadap lelaki itu.

“Oh, jadi kau anggap aku ni tiang lampu la ek??? Tiang lampu straight je beb, aku ni ada body gak tau! Aku tak tunjuk kat kau jek!” marah Daniela. Menyampah dia dengan sikap Akid yang selalu sangat kutuk dia tanpa berlapik, namun dia sudah biasa dengan itu semua. Bahkan dia tahu kutukan Akid itu hanyalah gurauan semata-mata.

“Iye la tu, memang la ada body cuma tak ada shape jek!” Akid ketawa dan terus bangun dari tempat duduknya dan melarikan diri. Dia tahu kata-katanya sebentar tadi pasti akan mendatangkan kemarahan Daniela. Tekaannya tepat Daniela terus sahaja mengejarnya dari belakang sambil melaung memanggil namanya.

“Sakitlah mak cik! Bengong la ko!” marah Akid sebaik sahaja Daniela menampar kuat kepalanya dan terus sahaja melarikan diri. Walaupun dia sudah biasa diperlakukan begitu, namun setiap kali itu jugalah dia akan marah dengan gadis itu yang langsung tidak mendengar kata-katanya agar berhenti dari menampar kepalanya lagi. Namun gadis itu Daniela, sahabat baiknya, gadis yang paling degil yang pernah dia jumpa seumur hidupnya.

“Uwek! Sape suruh kau kutuk aku! Rasakan!” Daniela menjelirkan lidahnya dan terus berlari tanpa henti. Akid terus sahaja mengejarnya dan mereka berkejar sambil bergelak ketawa.

“Dah..dah…dah…aku dah penat,” Daniela terus sahaja terduduk di tengah-tengah padang bola sepa yang berada di situ. Dia sudah tidak mampu untuk berlari lagi.

“Tahu pun penat,” ngomel Akid dan terus sahaja duduk di sebelah sahabatnya itu.

“Kau dah siap packing?” tanya Daniela yang mula bertanya mengenai persiapan mereka yang akan menyambung pelajaran di luar negara. Dia ke UK manakala Akid ke US.

“Dah, aku memang tak sabar nak tinggalkan Malaysia, tambah-tambah tak sabar nak tinggalkan kau!” Akid tergelak. Dia memang suka mengusik Daniela. Entah bagaimanalah kehidupannya tanpa gadis itu di sisi. Serentak dengan itu sekali lagi kepalanya ditampar dengan kuat.

“Sakitlah! Bongok! Kan aku dah cakap jangan main kepala aku!” marah Akid terus sahaja menolak badan gadis itu sehingga badan Daniela terdorong ke tepi.

“Aku tak kira, bila lagi aku nak main kepala kau, lepas ni dah tak boleh da,” Daniela tergelak kuat. Kali ini Akid hanya mendiamkan diri. Dia tiba-tiba terfikirkan apa yang baru sahaja diungkapkan oleh Daniela sebentar tadi. Macam manalah kehidupannya nanti tanpa gadis itu di sisi. Bolehkan dia berdikari hidup sendiri tanpa Daniela. Dia mengaku, selama ini dia banyak bergantung dengan gadis itu. Semua perkara yang ingin dilakukan olehnya akan dirujuk kepada Daniela terlebih dulu.

“Dan,” Akid bersuara perlahan. Matanya memandang jauh ke tengah padang yang terbentang luas.

“Apa dia?” tanya Daniela menoleh sejenak memandang Akid yang masih lagi duduk di sisinya.

“Kau takkan lupakan aku kan?” suara akid mulai mendatar.

“Entah…..

“Apa ni? Aku just tanya kau takkan lupakan aku ataupun tak je….kau boleh jawab entah,” Akid sedikit geram menerima jawapan daripada Daniela sebentar tadi. Daniela pula hanya tergelak kecil mendengar suara Akid yang kedengaran sedang merajuk.

“Habis tu., kau boleh lagi tanya soalan bodoh tu dengan aku, kita dah lama berkawan Kid, kita dah macam kembar tahu tak, kau adalah aku, aku adalah kau, rasanya kalau aku ni ditakdirkan hilang ingatan sekalipun aku tetap tak akan lupakan kau!” jawapan Daniela cukup jelas. Sudah cukup membuatkan Akid tersenyum kembali. Memang benar apa yang dibicarakan oleh Daniela. Orang di sekeliling pasti akan bertanya sekiranya mereka tidak kelihatan bersama.

“Kau sayangkan aku kan?” sekali lagi Akid bertanya soalan yang jarang sangat mereka bicarakan selama ini. Tambahan pula mengenai sayang menyayang. Kata-kata sayang bagi mereka berdua ibarat satu virus. Agak sukar untuk mereka berdua ungkapkan perkataan tersebut kecuali dengan ibu bapa masing-masing.

“Sayang? Sayanglah kot, eh, soalan apa ni? Adui! Sengal la kau, malas aku nak layan kau!” Daniela terus sahaja bagun dari tempat duduknya dan berjalan meninggalkan Akid yang sejurus kemudian turut melangkah mengikut jejaknya.

“Weh! Tunggulah aku! Kita buat perjanjian bodoh nak?” kata Akid sambil memaut mesra bahu Daniela.

“Perjanjian apa?”

“Sepanjang kita belajar ni, kita tak payah contact apa-apa even email sekalipun! Kita tunggu sampai kita habis belajar dan lepas balik semula ke Malaysia baru kita jumpa, nak?”

“Aku ok je, aku cuma risaukan kau je, takut kau rindukan aku, aku no hal!”

“Excuse me! Itu kau ok! Kau tu yang akan rindukan aku! Aku nak rindukan kau buat apa! Dengan rupa paras aku ni, bila-bila masa je aku boleh cari perempuan lain hilangkan boring sementara kau tak ada!” Akid tergelak bangga. Daniela mencebik.

“Ok fine! Kita tengok siapa yang rindukan siapa!”

“Deal!”

“Deal!”

****************

“Baby! Wait for me ok!” seorang lelaki yang kelihatan cukup bergaya berlari anak mendapatkannya. Daniela tersenyum. Sering kali dia melakukan kesilapan sebegitu setiap kali mereka berjalan bersama.

“Sorry Bie…tak perasan!” Daniela tersengeh.

“Tahulah excited nak jumpa dengan family, sampai boleh lupakan bie ek?” lelaki itu terus sahaja mendapatkan tangan gadis kesayangannya dan digenggam erat. Daniela hanya tersemyum dan membiarkan sahaja perlakuan lelaki itu. Dia sudah biasa dengan sikap penyayang dan romantic lelaki tersebut semenjak dia bergelar teman wanita lelaki itu beberapa bulan yang lalu.

“Tak adalah, mana ada, Ela ingatkan Bie ada kat sisi Ela tadi,” jawab Daniela. Hakikat yang sebenarnya memang dia rindukan seseorang. Seseorang yang sudah lima tahun dia tidak temui. Kalau mama dan papanya setiap tahun kedua ibu bapanya itu datang melawatnya di UK.

“Wow! Bie tak sabar nak jumpa dengan family Baby, kalau family Bie boleh ikut sekali mesti best kan, boleh bincangkan terus perkahwinan kita,”

“Uit! Siapa cakap Ela nak kahwin dengan Bie,” Daniela cuba berseloroh. Kelihatan lelaki itu terus sahaja menarik muncung dan wajahnya serta merta masam mencuka.

“Ala, gurau sikit pun merajuk! Jom Ela kenalkan Bie dengan family Ela,” Daniela terus menarik tangan lelaki itu dan berjalan menuju ke arah ahli keluarganya yang mulai melambaikan tangan ke arahnya.

*****************

“Boom!” Daniela terkaku ibarat patung apabila disergah sebegitu dari belakang. Dia cam benar dengan suara tersebut walaupun suara tersebut sedikit kasar.

“Kau kan, kalau aku ni sakit jantung dah lama aku masuk ccu tahu tak!”

Daniela separuh menjerit. Beberapa pasang mata mulai memandang ke arah mereka. Sudahlah tadi dia dikejutkan dengan majlis menyambut kepulangannya yang dirancangkan oleh kedua ibu bapanya tanpa diketahui olehnya. Apabila dia sampai ke rumah dia begitu terkejut apabila terdapat begitu ramai orang di perkarangan banglo mewah milik papanya. Kali ini pula dia dikejutkan dengan Akid yang kononnya nak berjenaka.

“Ok jugak tu! Biar aku jaga kau kat hospital nanti!” jawab Akid sambil tergelak kecil. Kemudian gadis yang sedang berdiri di hadapannya ketika itu dipandang dari atas sampai ke bawah. Dia terkesima.

“What is this! Blaus! Skirt! Wooo…wait! Mana hilangnya Dan kesayangan aku! Kau ni siapa? Apa yang kau dah buat dengan Daniela?” tanya Akid cuba berseloroh. Entah mengapa waktu itu tiba-tiba sahaja timbul perasaan lucu dalam dirinya. Kalau ikutkan hatinya mahu sahaja dia tergelak sambil berguling-guling di situ. Nasib baik dia masih lagi waras dan tahu jaga air muka sendiri. Dia cuba menahan ketawa.

“Kid! Stop it ok! Kau ni kan aku ketuk kepala kau karang baru kau tahu!” Daniela geram. Suaranya dan tingkah lakunya terpaksa dikawal.

“Baby! Here you are! Sampai hati Baby tinggalkan Bie sorang-sorang kat sana,” sebaik sahaja lelaki itu mendapatkan Daniela dengan segera pinggang kecil gadis itu dipaut dengan mesra. Akid hanya mampu memandang dan ada sedikit perubahan pada wajahnya ketika itu.

“Oh ya Bie, kenalkan ni satu-satunya kawan baik Ela yang sengal! Nama dia Akid Asyraff, panggil Akid je, and Akid ni boyfriend aku Ifzad…kau boleh panggil dia Zad saja”

Akid menghulurkan tangan sambil tersenyum dan disambut mesra leh lelaki itu. Daniela tersenyum. Puas hati dia dapat menunjukkan teman lelakinya kepada Akid yang selalu mengatakan dia tidak akan mampu mendapatkan teman lelaki.

“Sengal tu apa?” tiba-tiba Ifzad bertanya. Mukanya mulai berkerut.

“Just forget about it ok Bie, nanti bila Bie dah lama kat sini Bie akan faham nanti,” Daniela tergelak kecil. Kemudian dia memandang Akid yang hanya mampu tersenyum. Ada kelainan sedikit dengan senyuman tersebut. Padan muka! Detik hati Daniela. Puas hatinya dapat membuktikan kepada Akid bahawa dia mampu untuk mendapatkan teman lelaki sekacak Ifzad. Lelaki yang menjadi kegilaan ramai di universiti di mana dia belajar.

“Baby nak air? Bie boleh ambilkan, Kid?”

“Boleh juga, Ela pun dahaga ni,”

“No thanks, I dah minum tadi,” Akid menjawab sambil tersenyum. Kemudian dia memerhati lelaki itu melangkah meninggalkan mereka sehingga hilang di sebalik orang ramai yang berada di perkarangan bangle tersebut.

“Kenapa kau pandang aku semacam je,” tanya Daniela apabila dia menyedari Akid memandangnya sebaik sahaja Ifzad hilang dari pandangan. Kemudian dengan sekuat hati Akid tergelak sehinggakan semua mata tetamu yang berada di situ memandang ke arah mereka. Daniela mulai kalut. Gila ke apa mamat ni!

“Kau tak rasa apa yang aku rasa?”

“Rasa apa?” tanya Daniela sedikit kalut.

“Rasa lucu beb! Gila la….apa dia panggil kau, Baby? kau panggil dia apa ek? Bie? Wa cakap lu kan, bulu tengkuk gua dah meremang beb! Tak boleh blah siot!” Akid ketawa sekuat yang boleh. Dia sudah tidak peduli pandangan orang kepadanya lagipun kelihatan tetamu mulai tidak mempedulikan gelak tawanya itu. Mungkin mereka berpendapat bahawa itu lumrah biasa bila dua orang sahabat lama bertemu setelah bertahun-tahun terpisah.

Daniela hanya mampu mendiamkan diri. Dia dapat merasakan darahnya mulai naik ke muka. Sudah tentu waktu itu mukanya mulai merah padam menahan marah. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia geram dengan lelaki itu. Kalau ikutkan hatinya yang sedang marah sudah lama muka lelaki itu berkecai ditumbuknya.

“Dan…Dan….lucu la kau beb! Tak sangka aku, lima tahun terpisah, bila jumpa balik rupa-rupanya kau perempuan! Wow! Tapi serius aku cakap! Aku rindukan Dan yang dulu beb!”

Daniela masih membatu. Rasa marahnya pada lelaki itu masih belum hilang. Mengapalah dia tidak boleh bertindak seperti dulu. Kalau dulu, rasanya sudah lama kepala lelaki itu dia ketuk. Tetapi kali ini dia merasakan gerak gerinya agak terbatas. Dia seperti sedang berperang dengan diri sendiri.

“Kau suka kan sakitkan hati aku,” Daniela akhirnya bersuara. Kemudian dia tersenyum kepada Ifzad yang kelihatan sedang berjalan ke arahnya sambil membawa dua gelas minuman.

“Ok la Baby, Bie pergi dulu ok, rindulah kat Baby, rasa nak gigit je hidung Baby yang mancung ni,” Akid berbisik ke telinga Daniela lembut dan terus mencuit hidung Daniela sebelum melangkah meninggalkan gadis itu. Daniela terpana. Jantungnya tiba-tiba sahaja rasa seperti mahu tercabut.

“Baby! Are you ok?”

“Hah! Yea! Im ok! Ok! Tak ada apa-apa!”

****************

“Daniela! Aku dah cakap kan jangan ketuk kepala aku lagi!” Akid bersuara kuat apabila kepalanya tiba-tiba sahaja diketuk dari belakang. Niatnya untuk terjun ke dalam kolam renang terbantut.

“Puas hati aku! Dari hari tu lagi aku nak ketuk kepala kau! Ya Allah leganya!” kali ini giliran Daniela pula tergelak seperti Akid semasa hari pertama dia menjejakkan kaki ke Malaysia.

“Tak apa! Tunggulah kau! Tahulah macam mana aku nak balas lepas ni, nasib baik aku memang betul-betul nak berenang hari ni,” Akid menjeling tajam pada Daniela yang sedang mencebik kemudian menjelirkan lidah keadanya. Dengan perasaan geram dia terus sahaja melemparkan badanya ke dalam kolam renang dengan sekuat hati sehingga satu percikan besar terbentuk lalu terkena Daniela yang begitu hampir dengan kolam renang.

“Akid! Bodohlah kau! Habis basah baju aku la mangkuk!”

Akid terus sahaja mengilai tak ingat dunia. Puas hatinya kerana dapat membalas perbuatan Daniela dalam masa yang begitu cepat sekali.

“Uit! Sopan sikit bercakap tu! Tak sesuai dengan baju yang kau pakai tu! Baju je yang kelihatan feminine buat apa? Kalau mulut kau masih lagi macam jantan!” Akid menyambung gelaknya. Daniela menghentakkan kakinya beberapa kali. Ini tak boleh jadi. Dia terus sahaja membuka kasut tumit tinggi yang dipakainya. Hutang mesti dibayar.

“Kau..kau nak buat apa tu?” tanya Akid agak cemas apabila dia merasakan dia boleh mengagak apa yang ingin dilakukan oleh Daniela.

“Honey! Where are you! I miss you so much!” belum sempat Daniela terjun ke dalam kolam dia dikejutkan dengan suara manja seorang gadis. Dia terus sahaja menoleh dan kelihatan seorang gadis yang kelihatan cukup eligan dan begitu seksi sedang melangkah ke arah mereka. Wajah gadis itu seperti pernah dilihatnya di mana-mana. Siapa minah ni?

“Hei! There you are! Patut la I call tak dapat, honey ni! Selalu buat I risau la,” suara itu masih lagi kedengaran begitu manja. Daniela mulai mengerut-ngerutkan dahinya. Wajah Akid dan wajah gadis itu dipandang bersilih ganti.

“Hai Darling! Sorry I lupa nak bawa turun hanset tadi, hanset ada kat bilik!” Akid terus sahaja keluar dari kolam renang dan terus mendapatkan jubah mandinya yang disangkut di kerusi rehat yang berada di tepi kolam.

“You ni siapa?” gadis itu bertanya sebaik sahaja menyedari kewujudan Daniela di situ. Dengan perlahan Daniela memakai kembali kasutnya dan tersenyum lalu melangkah menghampiri gadis itu.

“I Daniela, kawan baik Akid,” Daniela menghulurkan tangannya dan salamnya bersambut.

“Oh! I Sofea, teman wanita Akid. Nampaknya Akid tipu I,”

“Kenapa?” tanya Daniela agak kepelikan. Akid sudahpun mendapatkan teman wanitanya. Sudah beberapa kali dia menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Dia langsung tidak bersedia dengan kedatangan Sofea ke rumahnya pada hari ini. Walaupun dua minggu yang lepas semasa dia mula-mula menjejakkan kaki ke Malaysia gadis itu sudah menjejakkan kaki ke rumahnya namun kali ini dia memang tidak bersedia. Ditambah pula Daniela ada di rumahnya ketika ini.

“Yalah! Honey! You cakap kat I Daniela ni perangai dia macam lelaki, pakaian dia pun macam lelaki, tapi I tengok sekarang ni tak sama pun macam yang you cakap!”

“Oh! Ye ke? Akid cakap macam tu kat you ek? Dia memang dah lama hidup la tu,” Daniela tersengeh memandang Sofea dan kemudian menjeling tajam pada Akid yang mulai kalut dan tersengeh sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“You dah berubah ek?” tanya Sofea.

“Biasala. Manusia boleh berubah kan,” jawab Daniela pendek.

“Oh! Honey! I Tertinggal sesuatu kat dalam kereta, I dah beli barang yang you nak tu, tunggu kejap I pergi ambil ok!” dengan leggang lenggok yang cukup menggoda Sofea berjalan meninggalkan Daniela dan Akid yang masing-masing terdiam seketika.

“Perli aku bagai nak rak! Kau pun sama sengal! Honey la konon! Darling la! Geli geleman aku dengar!” Daniela tergelak besar. Akid merengus. Kena dia kali ini!

“Awek kau supermodel kan. Yalah! Sofea Adrianna! Baru aku ingat! Patut la lenggang semacam jek! Tu dia dah datang dah! Tinggi jugak taste ko ek?”

Akid langsung tiada modal untuk membalas kata-kata Daniela. Dia hanya terdiam seribu bahasa.

“Darling balik dulu ye honey! Wow! Honey nampak seksi la basah-basah macam ni! Geram darling!” dengan suara yang cukup menggoda Daniela berbisik ke telinga Akid dan dengan lembut tangannya mengusap wajah Akid. Akid kaku! Kemudian dia tersentak. Daniela sudah berjalan meninggalkannya.

“What is that?” tanya Akid tiba-tiba terus menoleh untuk melihat Daniela.

“La, you kan kirim kat I tye masa I kat Paris minggu lepas, I belilah ni untuk you!”

“No! Soalan tu untuk Daniela..ahh! just forget about that ok!” buat seketika Akid merasakan dia seperti gagal untuk bernafas dengan sempurna.


******************

“Kau jangan gatal boleh tak?” arah Akid dengan suara separuh berbisik. Berbulu dia melihat Daniela yang seakan-akan sengaja bersikap manja dengan Ifzad kekasihnya. Peluang tersebut diambil sebaik sahaja kekasihnya Sofea dan kekasih Daniela, Ifzad sama-sama meminta diri ke tandas.

“Gatal apa pulak?”

“Menyampah aku tengok kau macam sengaja nak menunjuk-nunjuk depan aku yang kau tu bahagia dengan Ifzad tu,” Akid melepaskan apa yang terpendam di dalam hatinya.

“Excuse me! Mana ada aku menunjuk-nunjuk! Aku memang bahagia dengan dia, lagipun kau ingat awek kau je ke yang boleh gatal-gatal, gedik-gedik macam beruk kena belacan! Fuh! Lega aku dapat luahkan benda ni siot!” suara Daniela agak kuat namun masih lagi terkawal.

“Weh! Awek aku tu memang dah macam tu, sejak dulu dia macam tu, dia tak plastic macam kau! sengaja buat-buat!” Akid membalas. Daniela ternganga akibat terkejut mendengar kenyataan Akid sebentar tadi.

“Plastik?! Weh! Mulut kau jaga-jaga sikit eh!” Daniela bangun dari kerusinya. Suaranya sudah tidak mampu dikawal lagi.

“Memang betul kan? Kau ingat aku tak tahu! Hei! Kau memang berubah jadi macam ni sebbb kau nak pikat lelaki tu kan? Aku kenal kau la Dan!”

“What! Ulang sekali lagi! Kau jangan nak naikkan darah aku ok! Oh! Sekurang-kurangnya pakaian yang aku pakai ni tak adalah mencolok mata macam awek kau, skirt tu pakai ke tak pakai ke sama jek,singkat nak mati, tak payah pakai pun tak apa, kat dada tu pulak kalau boleh nak londehkan semua biar bagi nampak lagi jelas!” kali ini memang mereka berdua telah mencipta wayang secara tak rasmi di restoran tersebut.

“Mulut kau…….

“Kenapa? Tak puas hati?” tanya Daniela kembali.

“Oh! Akhirnya! Kau kembali kepada asal! Aku memang tak hairan kalau ayat tu keluar dari mulut kau, keluar dari mulut perempuan plastik macam kau!”

“Sekali lagi kau cakap aku perempuan plastik, nahas kau aku kerjakan!” Daniela memberi amaran. Dia risau sekiranya tahap kesabaranya tidak dapat dibendung lagi. jari telunjuknya sudah hampir mengenai hidung Akid yang mancung itu.

“Ek eleh, kau ingat aku takut dengan kau ke? Apa yang kau boleh buat! Kau memang perempauan plastic pun! Perempuan plas……..

Bush! Segelas air tercurah ke muka Akid. Akid terkesima. Dia langsung tidak menduga Daniela akan melakukan itu semua.

“You know what! Aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh berkawan berpuluh-puluh tahun dengan orang yang sanggup hina kawan baik dia sendiri! Aku bencikan kau Akid Asyraff!” sebaik sahaja meluahkan kata-kata tersebut Daniela terus sahaja melangkah meninggalkan Akid. Beberapa saat kemudian pasangan masing-masing tiba dan mereka terpinga-pinga. Langsung tidak tahu apa yang telah berlaku. Dengan segera Ifzad berlari mendapatkan Daniela yang sudah agak jauh meninggalkannya.


****************

Dengan wajah yang sugul Akid keluar dari perkarangan rumahnya dan terus sahaja berjalan menuju ke arah rumah Daniela yang terletak berhadapan dengan rumahnya. Nafasnya ditarik sedalam mungkin dan dihembus perlahan sebelum dia melangkah masuk ke perkarangan rumah Daniela. Kebetulan waktu itu kelihatan ibu dan ayah Daniela sedang melangkah menuju ke kereta. Mungkin mahu keluar.

“Hai uncle, aunty,”

“Hei! Akid, nak jumpa Daniela ke? Dia ada kat ruang tamu, tengah tengok tv rasanya tadi,” beritahu En.Zamri yang sememangnya dapat mengagak tujuan kedatangan anak muda itu ke rumahnya.

“Masuklah Kid, aunty dengan uncle nak keluar ni, ada fuction!” Puan Anisah pula bersuara. Akid tersenyum dan mengangguk tanpa sepatah kata. Kemudian dia melangkah menuju ke pintu utama banglo mewah tersebut.

******************

“Kau buat apa kat sini? Tak puas hati nak sakitkan hati aku lagi ke?” tanya Daniela sebaik sahaja terpandang wajah Akid sebaik sahaja dia bangun untuk meninggalkan ruang tamu. Akid terdiam. Dia memandang tajam ke arah gadis yang sedang berdiri di hadapannya itu. Gadis itulah yang dirinduinya selama ini. Pemakaian Daniela ketika itu betul-betul membuatkan dirinya berlari mendapatkan gadis itu dan dipeluk dengan erat. Namun dia tahu waktu itu masa dan situasi tidak mengizinkan.

“Dan, aku…aku datang ni nak minta maaf! Aku tahu aku salah! Aku tahu hari tu aku memang melampau! Tapi percayalah! Aku langsung tak terniat nak cakap apa yang telah aku cakap hari tu,” Akid bersuara lembut. Dia tekad, selagi dia tidak mendapatkan kemaafan daripada gadis itu dia tidak akan melangkah keluar dari situ.

Daniela hanya mendiamkan diri. Matanya tepat memandang wajah Akid. Matanya mulai berkaca-kaca. Perasaan sebak sudah menguasai dirinya. Dia tahu kali ini dia pasti gagal menyekat air matanya daripada jatuh membasahi pipi. Akhirnya air matanya terus mencurah membasahi pipi. Dengan segera dia melangkah meninggalkan Akid dan berjalan menuju ke taman rumahnya. Dia terduduk di bangku kayu yang tersedia di teman kecil ciptaan papanya itu.

“Dan… Janganlah nangis, aku tahu aku salah, tapi kau janganlah nangis, aku minta maaf ok!” Akid kalut seketika. Dia langsung tidak menyangka kata-katanya sebentar tadi membuatkan gadis itu mengangis dengan begitu sekali.

“Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa kau hina aku! Selama ni kau tak pernah hina aku! Kau tak pernah kisah aku macam mana, tapi kenapa hari tu kau hina aku!” Daniela bersuara dalam tangisan. Wajah Akid dipandang.

“Ye aku tahu! Aku tahu selama ni aku tak pernah kisah kaumacam mana, aku tak pernha hina kau! Aku tak terniat sikit pun nak hina kau hari tu! Aku cuma…aku cuma geram saja hari tu! hati aku sakit! Sakit sangat Dan” Akid juga sudah tidak mampu menahan air mata lelakinya daripada jatuh dan membasahi pipi. Hari ini biarlah Daniela tahu tentang isi hatinya selama ini.

“Tapi kenapa? Apa yang aku dah buat?”

“Aku tak tahu sama adakau rasa apa yang aku rasa! Lima tahun Dan…lima tahun aku pendam apa yang aku rasa, aku menyesal sebab buat perjanjian bodoh tu, bukan setakat nak tunggu lima tahun! Sebulan aku kat sana aku dah rindu gila kat kau! Sampai satu tahap aku rasa aku macam nak gila rindukan kau! Tapi mungkin sebab ego yang ada dalam diri aku! Aku tetap bertahan! Aku tak nak mengalah! Dan bila lima tahun berlalu, aku excited sangat nak balik Malaysia, aku nak jumpa dengan kau! Aku nak cakap dekat kau aku rindu sangat dekat kau! Aku memang tak boleh hidup tanpa kau! Tapi bila aku jumpa kau, lidah aku tiba-tiba kelu. Apa yang aku nak cakap tak terluah. Dan bila aku tengok kau dengan Ifzad, baru aku tahu aku dah tak boelh buat apa yang aku teringin sangat nak buat sebelum ini!” Akid menghembus nafas lega sebaik sahaja dapat meluahkan perasaannya. Air matanya hanya dibiarkan bercucuran tanpa sedikitpun diseka.

“Habis tu, kau ingat kau saja yang rindukan aku, aku ni langsung tak rindukan kau, sejak kecik kita bersama Kid, di mana ada kau di situ ada aku, dan aku rasa tak ada orang lain yang lebih faham aku selain kau, even mama dengan papa aku sekalipun dia orang tak boleh nak faham aku sama macam kau faham aku, lima tahun aku hidup tanpa kau Kid, tak ada sesiapa yang nak tolong aku bila aku kena buli kat sana, macam-macam dia orang gelar aku, aku ni penkid la, aku ni lesbian la, kalau kau ada waktu tu tentu kau dah lama ajar budak-budak yang asyik ejek aku tu, dan aku pulak, aku seakan-akan hilang kekuatan aku, aku jadi tak kuat Kid, sampaikan aku sendiri tak tahu apa yang berlaku pada aku, mana Daniela yang dulunya pantang dibuli pasti dia akan balas balik, tapi aku tak buat sama seperti yang aku buat masa kau ada kat sisi aku, lepas tu baru aku tahu aku memang tak boleh hidup tanpa kau! Aku cuba ubah diri aku mengikut peredaran masa, aku tak boleh nak terus menerus biarkan diri aku diejek dan dibuli, sebab tulah aku berubah walaupun aku sendiri tak suka dengan perubahan aku tu! Aku ingat lepas lima tahun ni, aku balik Malaysia, bolehlah aku bercerita dengan kau! Tapi kau asyik nak sakitkan hati aku!”

Sebaik sahaja Daniela menghabiskan kata-katanya Akid terus sahaja menerpa ke arah gadis tersebut dan Daniela diraih ke dalam pelukannya. Gadis itu dipeluk dengan erat sekali.

“I’m sorry, I’m so so sorry! Maafkan aku! Maafkan aku Dan!”

“Aku rindukan kau Kid! Aku betul-betul rindukan kau!”

“Yea I know! I miss you too! Aku pun rindu sangat kat kau!”

Mereka berpelukan agak lama. Masing-masing melepaskan rindu kat yang terpendam dan dipendam selama ini. Kemudian masing-masing meleraikan pelukan. Dengan lembut Akid mneyeka air mata Daniela.

“Sorry!” ucapnya lembut. Daniela hanya tersenyum dan mengangguk. Perasaannya waktu cukup tenang sekali. Perasaan lega seperti itu belum pernah dia rasai sebelum ini.

“No! No! that’s it? Ini saja ke?” tiba-tiba Akid bersuara seperti ada sesuatu yang tidak kena. Dia mulai mundar mandir di depan Daniela manakala Daniela mulai mengerutkan dahinya. Pelik dengan tingkah laku Akid.

“Apa dia ni? Aku tak faham dengan soalan kau tu?” tanya Daniela.

“Maksud aku…ini saja ke? Sebenarnya macam ni, macam mana aku nak cakap ek? Susahnya aku nak cakap! Ya Allah! Aku…aku ada benda nak beritahu kau!”

“Aku pun sama, aku pun ada benda jugak nak beritahu kau!” ujar Daniela.

“Ye ke? Kalau macam tu, kau dululah beritahu apa yang kau nak beritahu aku tu. Apa dia?”

“Mana boleh, kau dulu yang cakap tadi kan kau nak beritahu aku sesuatu! Kaulah beritahu dulu!”

“Kau la!”

“Kau la! Aku pulak!”

“Ala, kau la!”

“Tak nak! Kau dulu!”

“Ok! Kita cakap serentak! Lantak la kau dengar ke tak apa yang aku nak cakapkan ni, ataupun aku sendiri yang mungkin tak akan dengar nanti apa yang bakal kau cakapkan, janji aku dengan kau cakap apa yang kita nak cakap ni serentak! Ok?”

“Ok!”

“Ok! Aku nak kita berdua kira dalam hati sampai tiga lepas tu kita cakap! Bila aku cakap mula kira, kita start kira sampai tiga! Faham?”

“Faham!”

“Ok! mula!”

“Aku cintakan kau beb!” tiba-tiba ayat yang sama keluar serentak dari mulut mereka! Mereka terdiam seribu bahasa. Masing-masing merenung tajam antara satu sama lain. Mungkin terkejut dengan apa yang mereka baru sahaja dengar. Setelah agak lama mereka mulai tersenyum kemudian kedua-dua mereka tergelak kuat.

“Aduh! Bodohnya aku! Kenapalah aku lembab sangat, kalau aku tahu benda ni dari awal lagi kan senang! Tak adalah aku merana lima tahun duduk kat sana!”

“Baru tahu ke?” tanya Daniela.

“Baru tahu apa?” tanya Akid kembali.

“Baru tahu yang kau tu bodoh!” Daniela menyambung gelak tawanya.

“Oo…aku bodoh ek, sekarang ni dah kau rasa kau cerdik sangat, cuba cerita sikit macam mana kau nak explain kat pakwe kau yang kononnya romantic tu pasal kita?”

Daniela terus terdiam. Tiba-tiba dia terbayang wajah Ifzad. Lelaki yang pada mulanya langsung tidak memandangnya sebelum dia mengubah penampilannya di university dahulu. Salah seorang lelaki yang turut sama mengejeknya dengan penampilannya yang kasar dan menyerupai lelaki. Dia sendiri langsung tidak tahu bagaimana dia boleh menerima lamaran lelaki itu untuk mengambilnya menjadi teman wanita sebelum dia menghabiskan pelajaran di universiti. Kini, apabila dia faham dengan perasaannya sendiri, dia tahu tindakan yang diambilnya itu hanyalah semata-mata mahu membuktikan kepada Akid bahawa dia boleh hidup tanpa lelaki itu di sisi.

“See, sekarang ni siapa yang cerdik siapa yang bodoh?”ujar Akid setelah agak lama Daniela mendiamkan dirinya.

“Habis tu kau! Macam mana kau nak cakap dengan makwe kau yang ala-ala diva tu?”

“Entah! Aku pun tak tahu! Ala, aku bercinta dengan dia pun tak sampai sebulan, dia yang cakap dia cintakan aku, tu pun lepas dia frust dengan pakwe dia, baru seminggu frust dah cakap jatuh cinta dengan aku! Aku tak pernah cakap pun kat dia yang aku cintakan dia!”

“Habis tu! Kau ingat aku ni cakap la kat Ifzad aku ni cintakan dia? Aku pun tak pernah cakap kat Ifzad tau yang aku ni cintakan dia, aku kenal sangat dia tu, jenis lelaki yang tak boleh nampak perempuan dahi licin sikit, dia suka kat aku ni pun lepas aku bersalin kulit jadi lebih feminine la konon! Ala! Aku bukannya tak tahu dia masih lagi contact ex makwes-makwes dia tu! Cuma aku malas nak ambik port!
Bukan ada perasaan sangat pun! Senang la nak handle mamat tu”

“So sekarang ni hanya tinggal our parents je la!”

“Ala, kalau tak cakap dengan dia orang tak boleh ke?” tanya Daniela.

“Woi! Kau ingat aku ni jenis yang bawak anak dara orang lari nikah kat Siam ke?” soal Akid kembali. Daniela tersengeh. Dia menggaru-garukan kepalanya yang langsung tidak gatal.


***********

“So apa yang penting sangat nak beritahu kita orang ni?” soal Datuk Mukhriz bertanya. Yang lain turut mengangguk bersetuju dengan Datuk Mukhriz. Masing-masing memfokuskan pada Daniela dan Akid yang sedang duduk bersebelahan di atas sofa yang sama.

“Akid! Cepatlah cakap! Apa yang penting sangat sampaikan nak jumpa kita orang semua ni serentak! Hah? Ela?” Datin Rubiah pula menyambung soalan suaminya apabila Akid dan Daniela masih lagi mendiamkan diri.

“Ela, papa dengan mama, Uncle Mukhriz dan Aunty Rubiah tengah tunggu ni, apa yang Baby Girl papa nak cakap sebenarnya, nampak macam penting saja,” Zamri memandang tepat anak daranya yang sudahpun meningkat dewasa itu.

“Gini, daddy, mummy, Aunty, Uncle, sebanarnya kita orang kat sini hari ni nak beritahu pada semua yang kita orang ni nak kahwin tak lama lagi!” akhirnya dengan penuh hati-hati Akid bersuara dan menjadi wakil untuk memberitahu perkara sebenar.

“Really? Cepatnya! Kan Ela cakap kat mama yang Ela takkan kahwin dengan Ifzad dalam dua tiga tahun ni, lagipun Ela kan tahu mama dengan papa tak jumpa pun lagi mak ayah Ifzad, kenapa tiba-tiba saja nak kahwin ni? Cepatnya!” Puan Anisah terus menyoal anak perempuannya.

“Betul ni Kid, betul Akid nak kahwin dengan Sofea, dah tak ada orang lain ke? Mummy tak berkenan sangat la sayang dengan dia tu, seksi sangat! Kalau atuk dengan nenek kat kampung jumpa dengan bakal cucu menantu mereka ni, mahu datuk dengan nenek Akid kena hypertension!” Datin Rubiah menyambung.

“Wait! Wait! Tunggu dulu, siapa cakap Kid nak kahwin dengan Sofea, dan siapa pulak cakap Daniela ni nak kahwin dengan Ifzad?”

“Habis tu?” Datuk Mukhriz dan Encik Zamri bersuara serentak.

“Kan Akid dah cakap dekat semua tadi yang kita orang ni nak kahwin!” Daniela pula mewakili Akid untuk menyatakan hasrat mereka sekali lagi.

“Yalah! Tapi dengan siapa?” semua bersuara serentak!

“Ya Allah! semua orang tak faham lagi ke?” soal Akid mulai geram dan hilang sabar. Sengal jugak mak bapak aku dengan Daniela ni!

“Faham, kita orang tahu Kid dengan Ela nak kahwin tak lama lagi, kalau bukan dengan pasangan masing-masing dengan siapa pulak? Korang berdua ni ada banyak pilihan sangat ke?” Datuk Mukhriz bersuara mewakili semua. Masing-masing mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Datuk Mukhriz.

“Dan, kau explain! Aku dah pening dah ni!”

“Mama, papa, uncle aunty, adui! Akid cakap tadi kita orang yang nak kahwin kan? Maksudnya kat sini Ela dengan Akid yang akan kahwin! Faham tak?”

“Tak faham!” Puan Anisah bersuara dan yang lain menggeleng-gelengkan kepala.

“Hah! Biar betik tak faham lagi!” Daniela mulai menggaru-garukan kepalanya dengan kedua-dua belah tangannya.

“Ok! Cara yang paling last sekali. Cara ni saja yang boleh buat semua orang faham,” Akid bangun dari tempat duduknya. Dia berjalan sedikit ke hadapan dan terus sahaja melutut di depan ibu dan ayah Daniela.

“Uncle dan aunty yang dikasihi, saya Mohd Akid Asyaraff telah jatuh hati dan menyintai anak gadis kalian iaitu Nur Daniela Aqila dengan sepenuh hati saya, so saya dengan merendah dirinya nak melamar satu-satunya anak uncle dan aunty ni, kita orang nak kahwin, boleh ke tak?” Akid buat muka kesian di hadapan ibu dan ayah Daniela. Masing-masing melopong. Seketika kemudian suasana menjadi gamat dengan hilai tawa ibu bapa masing-masing. Akid dan Daniela tercengang. Akid terus sahaja bangun dan mendapatkan Daniela kembali yang sudahpun bangun dari tempat duduknya.

“Korang ni kan, dari kecil sampailah ke besar! Tak habis-habis nak mainkan kita orang, kita orang tahu lah, dulu kita orang salah faham dengan hubungan korang berdua ni sampai nak tunangkan korang, tapi itu tak bermakan korang berdua nak kenakan kita orang balik pulak! Ni kira balas dendam ke apa ni?” En Zamri bersuara dengan gelak tawa yang masih berbaki.

Daniela dan Akid berpandangan. Akid terus sahaja menepuk kuat dahinya dan Daniela pula mengeluh penat.

“Ok! Macam mana nak cakap kat semua ek yang semua ni bukan gurauan semata-mata! Kami serius! Akid cintakan Ela, dan Ela cintakan Akid. Dan kami dah buat keputusan nak kahwin tak lama lagi. Ya kita orang tahu sebelum ni kita orang pernah cakap yang kita orang berdua ni langsung tak ada perasaan antara satu sama lain! Tapi itu dulu! Sekarang tak! Kami dah sedar yang kami ni sebenarnya sejak dulu lagi saling mencintai cuma kami saja yang tak sedar. Tapi sekarang kami dah sedar! Faham dah? Ataupun Ela pulak yang kena melutut depan uncle dan aunty melamar Si Akid ni! Macam pelik je,” panjang lebar Daniela menerangkan segala-galanya. Kemudian suasana menjadi diam seketika. masing-masing terdiam seribu bahasa.

“Betul la ni? tak tipu!” tanya Datuk Mukhriz.

Daniela dan Akid hanya tersenyum dan mangangguk. Serentak dengan itu Datuk Mukhriz terus sahaja bangun dan mendapatkan anak lelakinya lalu dipeluk erat. Inilah berita yang paling gembira yang mereka rasakan sepanjang hidup mereka.

“Rubi! Cita-cita kita akhirnya tercapai!” Puan Anisah pula terus memeluk sahabat baiknya kemudian mendapatkan anak perempuannya lalu dipeluk dengan penuh perasaan syukur dan gembira. Siapa sangka dengan kuasa Tuhan, apa yang mereka hajati selama ini bakal menjadi kenyataan.

**************

Bush! Akid dan Daniela masing-masing disimbah dengan air. Ifzad menyimbah muka Akid dan Sofea menyimbah muka Daniela. Kemudian mereka ditinggalkan berdua di dalam restoran tersebut. Nasib baiklah Akid telah mengambil langkah yang bijak dengan menempah satu restoran tersebut untuk mereka berempat sahaja. Dari awal dia dapat mengagak pasti ada sesuatu perkara yang tidak diingini akan berlaku.

Akid dan Daniela yang duduk sebelah menyebelah memandang antara satu sama lain. Kemudian mereka tergelak kuat.

“Padan muka kau! Dua kali kena simbah” beritahu Daniela masih lagi ketawa berdekah-dekah.

“Muka kau pun! Dia macam tahu-tahu je aku tak mandi lagi hari ni!”

“Siot! Pengotor gila! Bergaya sakan tapi tak mandi! Poyo la kau!”

“Nak mandi macam mana, sejuk tetiba bila fikir macam mana nak explain kat dia orang! Tapi aku tetap hansome apa? Mandi tak mandi belakang kira!”

Kemudian mereka berdua menyambung gelak tawa mereka kembali. Suasana begitu gamat walaupun hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam restoran itu dan ditemani oleh beberapa orang pelayan.

“Aku cintakan kau beb!” tiba-tiba Akid mengungkapkan kata-kata tersebut buat kali kedua. Daniela terus sahaja terdiam. Kemudian dia tersenyum.

“Aku pun cintakan kau beb!” balas Daniela dan mereka sama-sama tersenyum penuh makna.

P/S: Ini cerpen kedua sha selepas aku, kau, kita sepupu boleh kahwin ke? Mesti korang semua tertanya-tanya kan, kenapalah semua watak utama perempuan cerita sha asyik membawa perwatakan yang kasar. Actually watak yang macam tu saja yang boleh bagi sha idea untuk berkarya. Hehehehe, sha harap semua terhibur dengan cerpen kedua ni. Insya-Allah lepas ni sha buat kelainan sikit. Manalah tahu kan. Harap tinggalkan komen selepas membaca. Salam.

Friday, December 11, 2009

" Kau..aku...kita sepupu...boleh kahwin ke???"

Suasana permai di kampung sedikit sebanyak memberi ketenangan kepadanya. Sudah agak lama dia tidak merasai kesejukan angin petang di kampung halamannya. Lima tahun dia merantau ke negeri orang. Nageri sendiri ditinggalkan sehinggakan dalama lima tahun sekalipun dia tidak pernah pulang sehinggalah dia menghabiskan pelajarannya.

"Yat....kamu buat apa lagi kat situ? Cepatlah bersiap....nanti lewat pulak nak pergi rumah Pak Ngah kamu karang," laung ibunya di beranda rumahnya. Yat berpaling. Namun dia langsung tak menyahut panggilan ibunya itu. Dia sekadar mencebik.

"Yat..kamu dengar tak apa yang ibu cakap ni?" laung ibunya sekali lagi.

"Ya...Yat dengar la ibu....kejap lagi la....lagipun ibu pun tak siap lagi kan...Yat dah siap dah pun...pakai macam ni pun tak pe...bukan rumah orang lain rumah bapak saudara Yat jugak," jawab Yat. Jauh di lubuk hatinya dia begitu malas nak menjejakkan kaki ke rumah bapa saudaranya itu. Dia bukannya benci dengan bapa saudaranya tapi ada sebab tertentu yang menyebabkan dia berasa malas sangat nak menjejakkan kaki ke sana.

"Aku pun balik dari luar negara jugak....tapi ayah tak buat majlis apa-apa pun...dia yang baru habis belajar kat US buat kenduri besar-besaran....tahulah lepas habis belajar je terus dapat kerja...sukalah tu bila diterima jadi architect dekat syarikat besar…menyampah betul la aku dengan mamat ni," ngomel Yat sendirian.

"Yat...kamu dengar tak ibu kamu panggil tadi?" Tanya Pak Hassan kepada anak bongsunya yang sedang bersila di atas bangku kayu yang disediakan olehnya di bawah pohon mangga di hadapan rumahnya itu. Yat tersentak. Dia menoleh memandang ayahnya sambil tersengeh yang sengaja dibuat-buatnya.

"Dah ayah," jawab Yat perlahan.

"Habis tu...kalau kamu dengar...kamu buat apa kat bawah lagi ni...naik ke atas...bersiap...jangan nak mengada-ngada pakai pakaian yang kamu pakai sekarang ni...ayah tak suka, naik atas tukar pakaian," arah Pak Hassan dengan wajah yang bengis. Yat hanya mengangguk. Dia bangun dari tempat duduknya dan berjalan menuju ke arah tangga rumahnya. Dengan ayahnya dia memang tak berani nak melawan. Nanti silap hari bulan dia kena sebat dengan rotan turun temurun arwah datuknya. Waktu kecil tak apalah walaupun dia kerap dirotan tapi bila dah dewasa...malu beb!

"Pakai pakaian sopan sikit...suka sangat dengan pakaian dia yang macam jantan tu," laung Pak Hassan. Yat yang mendengar laugan ayahnya hanya mampu mencebik.


*********


Dari tadi Yat asyik mebetul-betulkan pakaian yang dipakainya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia tidak selesa dengan pakaian tersebut. Sudah berapa kali dia menarik kain baju kurung yang dipakainya itu ke atas agar kain itu singkat sedikit. Bukan apa, silap hari bulan dia boleh terjelepuk jatuh dari tangga rumah bapa saudaranya yang sememangnya tinggi itu.

"Fuyoo...siapa tu? Bila pulak Pak Long ada anak dara yang ayu macam ni?" tegur seorang lelaki dari arah belakang. Yat berhenti melangkah. Dia merengus. Kemudian dia mengintai ibu dan ayahnya yang sudahpun naik ke atas rumah. Dia tersenyum. Bolehlah dia bebas sedikit. Bolehlah dia tumbuk lelaki yang sedang memerlinya waktu itu.

"Kau kan...dah lama gamaknya tak kena penumbuk aku ek....dah lima tahun...kenapa...ko nak try ke sama ada penumbuk aku ni masih kuat macam dulu ke tak?" Tanya Yat terus menoleh memandang Edi, salah seorang sepupu yang paling rapat dengannya sejak kecil. Edi tersengeh. Kemudian dia tergelak kecil.Nampaknya sepupunya yang seorang ini tak pernah nak berubah. Masih seperti dulu.

"Ala Yat...kau ni...sensetip sangat la beb! Rileks la beb...aku gurau sikit pun tak boleh ke? Tapi kau memang ayu malam ni...ikhlas dari lubuk hati aku," jawab Edi dengan gayanya sekali. Yat tersenyum. Nasib baiklah dia sudah mengenali hati budi sepupunya itu. Seorang lelaki yang suka sangat menyakatnya. Tetapi lelaki itu jugalah yang paling memahaminya. Satu-satunya sepupu yang mengetahui segala rahsianya sejak dari dulu. Apa rahsianya. Biarlah rahsia dulu.

"Blah la kau..weh...kau tahu dari awal lagi kan yang Pak Ngah nak buat kenduri doa selamat besar-besaran dekat mamat poyo tu?" Tanya Yat. Edi hanya mengangguk.

"Ala...kenapa kau tak cakap kat aku masa kita keluar semalam...kalau tak hari ni aku boleh mengelak siot....malas la aku datang kat sini malam-malam ni...dah la malam ni ada match...MU lawan Chelsea tu...rugi tau tak kalau tak tengok," rungut Yat. Edi menggeleng-gelengkan kepalanya. Kalau ikutkan, dia sendiri pun sebenarnya malas nak datang ke rumah Pak Ngahnya itu. Namun ibunya mendesak agar dia datang. Katanya ni arahan dari Pak Longnya. Bila dengar sahaja nama Pak Longnya disebut lantas dia bersiap mahu mengikut ibu dan ayahnya. Siapa tak kenal dengan Pak Longnya itu. Seorang lelaki yang cukup tegas. Paling mementingkan hubungan persaudaraan. Pak Long mempunyai tiga orang adik beradik sahaja. Pak LOng, Pak Ngah dengan Mak Usu, ibunya sendiri. Rumah mereka tiga beradik pun dekat-dekat sahaja. Malah dalam satu kampung. Semua penduduk kampung tahu hubungan kekeluargaan Pak Hassan memang kuat dan tiada sesiapapun yang boleh menjarakkan hubungan kekeluargaan mereka.

"Yang kau tersengeh ni kenapa?" Tanya Yat melihat Edi tersengeh memandangnya.

"Ala...kau cakap je kau tak nak jumpa dengan Adam...habis cerita," jawab Edi. Serentak dengan itu satu penumbuk hinggap di bahu Edi dan lelaki itu mengaduh kesakitan.

"Kalau aku tak nak jumpa dengan mamat tu aku tak akan datang masa majlis doa selamat lusa nanti..malam ni mamat tu tak ada...alasan kau bagi tak kukuh....aku memang tak nak tinggalkan match tu," jawab Yat. Edi mengangguk. Iye tak ye jugak. Esok baru Adam sampai ke rumah. Lusa majlis doa selamat diadakan. Malam ini hanya sekadar mesyuarat mereka sekeluarga untuk majlis doa selamat itu nanti.

"Edi...Yat..kamu berdua buat apa kat bawah lagi tu...Jom naik mesyuarat dah nak mula" laung Roslan. Bapa saudara mereka yang dikenali oleh mereka sebagai Pak Ngah.

"Ya Pak Ngah!" Jawab Yat dan Edi serentak.


*****


Sudah pelbagai alasan yang diberikan oleh Yat agar dia dapat melarikan diri dari menghadiri majlis doa selamat tersebut. Namun segala alasan yang diberikan olehnya hanya sia-sia. Semua alasannya ditolak mentah-mentah oleh ayahnya. Yat melangkah dengan berat menuju ke arah rumah Pak Ngahnya. Dengan berbekalkan baju kurung Kedah yang baru sahaja dibeli oleh ibunya dia berjalan dengan perlahan. Wajahnya waktu itu usah dipersoalkan seperti baru kematian suami. Sekiranya ayahnya melihat wajahnya di kala itu sudah pasti ayahnya itu akan melenting. Tetapi nasib baik, ibu dan ayahnya terlebih dahulu pergi ke rumah Pak Ngahnya dan dia menyusul kemudian.

"Hai Yat...manis kamu hari ni....belum pernah Mak Bedah tengok kamu cantik begini sejak balik dari luar negara," tegur salah seorang jiran yang mengunjungi majlis doa selamat tersebut. Yat hanya mampu membalas teguran tersebut dengan senyuman. Dia langsung tidak tahu bagaimana lagi untuk menjawab teguran tersebut. Dia bukannya pandai sangat bermah mesra dengan orang tua.

Yat terus sahaja melarikan diri dari terus berada di halaman rumah Pak Ngahnya yang terdapat ramai orang yang sedang menjamu selera. Dia menyelinap masuk ke dapur dengan harapan ibunya akan berada di dapur. Hanya ibunya sahaja yang mampu menyelamatkannya dalam situasi tersebut.

"Aduh!" Yat mengaduh kesakitan apabila dia dilanggar oleh seseorang di pintu masuk ke dapur.

"Eii....habis tumpah air kat baju I....you ni jalan guna mata ke tak?" soal seoarang gadis sambil menyapu-nyapu bajunya yang sudah lencun dengan tumpahan air sirap.

"Apa kau cakap? Aku jalan tak pakai mata...kau tu yang jalan guna hidung...dia yang jalan sambil toleh-toleh ke belakang...salahkan orang," balas Yat terus sahaja memerhatikan gadis iu dari atas sampai kebawah. Dia tidak menafikan gadis itu cantik dengan memakai baju kebaya moden yang cukup sesuai dengan bentuk tubuhnya yang cukup ramping. Tetapi siapa gadis itu. Kenapa sebelum ini dia belum pernah melihat gadis tersebut. Tetapi semakin lama dia pandang semakin dia mengenali gadis itu. Kemudian dia mengangguk faham. Kemudian dia tersenyum.

"Apa yang you senyum-senyum...sekarang ni macam mana dengan pakaian I ni?" Tanya gadis itu. Kali ini bukan sekadar tersenyum. Yat tergelak kuat. Geli hati melihat telatah gadis yang sedang berdiri di hadapannya di kala itu. Semua mata yang berada di dapur mulai memerhati ke arah meraka.

"Ek..eleh Milah...poyo la kau....I...You...aku ingat anak mat saleh mana yang sesat kat sini....kau rupa-rupanya...blah la kau...sejak bila pulak kau berlagak sangat ni.....tapi kau memang berlagak sejak dulu pun," ucap Yat masih lagi tergelak menahan lucu.

"Excuse me...Mila ok...not Milah," jawab Jamilah anak Pak Koob yang tinggal di hujung kampung yang sama-sama belajar di US dengan Adam.

"Mila? J....A...M....I...L...A...H....Mila....oh...aku lupa susah Mat saleh kat US nak sebut nama kau kalau kau bagi nama gelaran kau Milah ye....nasib baik tak bagi nama glamour kau sejak kecik...Milah kepoh...lagi berbelit mat saleh kat sana nak menyebutnya," Yat mulai mengusik. Bukan mengusik sebenarnya tetapi dia memang tidak menyukai gadis itu. Gadis yang banyak membuatkan salah faham terjadi antara dia dengan seseorang.

"Kau jaga nak perli aku la Yat...kau tu pun apa kurangnya," jawab Jamilah sambil menjeling tajam memandang gadis yang agak kasar di hadapannya.

"Apa pulak yang kurang dengan aku...tak ada apa yang kurang....aku tetap macam dulu...aku tak hipokrit macam sesetengah orang tu," jawab Yat tersenyum manis lantas berjalan meninggalkan Jamilah yang sedang menahan kemarahan. Yat berjalan menuju ke arah ibunya yang sedang duduk sambil menyediakan lauk pauk untuk disediakan kepada tetamu yang hadir. Yat melabuhkan punggung di sisi ibunya sambil memuncung.

"Apa yang bising-bising kat sana tu tadi?" Tanya Puan Rohaya.

"Milah kepoh tu lah yang kepoh sangat...dia yang jalan tak pandang depan...salahkan orang pulak," jawab Yat.

"Sudah-sudahla tu...jaga perangai sikit...malu kat orang kampung," pesan Puan Rohaya. Yat hanya mencebik. Matanya melilau memandang sekeliling. Kemudian dia terpandang ke arah tangga yang menghubungkan ruang tamu dengan dapur. Dia agak terperanjat apabila dia mendapati seseorang sedang memandang tajam ke arahnya. Yat segera melarikan pandangannya. Dia mulai resah. Punggungnya tiba-tiba sahaja panas walaupun dia baru sahaja melabuhkan punggung di sisi ibunya.

"Hai Mak Long...sejak bila pulak anak bongsu Mak Long tu suka duduk bawak ketiak Mak Long...setahu Adam anak Mak Long tu belajar lima tahun kat luar negara...sekali pun tak pernah balik kampung...alih-alih hari ni tiba-tiba je bertempel kat sisi Mak Long tu kenapa?" soal Adam yang mulai melangkah turun dari tangga. Telinga Yat mulai berdesing mendengar perlian tersebut.

"Entah...dia rindu sangat kat Mak Long kot..yalah dah lima tahun dia tinggalkan Mak Long," jawab Puan Rohaya sambil tersenyum. Yat memandang ibunya di sisi sambil memuncung. Ibunya memang, sejak dulu selalu sangat menyebelahi anak saudaranya itu.

"Kau tak nak bertegur sapa dengan aku ke Yat?" soal Adam terus melabuhkan punggung di sisi Yat. Yat agak terperanjat dengan tingkah laku lelaki itu yang langsung tidak disangkanya. Dia ingat lelaki itu tidak mahu langsung memandang mukanya setelah berlakunya suatu peristiwa lima tahun dahulu.

"Aku tak layak nak bertegur sapa dengan kau....aku kan jahat...busuk hati...pendendam....perangai macam jantan....boleh ke bertegur sapa dengan lelaki baik macam kau," soal yat kembali. Dia bangun dari tempat duduknya dan meninggalkan Adam terpinga-pinga. Adam memandang ibu saudaranya sambil tersenyum. Dia berharap sangat ibu saudaranya itu tidak mendengar perbualan mereka sebentar tadi memandangkan wanita itu sedang sibuk bekerja.


*****

"Aku tak buat Adam...aku sendiri pun tak tahu kenapa boleh jadi macam ni," Yat terus menafikan sebaik sahaja lelaki itu mengutip kertas-kertas putih kecil yang terkoyak di atas lantai bilik darjah.

"Kau tak buat...siapa lagi kat sini selain kau! Kau memang dengki dengan aku kan sebab rekaan aku ni jauh lebih baik dari rekaan kau kan?," soal Adam.Suaranya ketika itu bagaikan halilintar. Yat terkedu apabila dituduh begitu. Tiba-tiba sahaja air matanya mengalir laju.

"Sumpah Adam aku tak buat...ya aku ngaku rekaan kau tu memang lebih baik dari aku..tapi aku tak pernah dengki dengan kau...aku memang tak tahu kenapa rekaaan kau tu dah terkoyak...aku sampai je kat kelas memang dah terkoyak," Yat bersuara dalam tangisan. Adam memandangnya dengan bengis. Pelajar lain mulai masuk ke dalam kelas memandangkan waktu rehat mulai berakhir. Masing-masing sedang memandang ke arah mereka.

"Kau jangan nak bagi alasan bodoh la Yat....kau ingat aku akan percaya....kau marah sebab tadi cikgu cakap rekaan aku yang boleh masuk pertandingan dan bukannya rekaan kau...jadi kau bengang dengan aku kan?" tanya Adam sekali lagi. Pertanyaan yang cukup menyakitkan hati Yat. Cukup membuatkan air matanya semakin laju mengalir.

"Sampai hati kau tak percayakan aku Adam....kau kenal aku macam mana kan...aku tahu aku jahat...tapi aku tak adalah sejahat ni sampai sanggup rosakkan rekaan kawan baik sendiri...sepupu aku sendiri," Yat terus menerus membela diri.

"Sebab aku kenal kau la aku tahu kau macam mana...kau memang jahat...busuk hati...pendendam..perangai pulak macam jantan....tak mustahil kau buat semua ni," marah Adam tanpa mempedulikan kata-katanya akan menyakitkan hati Yat ataupun tidak. Yat terpana seketika apabila dituduh sehingga sedemikian rupa. Inilah kali pertama dia mendengar kata-kata yang seumpama itu dari mulut Adam. Entah mengapa waktu itu air matanya terus sahaja berhenti mengalir. Yat tersenyum memandang Adam. Perasaan marahnya semakin memuncak.

“Aku ni jahat….busuk hati….pendendam….perangai pulak macam jantan….rupa-rupanya ni tanggapan kau kat aku selama ni…aku ingat kau kenal aku…rupa-rupanya tak…ok…memang aku yang buat semua tu…..memang aku yang koyakkan rekaan kau tu…puas hati!” balas Yat terus sahaja mengaku apa yang dituduh oleh Adam sebentar tadi. Serentak dengan itu satu tamparan kuat hinggap di pipinya dan serentak dengan itu juga Yat menarik kolar uniform Adam dan ingin menumbuk lelaki itu

“Yat…,” satu suara yang kuat telah menghentikan tindakan Yat. Penumbuknya hampir-hampir mengenai muka Adam. Dia menoleh dan terpandang Edi seorang lagi sepupunya sedang berdiri di muka pintu kelas.

“Jangan Yat….sabar…jom kita keluar,” ajak Edi sambil memegang tangan Yat agar melepaskan kolar baju Adam dan meleraikan penumbuknya yang masih berada dekat dengan muka lelaki itu.

“Yat…tolong ok…jangan!” pujuk Edi apabila melihat Yat yang langsung tak nak melarikan penumbuknya dari muka Adam.

“Kau dengar sini….benda ni tak akan habis kat sini…aku tak akan lupakan benda ni sampai bila-bila…dan aku tak akan maafkan kau….tak akan…ingat tu!” Yat bersuara sebaik sahaja melepaskan kolar baju Adam dan meleraikan penumbuknya. Dia mengikut sahaja apabila tangannya ditarik oleh Edi keluar dari kelas.
“Woit…jauh termenung,” tegur Edi dari belakang. Yat yang sedang berehat di pondok kecil di tengah-tengah sawah terus sahaja menyapu air matanya yang mengalir apabila mengenangkan peristiwa lampau.

“Kau nangis ke Yat?” tanya Edi apabila perasan mata gadis itu kelihatan cukup merah. Dia mendekati Yat dan duduk di sebelah gadis itu.

“Tak adalah…habuk masuk dalam mata aku tadi…yang kau datang sini buat apa? Tahu kat Syikin yang kau duduk berdua dengan aku kat sini…melenteng pulak tunang kau tu karang,” ujar Yat sambil tersenyum. Edi turut tersenyum mendengar kata-kata dari sepupunya itu.

“Syikin nak melenteng…lambat lagi…dia yang suruh aku datang sini..dia nampak apa yang berlaku rumah Pak Ngah tadi….dia yang suruh aku datang temankan kau,” jawab Edi. Syikin gadis yang dia kenali sejak zaman sekolah lagi. Sekarang gadis itu merupakan seorang jururawat di di klinik di kampung mereka.

“Adui…tunang kau tu memang…nampak je apa yang orang lain tak nampak…tapi sebab dia juga aku tahu perkara sebenar pasal peristiwa lima tahun dulu….walaupun aku malas nak heboh benda ni tapi sekurang-kurangnya kau…dia…tahu yang aku tak salah….kau tak buka bengkel ke hari ni?” soal Yat.

“Tak… yang kau ni…betul ke kau ok?” tanya Edi risau dengan sepupu kesayangannya yang seorang ini. Sepupu yang paling dia sayang. Sepupu yang banyak berkongsi rahsia dengannya.

“Ok la…aku dah ok sejak aku tahu siapa yang bersalah dulu…aku dah maafkan semua orang…aku tahu dia pun tak sengaja nak tuduh aku buat benda tu…tapi…entahlah…setiap kali aku pandang muka dia perasaan marah aku datang balik….aku pun tak tahu kenapa,” Yat meraup mukanya berkali-kali. Kenapa susah sangat untuk dia memaafkan lelaki itu sedangkan dia sudahpun dapat memaafkan orang yang menjadi punca salah faham tersebut.

“Sebab…kat dalam hati kau….dia siapa pada kau…bukan sekadar kawan kan…malah bukan sekadar sepupu…mungkin itu sebabnya kau langsung tak dapat maafkan dia,” ujar Edi penuh dengan maksud yang tersirat. Yat hanya tersenyum. Jauh di sudut hatinya dia mengaku dengan kata-kata yang baru sahaja diungkapkan oleh Edi.

*****
“Yat tak nak…Yat tak akan kahwin dengan lelaki ni,” Yat terus sahaja bangun dari tempat duduknya sambil jari telunjuknya menuju tepat ke arah Adam yang sedang duduk dengan tenang di suatu sudut di ruang tamu rumah ayahnya. Semua ahli keluarga yang berada di ruang tamu tepat memandang ke arahnya.

“Kamu jangan nak melawan Yat…ini keputusan ayah…keputusan ayah muktamad,” jawab ayahnya dengan nada yang kuat. Dia pantang sekiranya kata-katanya dibantah oleh anak-anaknya.

“Yat tak peduli keputusan ayah muktamad ke tak …Yat tak nak ambil kisah semua tu…apa yang Yat tahu…Yat tak akan kawin dengan lelaki tu….biar macam mana ayah nak hukum Yat sekalipun….Yat tak akan kahwin dengan Adam,” suara Yat cukup tinggi. Waktu itu dia langsung tidak peduli sama ada dia sedang berlaku biadap pada ayahnya ataupun tidak. Apa yang dia tahu dia lagsung tidak menoleh menerima keputusan ayahnya dan ahli keluarga yang lain. Baginya keputusan itu langsung tidak boleh diterima akal.

“Dan kau….kenapa kau diam je? Takkan kau setuju dengan semua ni?” tanya Yat memandang tepat pada Adam yang tenang sahaja sejak dari tadi. Adam hanya mendiamkan diri seribu bahasa.

“Adam dari awal dah setuju dengan semua ni…ayah dah tanya dia awal-awal lagi…dia hanya ikut sahaja keputusan ayah,” jawab Pak Hassan tegas.

“Kau dah gila ke apa? Takkan sebab kau takutkan ayah aku kau setuju dengan semua ni,” marah Yat pada Adam. Dia sudah tidak peduli dengan bahasa yang dia gunakan waktu itu. Perasaan marahnya sudah tidak mampu dikawal lagi. Kalau ikutkan perasan marahnya itu mahu sahaja dia menampar wajah lelaki itu agar Adam sedar sikit apa yang sedang dia lakukan pada waktu itu.

“Jaga sikit mulut kamu Nurul Hidayat,” suara Pak Hassan bagaikan halilintar. Nama penuh anaknya dipanggil dengan harapan anaknya itu sedar dia sedang berbicara dengan siapa. Di hadapan siapa.

“Yat tak peduli…Yat tetap dengan keputusan Yat…Yat tak akan kahwin dengan lelaki ini….apa yang nak jadi…jadilah!” jawab Yat terus sahaja melangkah mahu meninggalkan ruang tamu.

“Nurul Hidayat…kalau kamu ingkar keputusan ayah….kamu bukan lagi anak ayah…kamu nak jadi anak durhaka?” soal Pak Hassan dengan kuat. Serta merta Yat berhenti melangkah. Kemudian dia menyambung langkahnya tanpa mempedulikan langsung ibunya yang memanggil namanya berulang kali.

*****

“Kenapa dengan kau ni hah…setahu aku kau begitu benci sangat dengan aku…tapi kenapa kau terima sahaja cadangan ayah aku yang tak masuk akal tu?” soal Yat pada suatu petang di pondok kecil di tengah sawah. Tempat yang banyak memberi kenangna pada dia sejek kecil lagi.

“Aku ikut apa sahaja kata Pak Long…aku malas nak melawan,” jawab Adam bersahaja. Entah mengapa hatinya cukup tenang waktu itu setelah dia mengatahui dari Pak Longnya pagi tadi bahawa Yat telah bersetuju untuk berkahwin dengannya.

“Malas nak melawan? Apa sebenarnya tujuan kau…sejak bila pula kau tak suka sangat melawan…setahu aku dalam ramai-ramai anak saudara ayah aku…kau yang paling kuat melawan…paling berani bersuara,” bidas Yat. Adam tiba-tiba sahaja tersenyum dan itu telah mendatangkan seribu persolan di benak fikiran Yat. Dia pening memikirkan apa sebenarnya yang tersirat di dalam benak fikiran lelaki itu.

“Yang kau tersenyum macam orang gila tu kenapa?” Tanya Yat.

“Aku gembira sebab kau masih kenal siapa aku…kau masih ingat aku ni orang yang macam mana….bagi aku itu semua dah cukup kalau kita kahwin lepas ni…sekurang-kurangnya kau tahu apa yang bakal suami kau suka dan tak suka,” Adam masih bersuara dengan tenang. Gadis di hadapannya diamati dengan mendalam. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia merindui gadis itu. Betapa dia menyesal dengan tindakan dia lima tahun dahulu yang telah mewujudkan jurang antara dia dan Yat.

“Memang sah kau dah gila….kau tak ingat apa yang aku dah buat pada kau lima tahun dulu…aku rosakkan rekaan kau…rekaan rumah banglo mewah idaman kau….aku yang menyebabkan kau tak boleh masuk pertandigan rekaan tu…kau dah lupa ke? Kau kan benci sangat kat aku…marah sagat kat aku…sampai kau tuduh aku ni jahat…busuk hati…pendendam…perangai aku pulak macam jantan…kau nak ke bakal bini kau ni perangai macam jantan?” soal Yat dengan harapan agar Adam menarik balik persetujuannya untuk menikahi dia hujung bulan ini. Walaupun dia juga sudah bersetuju namun masih belum terlambat untuk mereka menarik diri.

“Aku dah maafkan itu semua…aku dah boleh terima dengan apa yang kau buat pada rekaan aku tu…aku dah lupakan semuanya,” jawab Adam. Kali ini giliran Yat pula tesenyum. Dia menarik nafas sedalam yang boleh kemudian dihembus kuat. Entah mengapa tiba-tiba sahaja perasaannya menjadi sebak.

“Kita memang tak boleh kahwin Adam…kita memang tak boleh kahwin…nampaknya kau memang tak kenal aku….kau dah boleh lupakan segalanya….tapi aku…aku langsung tak boleh melupakan peristiwa tu…setiap kali aku tengok muka kau…aku jadi marah…aku geram…mana Adam yang aku kenal sejak kecil dulu…yang sentiasa dengan aku…yang sentiasa sabar dengan kerenah aku…dan yang paling penting yang sentiasa percayakan aku….kau bukan lagi Adam kawan baik aku sejak kecil saat kau tampar aku lima tahun dulu,” Yat berbicara dengan penuh perasaan. Air matanya sekali lagi jatuh bercucuran di hadapan lelaki itu sama seperti lima tahun dahulu.

“Aku marah waktu tu Yat….aku marah sebab aku berharap sangat dapat masuk pertandingan tu…tapi aku terkejut bila kau sanggup musnahkan rekaan aku tu gara-gara kau tak tak puas hati dengan aku…aku….

Adam tersentak sebaik sahaja pipinya ditampar dengan kuat oleh Yat. Dia terpana. Kata-katanya terhenti.

“Aku benci kau Adam…aku benci kau,” ucap Yat lalu melangkah meninggalkan Adam sendirian. Namun belum sempat dia melangkah dengan lebih jauh dia menoleh.

“Kalau kau masih anggap aku yang rosakkan rekaan kau tu….aku tak tahulah perkahwinan kita nanti akan kekal ataupun tak,” bicara Yat terus berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi. Adam yang mendengarnya langsung tidak mengerti dengan kata-kata gadis itu.

*****
“You ikut I lari..kita keluar dari kampung ni,” ujar Jamilah pada suatu malam di hadapan rumah Adam. Adam agak terperanjat apabila gadis itu datang ke rumahnya sedangkan waktu itu ada ramai orang di rumahnya memandangkan lusa majlis perkahwinannya akan berlangsung dan malam esok majlis akad nikah akan diadakan. Majlis persandingan akan berlangsung di rumahnya bukannya di rumah Yat memandangkan halaman depan rumahnya lebih besar dan sesuai untuk mendirikan khemah dan sebagainya.

“Apa yang you merepak ni…nonsense!” marah Adam.

“You know what I’m talking about….you tahu kan macam mana perasaan I pada you selama ni…how could you do this to me,” tanya Jamilah dengan perasaan sedih. Sudah hampir sebulan dia memujuk lelaki itu agar tidak mengahwini Yat. Namun segala pujukannya langsung tidak diendahkan.

“Mila…I tak pernah cintakan you…ya I tahu you cintakan I…tapi you tak boleh nak paksa I untuk cintakan you,” marah Adam. Dia tahu Jamilah menaruh hati padanya sejak zaman persekolahan lagi. Namun dia langsung tidak boleh menerima kehadiran gadis itu sedangkan hatinya sudahpun berpunya sejak dahulu lagi. Walaupun hanya dia sahaja yang tahu perasaannya itu.

“Tapi Adam…

“No…you listen to me…you cantik Mila…you berhak dapat orang yang lebih baik dari I…I tak boleh terima you…I harap you terima semua ni,” pinta Adam.

“No…I tak boleh terima semua ni….kalau I tak dapat you..Yat pun tak akan dapat you jugak, I akan pastikan you jadi milik I” beritahu Jamilah sebelum dia melangkah meninggalkan Adam dengan perasaan marah dan benci terhadap lelaki itu dan juga gadis yang bakal dikahwini oleh lelaki itu.

*****
Adam kalut seketika apabila mendapat berita dari seseorang bahawa Jamilah membawa beberapa orang lelaki dan berjalan menuju ke pondok kecil di tengah-tengah sawah. Tiba-tiba sahaja perasaannya diruntun rasa bimbang dan mula teringat kembali kata-kata gadis itu padanya semalam. Dengan kudrat yang ada dia terus sahaja berlari selaju yang mungkin menuju ke tengah sawah yang berada agak jauh dari rumahnya.
Belum sempat dia sampai di tempat kejadian kelihatan tiga orang lelaki kelam kabut melarikan diri dalam keadaan mereka yang luka-luka dan di dalam ketakutan. Adam tidak peduli tentang itu semua apa yang dia tahu dia risaukan Yat. Dia meneruskan lariannya tanpa menghiraukan penat yang diarasai olehnya ketika itu. Dari jauh dia melihat Yat sedang menarik Jamilah dari sungai yang berada di belakang pondok kecil di tengah sawah itu.

“Kenapa kau selamatkan aku….aku dah banyak buat salah pada kau Yat….sepatutnya kau biarkan saja aku lemas dalam sungai tu,” Jamilah bersuara sambil menangis.

“Aku bukannya kejam macam yang kau sangka,” jawab Yat sambil melepaskan lelah di tepi sungai di sisi Jamilah. Nasib baik lagi dia masih bertenaga walaupun baru berhempas pulas memukul lelaki-lelaki yang mahu membuat jahat padanya atas arahan Jamilah. Kalau tidak sudah tentu dia tidak mampu terjun ke sungai tersebut untuk menyelamatkan Jamilah yang hampir-hampir lemas.

“Kalau kau tahu apa yang aku dah buat tentu kau tak akan maafkan aku Yat,” ujar Jamilah lagi.

“Tahu apa? Tahu yang kau sebenarnya yang koyakkan rekaan Adam…lepas tu kau tuduh aku….begitu?” soal Yat kembali. Jamilah terperanjat mendengar kata-kata Yat. Dia langsung tidak menyangka gadis itu sudah mengetahui perkara tersebut dari awal.

“Kau dah tahu benda ni dari awal lagi ke?” tanya Jamilah.

“Ya…tapi aku malas nak hebohkan….Syikin nampak kau yang koyakkan kertas tu semua…dia yang beritahu aku lepas Adam tuduh aku…tapi perkara dah lepas…biarkan sajalah…malas aku nak serabutkan kepala fikirkan semua tu....aku, Syikin dengan Edi saja yang tahu perkara ni, aku yang pesan kat dia orang agar jangan hebohkan,” jawab Yat. Matanya memandang sawah padi yang terbentang luas. Pemandangan yang banyak membantunya untuk menenangkan perasaan selama ini.

“Tapi kenapa Yat….kau sepatutnya beritahu benda ni pada Adam…kenapa kau biarkan dia terus menerus salahkan kau?” Tanya Jamilah lagi.

“Entahlah...dah la tak payah cerita pasal ni lagi,”

“Aku minta maaf Yat,” Jamilah segera melutut di kaki Yat.

“Ala..aku dah lama maafkan kau la….kalau aku tak maafkan kau…aku biar je kau lemas dalam sungai tu tadi,” jawab Yat berseloroh sambil memegang bahu gadis itu agar bangun dari melutut menyembah kakinya.

“Tapi kenapa?” soal Jamilah lagi. Dia mulai mengangkat mukanya memandang Yat yang hanya tenang duduk di sebelahnya sambil memandang ke arah sawah padi.

“Kenapa apa? Kenapa aku maafkan kau?” soal Yat kembali. Dia menoleh memandang Jamilah yang berada di sebelah yang asyik memandang tepat padanya sejak dari tadi. Kemudian dia melihat gadis itu hanya mengangguk sebagai tanda menjawab soalannya.

“Sebab aku tahu macam mana rasanya bila kita betul-betul suka dan sayang pada seseorang….kita akan sanggup buat apa sahaja kan,” ujar Yat sambil tersenyum.

“Yat aku betul-betul minta maaf,” ucap Jamilah sekali lagi. Dia betul-betul menyesal dengan tindakannya selama ini. Selama ini dia tahu dia telah banyak melakukan kepada gadis itu. Dia banyak membuat kesilapan kerana perasaan cemburu dan iri hati yang dirasainya kepada Yat. Dia cemburu melihat Yat yang sentiasa mendapat perhatian dari ramai lelaki sejak kecil sehinggalah mereka meningkat dewasa. Malah apa yang membuatkan dia begitu mebenci gadis itu adalah kerana gadis itu sahaja yang mendapat perhatian Adam. Satu-satunya lelaki yang dia suka semenjak zaman persekolahan. Bagi Adam Yat adalah segala-galanya sehinggakan lelaki itu langsung tidak memandang gadis lain. Walaupun Adam tidak pernah memberitahu secara terbuka bahawa dia sebenarnya sukkan Yat tetapi Jamilah tahu siapa Yat di hati Adam.

“Dah la..kan aku dah cakap aku dah lama maafkan kau..dah..kau pergi balik…badan kau tu basah kuyup…nanti tak pasal-pasal pulak kau demam,” beritahu Yat menyuruh gadis itu pulang ke rumah.

“Kau? Kau pun sama basah jugak…aku sakit tak apa…kau yang tak boleh sakit…kau kan nak kahwin malam ni,” beritahu Jamilah sambil tersenyum. Yat hanya membalas dengan senyuman hambar. Dia sendiri masih belum dapat menerima hakikat bahawa dia akan berkahwin dengan Adam malam ini. Selepas malam ini dia akan menjadi hak mutlak Adam. Hakikatnya, dia sendiri tidak tahu apa yang sedang dirasai di dalam hatinya ketika itu. Dia keliru malah dia langsung tidak bersedia untuk melayari kehidupan sebagai seorang isteri terutamanya isteri kepada lelaki yang bernama Adam.

“Dah la…jom balik,” ajak Yat terus sahaja bangun diikuti oleh Jamilah. Sebaik sahaja mereka berdua menoleh, Yat agak terperanjat apabila dia terpandang Adam yang sedang memandang tepat ke arahnya. Jamilah turut terperanjat.

“Yat…aku balik dulu…jumpa malam ni,” Jamilah meminta diri lantas berjalan meninggalkan Yat dan Adam yang masih lagi terdiam seribu bahasa.

Setelah jauh Jamilah meningalkan mereka berdua, Yat terus sahaja berjalan meninggalkan Adam dan menuju ke pondok kecil yang berada tidak jauh dari situ. Waktu itu dia malas nak bersua muka dengan Adam. Silap hari bulan mereka bergaduh lagi.

“Yat tunggu dulu,” panggil Adam setelah Yat sudah jauh meninggalkannya. Adam terus sahaja berlari mendapatkan Yat. Apa yang dia dengar sebentar tadi telah membuatkan dia faham kenapa sehingga kini gadis itu tidak boleh memaafkannya. Namun panggilannya langsung tidak diendahkan oleh Yat. Dia tetap meneruskan langkahnya tanpa menoleh sedikit pun memandang Adam yang tidak putus memanggil namanya.

“Yat…aku kata tunggu dulu,” Adam terus menarik lengan Yat menyebabkan dia sedikit ke belakang.

“Apa dia?” Yat bertanya kasar. Dia menoleh memandang muka Adam dengan pandangan yang cukup tajam.

“Kenapa? Kenapa kau tak beritahu aku yang kau langsung tak buat semua tu….kenapa kau langsung tak bela diri kau walaupun kau ada bukti kukuh yang kau tak rosakkan rekaan aku tu….kenapa Yat?” Tanya Adam bersungguh. Waktu itu perasaannya cukup sebak dan dia rasa bersalah sangat dengan gadis yang sedang berdiri di hadapannya di kala itu. Sebaik sahaja mendengar pengakuan Jamilah dan kata-kata Yat tiba-tiba sahaja dia merasakan seperti ada batu besar menghempap ke badannya. Lututnya lemah sehinggakan dia hampir-hampir tidak dapat berdiri. Lima tahun dia menganggap gadis itulah yang telah merosakkan hasil rekaannya.

“Kenapa Yat?” Tanya Adam sekali lagi. Kali suaranya cukup kuat menyebabkan Yat sedikit tersentak.

“Sebabnya cukup senang….sebab bagi aku kalau kau kenal aku….kau kenal aku ni macam mana…. kau takkan tuduh aku rosakkan rekaan kau tu…tapi ternyata kau memang tak kenal aku seperti yang aku sangkakan selama ini….jadi buat apa aku nak jelaskan pada orang yang sememangnya langsung tak kenal aku….untuk apa Adam…untuk apa?” Tanya Yat kembali. Air matanya mulai berlinang. Bila peristiwa lima tahun yang lepas diungkitkan kembali dia menjadi cukup sensetif. Tiba-tiba sahaja perasaan sedih menyelubungi diri. Baginya tamparan kuat yang singgah dia pipinya lima tahun dahulu seakan-akan baru semalam berlaku. Sebab peristiwa itu jugalah selama lima tahun dia langsung tidak pulang ke Malaysia walaupun dia memang berpeluang untuk balik terutamanya Hari Raya. Tetapi bila memikirkan dia akan mengadap muka lelaki itu, keinginannya untuk balik ke kampung halaman terbantut sehinggalah dia tamat pengajian di Jerman dalam jurusan seni bina.

“Untuk pastikan aku minta maaf dengan apa yang aku buat pada kau dulu,” jawab Adam terus sahaja terjelepuk jatuh di kaki Yat. Adam menangis. Dia tertunduk. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia rasa bersalah kerana telah menuduh sahabat baiknya sendiri perkara yang langsung tidak dibuatnya.

Yat terkesima. Inilah kali pertama dia melihat lelaki yang bernama Adam menangis di hadapannya. Malahan waktu itu air matanya juga jatuh membasahi pipi. Peristiwa pahit itu terus menerus menerjah ke dalam mindanya.

“Aku bersumpah depan kau waktu itu yang aku langsung tak buat semua tu…aku minta kau percayakan aku….aku menangis depan kau Adam…tapi kau langsung tak percayakan aku…kau tetap tuduh aku buat semua tu….dan yang paling aku tak boleh terima bila kau cakap aku ni jahat…busuk hati…pendedam…dan ayat terakhir kau…kau cakap perangai aku ni macam jantan…itu yang paling buat aku bencikan kau…..selama ini kau yang selalu marah kepada sesiapa saja yang kutuk perangai aku….tapi sampai satu tahap bila kau sendiri yang keluarkan kenyataan tu….itu yang buatkan hati aku sakit…pedih…bila semua tu keluar dari mulut kawan baik aku sendiri…sepupu aku sendiri dan yang paling penting……”

Yat sudah tidak mampu menghabiskan kata-katanya. Air matanya semakin laju mengalir. Dia meneruskan langkahnya menuju ke pondok kecil dan duduk di situ sambil menyapu air matanya yang tidak mahu berhenti.

“Waktu tu aku marah sangat Yat…..kau sendiri tahu macam mana aku bila aku marah kan…aku langsung tak terniat dengan apa yang aku cakapkan kau…dan….

“Dan tak terniat juga nak tampar aku… begitu…kau lebih pentingkan rekaan kau dari segala-galanya…kau sanggup tampar aku sebab rekaan tu…apa? Rekaan tu penting sangat ke? Kalau kau pentingkan sangat rekaan tu…nah ambil balik rekaan kau ni,” Yat melemparkan satu gulungan kertas putih kepada Adam. Sambil menangis Adam membuka kertas putih tersebut dan sebaik sahaja dia terpandang isi kandungan gulungan kertas putih tersebut dia terkedu. Air matanya kembali laju.

“Ini….

“Ya….hasil rekaan kau yang kau tuduh aku rosakkan…..mungkin aku tak sekreatif kau untuk cipta pelan banglo mewah lain dari yang lain…tapi kau kena tahu…aku paling mudah untuk mengingati sesuatu….sekali kau tunjukkan pelan rumah tu kat aku….aku dah mampu untuk mengingatinya…..walaupun agak susah untuk aku siapkan rekaan tu untuk pastikan ia sama dengan rekaaan kau…tapi aku berusaha untuk siapkan juga….sebab bagi aku rekaan tu yang menyebabkan kau hilang kepercayaan pada aku…kau ambillah balik..benda tu segala-galanya untuk kau kan?” tanya Yat tanpa sedikit pun memandang Adam. Tangannya dari tadi asyik menyapu air matanya yang jatuh tanpa henti.

“Kau tak faham cerita sebenar Yat….kau tak tahu kenapa rekaan ni penting sangat pada aku,” ujar Adam setelah agak lama mendiamkan diri sambil memerhatikan kertas yang berada di tangannya.

“Aku tak nak dengar…..semuanya dah berakhir….aku dah kembalikan rekaan yang kau anggap aku yang rosakkan…anggap sajalah hutang aku pada kau dah habis,” Yat bersuara perlahan. Dia bangun cuba untuk melangkah meninggalkan Adam.

“Sebab aku nak hadiahkan rekaan ni untuk kau Yat…..aku cipta pelan rumah ni untuk kau…tapi bila aku tengok lukisan ni rosak…dan aku anggap kau yang rosakkan lukisan ni…aku mula anggap kau langsung faham perasaan aku pada kau selama ni…aku marah…hati aku sakit…satu-satunya orang yang aku sayang sanggup rosakkan rekaan aku demi kepentingan sendiri…….aku cintakan kau Yat…aku cintakan kau Nurul Hidayat….sejak kecil sehinggalah sekarang hati aku pada kau tak pernah berubah,” Adam bersuara dalam tangisan. Kali ini dia tekad, biarlah Yat tahu perasaan dia padanya selama ini. Biarlah apa yang dia simpan selama bertahun-tahun di dalam hati diluahkan hari ini.

“Cinta? Kau jangan nak buat lawak bodoh dekat sini la Adam…..kau ingat aku akan percaya….kau nak kahwin dengan aku malam ni pun sebab kau tak nak lawan cakap ayah aku…kau takutkan ayah aku….cinta? Sudahla Adam…kalau kau cakap kat aku yang kau nak kahwin dengan aku sebab kau tak nak aku ni membujang sampai ke tua sebab tak ada orang yang nak kat aku pun… aku boleh terima,” kata Yat sambil tersenyum sinis. Lucu dengan pengakuan Adam sebentar lagi.

“Sekarang siapa yang tak kenal siapa….dulu aku yang tak kenal kau…salah faham dengan kau..sekarang ni…kau yang tak kenal aku..kau yang salah faham dengan aku….kau tahu aku orang yang macam mana kan….aku tak akan setuju dan tak akan terima dengan membabi buta sesuatu perkara yang aku tak suka….dan aku tak akan hanya mendiamkan diri kalau orang cuba aturkan hidup aku….biarla Pak Long…ayah kau tu letak parang kat leher aku pun…kalau aku tak suka aku tak akan terima,” jawab Adam mula mahu menceritakan perkara yang sebenar.

“Apa maksud kau?” Yat mengerutkan dahinya langsung tidak faham dengan kata-kata yang baru sahaja dicakapkan oleh Adam.

“Aku yang rayu Pak Long suruh dia kahwinkan kau dengan aku…aku yang cakap kat dia yang aku tak akan kahwin dengan orang lain selain dari kau…dan kau juga tahu kan aku tak akan paksa kalau seseorang tu tak sukakan aku….sebelum aku jumpa Pak Long aku jumpa dulu dengan Edi…dia dah beritahu aku tentang perasaan kau pada aku….kan senang kalau Edi ceritakan sekali tentang rekaan ni…tentu semua ni dah selesai kan,” sebaik sahaja Adam menghabiskan kata-katanya dia menghembuskan nafasnya sekuat yang mungkin. Lega rasanya apabila dia dapat meluahkan segalanya pada Yat.

Yat terkedu. Waktu itu dia tidak tahu apa lagi yang harus dia perkatakan. Perasaannya bercampur baur sama ada mahu mempercayai apa yang diperkatakan oleh Adam ataupun tidak. Tetapi dia kenal lelaki itu. Dia tahu bila masa Adam menipu dan bila masa Adam bercakap benar. Dan melihat raut wajah lelaki itu waktu itu dia tahu Adam memang sedang bercakap benar. Di dalam hati dia mulai menyumpah seranah Edi yang telah membocorkan rahsianya selama ini.

“Tu je….kalau dah habis…aku nak balik,” jawab Yat yang mulai cemas. Perasaan sedih sebentar tadi mulai hilang sedikit demi sedikit. Sekarang ini perasaan yang diarasainya lebih kepada perasaan malu. Dalam masa yang sama dia gembira apabila mengetahui Adam sebenarnya juga mempunyai perasaan yang sama sepertinya.

“Dah la Yat…jangan buat aku macam ni…aku penat la….aku letih tahu tak…semua benda aku yang kena buat sendiri….dari pilih cincin sampailah tempah baju pengantin….mendirikan khemah….kupas kulit kelapa…semua aku yang kena buat…lepas tu tadi pulak aku terkejar datang sini sebab ingatkan kau dalam bahaya…penat tau tak..letih….dah tak larat dah nak kejar kau kalau kau masih merajuk lagi dengan aku,” bicara Adam lembut. Dia duduk di atas pondok kecil itu sambil memandang Yat yang cuba malangkah meninggalkannya sekali lagi.

“Siapa pulak cakap aku ni merajuk, aku marah..bukan merajuk,” jawab Yat. Sebenarnya waktu itu dia ingin tersenyum tetapi ditahannya. Perasaan marahnya pada lelaki itu hilang sebaik sahaja dia mendengar cerita sebenar mengenai perkahwinannya yang akan berlangsung pada malam ini.

“Sama la tu….jangan merajuk lagi ok…ops silap..jangan marah lagi ok..kau tak kesian ke dekat bakal suami kau ni...penat terkejar ke sini tak hilang lagi …nak kejar kau sekali lagi…boleh pengsan tau tak,’ jawab Adam mulai tersenyum. Dia tahu gadis itu sudahpun memaafkannya. Dia kenal Yat. Kenapa dulu dia tidak fikir itu semua sebelum menuduh gadis itu melakukan perkara yang langsung tidak dilakukan oleh gadis itu. Natijahnya, dia terpaksa menahan rindu pada gadis itu selama lima tahun kerana keengganan Yat untuk pulang ke kampung sepanjang belajar di luar Negara.

“Siapa suruh kau terkejar ke sini? Aku tak suruh pun kan?” Tanya Yat. Dia mulai tersenyum. Sudah lama dia tidak berbual begitu dengan Adam. Demi Tuhan, dia rindukan itu semua.

“Memang la kau tak suruh…tapi aku risaukan keselamtan kau bila aku dapat tahu Jamilah datang cari kau dengan tiga orang lelaki,” balas Adam.

“Hah! Sekali lagi kau tak kenal aku,” jawab Yat. Kali ini dia sudahpun melabuhkan punggung kembali di sisi Adam.

“Kenapa pulak?” Adam tak mengerti.

“Sebab…kalau kau kenal dengan aku…kau tak akan terkejar ke sini….sekadar tiga orang aku boleh lawan lagi la…hei…ini Yat la…dari Judo sampailah taekwando…semua black belt tau,” jawab Yat sambil mendabik dada. Adam tersenyum sambil memandang tepat pada gadis itu. Sudah lama dia tidak mendengar celoteh gadis itu. Dia ralit seketika.

“Yang kau pandang aku macam nak telan tu kenapa?” Tanya Yat mulai tidak selesa dan malu apabila ditenung oleh Adam sebegitu.

“Tak ada apa? Saja…tapi tadi aku tengok kau selamatkan Jamilah tu dari lemas dalam sungai sana….kenapa pulak Jamilah tu boleh jatuh sungai pulak….dia pun join venture gaduh dengan kau jugak ke?” Tanya Adam mulai teringat kembali mengenai Jamilah yang telah diselamatkan oleh Yat dari lemas di dalam sungai.

“Milah…nak join venture bertumbuk dengan aku….nak angkat kaki sikit pun tak boleh…nak bertumbuk dengan aku….entah…aku pun tak tahu macam mana dia boleh jatuh dalam sungai tu….bila dia tengok lelaki-lelaki yang dia bawak tu lari lintang pukang dia pun nak lari jugak sampai dan tak boleh beza dah antara jalan degan sungai…tiba-tiba saja terjun dalam sungai tu,” cerita Yat sambil mengekek ketawa dan diikuti oleh Adam. Kemudian Adam bangun. Dia berjalan dan mengadap Yat yang sedang duduk. Yat agak terkejut dan tidak selesa dengan situasi tersebut.
“Kau dah maafkan aku kan Yat?” soal Adam dan matanya tepat memandang wajah gadis itu.

“Dah…tapi…seperti biasa…mengikut undang-undang persahabatan Adam dan Yat…siapa yang salah mesti dihukum,” jawab Yat turut bangun dan berdiri di hadapan lelaki itu.

“Ala….kenapa kau ingat lagi undang-undang waktu kita kecik tu?” soal Adam mulai menggaru-garukan kepalanya.

“Mestila ingat….semua benda aku ingat,” jawab Yat sambil tersenyum.

“Ok la…ok la….apa hukumannya?” soal Adam. Waktu ini dia langsung sudah tidak kisah apa sahaja yang akan dilakukan oleh gadis tersebut padanya asalkan gadis itu sudah memaafkan kesalahannya selama ini.

“Hukumannya…hehehehe,” Yat sengaja tersengeh jahat. Dia berjalan setapak mendekati Adam yang sedang berdiri di hadapannya. Adam mulai mengerutkan dahi. Dia langsung tidak dapat meneka apa yang bakal dilakukan oleh Yat kepadanya.

“Kau kena berenang dalam bendang tu,” beritahu Yat lantas menolak dada Adam yang kebetulan membelakangi bendang di belakangnya. Adam cuba menstabilkan badannya agar tidak jatuh namun dia tidak mampu apa yang dia mampu…..

“Adam….bodoh la kau!” Yat bangun sambil tangannya meraup mukanya yang sudah dipenuhi oleh lumpur. Siapa sangka sebelum jatuh Adam sempat menarik tangannya dan akibatnya dia turut berendam dalam bendang tersebut. Habis tubuh mereka dipenuhi oleh lumpur.

“Kau cakap aku bodoh…wei….aku ni bakal suami kau tahu,” beritahu Adam turut bangun dan ketawa berdekah-dekah. Nasib baik dia sempat manarik tangan Yat sekali. Puas hatinya.

“Bakal suami aku…bukan suami aku lagi…kau tahu tak kotor…ni jenuh pulak aku nak menyental lumpur ni,” marah Yat terus sahaja memuncung.

“Ala…kau ni macam tak biasa pulak…kecik-kecik dulu kita selalu apa berendam dalam sawah padi cari ikan puyu buat pekasam,” ujar Adam masih lagi tergelak. Tangannya menguis-nguis lumpur yang terlekat di badan.

“Oh…kau dah biasa….kalau kau dah biasa, nah ambik ni,” Yat terus sahaja mengambil segumpal lumpur lalu dilumurkan ke atas kepala Adam.

“Woi..Yat apa ni….janganlah letak lumpur atas kepala…susah nak cuci la wei,” kini giliran Adam pula yang marah dan giliran Yat pula untuk ketawa berdekah-dekah.

“Cakap dah biasa…rikeks la,” balas Yat sambil menekan perut menahan ketawa.

“Yat! Adam! Kamu buat apa dalam lumpur tu…kamu tahu tak malam ni kamu berdua dah nak kahwin…memang nak kena budak-budak ni,” suara kuat bagaikan halilintar kedengaran. Yat dan Adam berpandangan.

“Ayah!” yat bersuara.

“Pak Long!” Adam pula bersuara.

“Tunggu apa lagi cabut la,” ajak Adam. Tangannya terus sahaja menarik tangan Yat dan keluar dari bendang tersebut. Mereka dapat melihat dengan jelas Pak Hassan sedang membawa rotan pusaka di tangannya.

“Matilah aku…kau la ni…nanti silap hari bulan aku kena lagi sebat dengan rotan arwah atuk tu,” Yat sempat mengomel semasa mereka berdua berjalan keluar dari bendang.

“Kau je…aku? Macamlah aku tak pernah rasa rotan tu…sakit tau tak…cepatlah…baik kita lari sebelum Pak Long sampai,” ujar Adam terus sahaja berpimpin tangan sambil melangkah meninggalkan kawasan pondok kecil itu. Dia, Yat dan Edi pernah merasa nikmat sebatan dari rotan tersebut waktu kecil-kecil dahulu semasa mereka mandi sungai tanpa kebenaran.

“Nanti dulu,” tiba-tiba Adam besuara.

“Apa dia?” soal Yat panik. Pak Hassan semakin menghampiri.

“Tu…rekaaan tu…jangan tinggalkan rekaan tu…kau tahu tak rekaan tu sebenarnya rekaan bakal rumah kita lepas ni…kalau hilang…naya!” jawab Adam terus berlari ke pondok kecil itu kembali. Gulungan kertas putih diambil dan segera berlari ke arah Yat kembali.

“Nak kena budak-budak ni….dah tak reti bahasa gamaknya…dari kecil sampai ke besar tak habis-habis peningkan kepala aku,” suara Pak Hassan jelas kedengaran.

Yat dan Adam mulai berlari sekuat yang mungkin. Dalam masa yang sama mereka tergelak. Kemudian Yat pula berhenti berlari dengan mengejut. Adam agak terperanjat.

“Kenapa?” tanya Adam. Dia menoleh ke belakang dan melihat bapa saudaranya masih belum berhenti mengejar meraka.

“Aku…kau…kita sepupu….boleh kahwin ke?” Tanya Yat tiba-tiba. Adam tersenyum.

“Ada kau dengar apa-apa hadis cakap yang sepupu tak boleh kahwin….ya…memangla Nabi tak galakkan umatnya kahwin sepupu….tapi dia tak ada cakap tak boleh kahwin kan…ustaz kat sekolah dulu pun cakap jugak yang sepupu boleh kahwin kan? Ingat lagi tak?’ tanya Adam memandang tepat kepada Yat.

“Ingat,” jawab Yat.

“Habis tu….cepatlah Pak Long dah nak sampai dah tu…baik kita balik mandi…bersihkan diri sebelum kita kena rotan free-free,” Adam terus menghulurkan tangannya dan Yat menyambutnya kemudian mereka sama-sama tersenyum. Kemudian mereka berlari beriringan meninggalkan Pak Hassan yang langsung tak berputus asa mengejar sambil membawa rotan besar di tangannya. Yat tersenyum gembira, siapa sangka gadis kasar seperti dia juga akan berkahwin, dia kasar sahaja tetapi tak bermakna dia tak cantik. Sebenarnya dia merupakan gadis kegilaan ramai budak lelaki di sekolah dulu. Namun dia langsung tidak melayan budak-budak lelaki tersebut kerana di dalam hatinya dia hanya ada Adam. Sepupunya. Kawan baiknya. Orang yang dicintainya dan yang terbaru bakal suaminya. Di dalam hatinya dia berdoa agar rumah tangga yang bakal dia dan Adam bina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

P/S : Harapan Sha agar semua terhibur dengan cerpen Sha ni…sebelum ni Sha hanya suka mengarang novel. Ini cerpen Sha yang kedua selepas cerpen yang Sha buat untuk majalah sekolah dulu. Tetapi cerpen ni akan ada versi novel. Nama yang sama. Wataknya mungkin juga sama…tetapi jalan ceritanya ada perbezaan…tunggu! Jangan lupa tinggalkan komen anda. Selamat membaca. Terima kasih.

Wednesday, December 9, 2009

HAI......

salam.....hehehehe...sha saje jek wat blog ni nak letak koleksi cerpen yg sha dah buat...biasanya sha lebih kpd novel...cerpen ni sha akan buat sekali sekala jek...koleksi cerpen sha pun ckit jek....harap dpt sokongan dr pembaca semua...salam...bye.