Saturday, October 9, 2010

Cerita Tentang Cinta

Kata orang cinta itu indah. Kata orang juga cinta itu sungguh merumitkan. Ada juga yang kata tanpa cinta manusia tidak akan dapat merasai apa makna kehidupan yang sebenar. Tapi cinta, bukan hanya merangkumi cinta antara kaum adam dan hawa seperti kisah cinta antara Laila dan Majnun, kisah epik cinta Romeo dan Juliet. Cinta itu luas pengertiannya. Kasih antara anak dan ibu bapa juga dipanggil cinta, kasih sayang antara sahabat boleh juga ditafsirkan sebagai cinta, sayangi alam sekeliling walaupun bukan sesama manusia juga boleh diertikan sebagai cinta. Tapi cinta yang paling agung adalah cinta pada yang Esa. Kita sebagai manusia sudah dianugerahkan dengan perasaan kasih dan cinta dan kita harus menghargai anugerah yang tidak ternilai ini. Kisah yang akan saya karangkan di bawah juga kisah cinta. Cinta yang bagaimana? Anda tafsirkan sendiri.

“Saya minta maaf Cik Aqeela, ubat itu memang tidak sesuai dengan Cik Aqeela, pada mulanya kami dapati ubat itu cukup sesuai dengan Cik Aqeela memandangkan kesan yang kami perolehi amat menggalakkan, tapi lama kelamaan, ubat itu seakan-akan langsung tidak memberikan sebarang kesan,” lelaki yang berumur hampir separuh abad memberikan penerangan pada Aqeela.

“Saya tahu, saya boleh rasakan semua tu,” Aqeela melepaskan satu keluhan kecil. Cuba untuk menenangkan perasaan sendiri. Walaupun dia sudah redha dengan ketentuan-Nya namun perasaan takut masih mengusai diri.

“Kalau Cik Aqeela mahukan, kami boleh syorkan rawatan baru yang……

“Tak, saya dah tak perlukan apa-apa rawatan baru lagi, saya dah boleh terima dengan penyakit saya ni, saya redha, kalau ditakdirkan nyawa saya tak panjang, saya redha doktor,” Aqeela cuba menahan sebak di dada. Bukan dia berputus asa tetapi dia mahu menikmati hidupnya yang masih berbaki dengan sebaik mungkin. Rawatan yang diterimanya selama ini membataskan pergerakannya, malah membuatkan dia sentiasa letih dan tidak mampu untuk melakukan sebarang aktiviti yang diingini. Malah dia cukup penat bila terpaksa menyembunyikan penyakit yang dihadapi kepada orang di sekelilingnya. Terutamanya orang yang disayangi.

“Cik Aqeela, kita cuba dulu, mana tahu dengan kaedah rawatan baru ni, kita dapat sembuhkan penyakit Cik Aqeela,”

“Bukan saya tak mahu mencuba doktor, saya nak cuba semua rawatan yang ada kalau itu boleh sembuhkan penyakit saya, tapi saya tak mampu, sumber kewangan saya tak cukup, banyak benda lain yang memerlukan wang selain rawat penyakit saya ni, lagipun rawatan tu semua membataskan pergerakan saya, saya lemah dan tak boleh lakukan kerja dengan sempurna. Saya kena bekerja doktor, saya perlu sara adik saya, adik saya masih perlukan kudrat saya untuk teruskan hidup,” akhirnya air mata yang ditahan berguguran juga. Waktu itu, mula tergambar wajah insan-insan yang paling disayanginya. Wajah adiknya Ameera yang sentiasa tersenyum, wajah Aqif, Rizman dan Irsyad, tiga orang sahabat yang sentiasa di sisinya.

“Minta bantuan….kalau Cik Aqeela mahu saya boleh minta bantuan…

“Tak apa doktor, masih ramai insan lain yang memerlukan bantuan yang doktor maksudkan tu, insan yang masih ada peluang yang cerah untuk hidup, saya tahu, penyakit saya ni sudah sampai tahap yang paling teruk,” Aqeela cuba untuk tersenyum walaupun bibirnya terasa begitu berat untuk menguntumkan senyuman.


************

Aqeela menarik nafasnya sedalam yang mungkin dan dihembus kuat. Dia mengeluarkan telefon bimbit yang ada di dalam poket seluar jeans yang dipakainya lalu mendail nombor yang dikehendaki.

“Ya Allah, kau kuatkanlah semangatku,” dia bermohon kepada Ilahi sebelum panggilan yang dibuat menerima jawapan.

“Hello. Assalamualaikum, ibu.” Aqeela tersenyum walaupun dia tahu, pemanggil tidak dapat melihat senyumannya itu.

“Waalaikummussalam Qeela, Qeela sihat?” suara ceria si penerima membuatkan perasaan Aqeela sedikit tenang.

“Alhamdulillah, Qeela sihat ibu, ibu sihat?” Aqeela terpaksa untuk berbohong. Tidak mungkin dia sanggup untuk membebankan orang yang disayanginya dengan penyakit yang dihadapi. Tambahan pula, orang yang banyak berjasa kepadanya. Ibu Najihah, seoarang wanita yang telah menerima dia dan adiknya di rumah anak-anak yatim suatu ketika dahulu, di saat dia kehilangan kedua orang tuanya dalam nahas jalan raya. Malah Ibu Najihah terus menerus menjaga adiknya yang cacat penglihatan sehingga kini. Walaupun adiknya itu sudah cukup dewasa untuk keluar dari rumah anak-anak yatim tersebut.

“Ibu sihat, Qeela. Ameera ada ni, dia nak bercakap dengan Qeela,”

Sebaik sahaja mendengar nama adiknya disebut, serta merta air mata Aqeela jatuh membasahi pipi. Insan inilah yang paling tidak sanggup untuk dia tinggalkan.

“Hello. Assalamualaikum akak,”

“Waalaikumussalam. Meera sihat? Akak rindu sangat kat Meera,” Aqeela menyapu air matanya. Sebaik mungkin dia cuba menyembunyikan kesedihan yang dirasainya ketika itu sebab dia tahu, naluri adiknya itu terlalu tinggi. Dia seakan-akan langsung tidak boleh menyembunyikan apa-apa dari pengetahuan adiknya. Namun, nasib baik perihal mengenai penyakit yang dihadapinya masih mampu dia rahsiakan sehingga kini tanpa ada sedikit keraguan di hati adiknya itu.

“Meera pun rindu akak, akak ok kan? Akak sihat kan?” Ameera mula bertanyakan soalan.

“Akak ok jek. Sihat. Kenapa Meera tanya. Meera sihat kan?” soal Aqeela kembali.

“Meera sihat, cuma hati Meera tak sedap kebelakangan ni, macam ada sesuatu yang berlaku, betul akak sihat?”

“Akak sihat. Tak payah risaulah, dan tak payah fikir yang bukan-bukan ok,” Aqeela berharap sangat agar dia dapat menahan rasa sebak di dadanya sehingga dia habis berbicara dengan adiknya itu.

“Meera,”

“Ya akak,”

“Kalau ada penderma yang nak derma mata untuk Meera, Meera terima tak?” Aqeela mula mencari tempat untuk dia melabuhkan punggungnya bila kakinya sudah terasa lemah untuk terus berdiri. Dia melilau mencari tempat duduk yang ada di kawasan kampus itu. Akhirnya dia berhenti berehat di atas bangku yang ada di bawah pokok berhampiran dengan padang di kampus.

“Kan Meera dah cakap kat akak, Meera tak akan terima mata dari akak,” suara Ameera mula kedengaran agak tegas. Ameera tersenyum. Adiknya itu sentiasa boleh meneka apa yang sedang dia fikirkan ketika itu. Itulah kelebihan Ameera yang tiada pada dirinya.

“Siapa cakap akak nak derma mata akak, kalau akak derma mata akak, macam mana akak nak habiskan pelajaran akak kat sini, maksud akak kalau ada insan yang baik hati yang nak derma mata dia untuk Meera, siapa tahu kan, ini kerja Allah dik,”

“Kita tunggu dulu sampai ada, baru kita bincang semua ni, boleh? Lagipun Meera dah biasa dengan kehidupan Meera sekarang ni, Meera boleh membaca walaupun tak boleh melihat, Meera boleh belajar walaupun Meera langsung tak nampak apa-apa, akak tak payah risaukan pasal Meera, akak jaga kesihatan akak, Meera nak akak sentiasa sihat adan sentiasa ada untuk Meera, itu sudah cukup pada Meera,” sebaik sahaja mendengar luahan jati adiknya, sekali lagi air mata yang cuba ditahan oleh Aqeela jatuh membasahi pipi.

“Akak ok ke?” suara adiknya kedengaran lagi apabila agak lama dia mendiamkan diri.

“Meera, akak ada hal. Akak telefon lain kali pula ok. Assalamualaikum,” Aqeela terus memutuskan talian. Dia sudah tidak mampu mengawal rasa sedihnya lagi. Dia tertunduk di kerusi yang didudukinya dan hanya membiarkan air matanya terus mengalir tanpa henti.

“Woit! Kau buat apa kat sana? Jenuh aku cari kau dari tadi,” satu suara membuatkan Aqeela terus menyapu air matanya dengan kadar yang segera. Dia mendongak sambil tersenyum manis apabila dia pasti kesemua air matanya sudah disapu.

“Syad,” Aqeela tersenyum pada Irsyad yang terus duduk di sisinya di bangku tersebut.

“Kita orang cari kau sejak tadi beb. Dah la kau ponteng kelas Madam Syanti, gila kau! Berani siot! Nasib kita orang dapat cover untuk kau tadi, kita orang cakap kau ada hal penting yang perlu kau uruskan,” Irsyad menanggalkan jaket kulit yang dipakainya lalu diletakkan di atas bangku. Aqeela tersenyum lagi. Terbayang wajah Madam Syanti yang mengajar kelas perakaunan yang bersuara nyaring dan mempunya jelingan yang boleh membuatkan semua pelajarnya menikus setiap kali terkena panahan jelingan mautnya itu.

“Aku ada hal la beb! Sorry, nyusahkan korang,” jawab Aqeela.

“Nape mata kau merah? Kau nangis ek?”

“Uit! Kau ingat aku ni spesis minah yang menangis ke?” Aqeela terus menumbuk bahu Irsyad dan menyebabkan lelaki itu mengaduh sakit buat seketika.

“Sorry la bro. Adui! Sakit la!”

“Mana Qif dengan Riz?” soal Aqeela bila tidak melihat kelibat dua orang lagi sahabat karibnya.

“Hah! Panjang pun umur dia orang,” Irsyad terus mengangkat tangan pada dua orang lelaki yang sedang berjalan menuju ke arah mereka berdua. Aqeela turut melakukan perkara yang sama.

“Woit! Kau jangan la buat naya kat kita orang macam ni lagi beb! Risau kita orang. Si Aqif ni dah macam kucing hilang anak kat dalam kelas tadi, macam-macam spekulasi yang dia buat tau! Kau sakitlah! Kau jatuh motor la! Kau tertidur la! Penat aku dengan spekulasi mamat ni!” suara kecoh Rizman mulai kedengaran. Aqeela terus sahaja memandang lelaki tinggi yang berdarah kacukan Inggeris Cina sambil tersenyum. Aqif membalas senyuman tersebut. Senyuman yang penuh makna. Senyuman yang hanya dia dan lelaki itu sahaja yang memahaminya. Sebenarnya ada sesuatu tentang mereka berdua yang langsung tidak diketahui oleh Rizman dan Irsyad.

“Sorry! Sorry sesangat beb! Aku minta maaf banyak-banyak susahkan korang,” Aqeela mengangkat kedua tangannya sambil tersengeh.

“Kenapa tutup hanset tadi?” Aqif bersuara perlahan.

“Aku tak perasan aku tertutup henset beb, sorry ok!”

“Lain kali jangan buat lagi macam ni boleh tak?” suara Aqif lembut. Aqeela hanya tersengeh. Rizman dan Irsyad mulai memandang antara satu sama lain.

“Kenapa aku tengok korang berdua ni lain macam je ni? Kau pulak Qif, kenapa suara kau lembut semacam jek tengah hari ni? Korang berdua ni ok ke tak?” Rizman bertanya. Sebenarnya sudah beberapa hari dia melihat perubahan yang ditunjukkan oleh dua orang sahabatnya itu.

“Yelah Riz, aku pun macam dapat rasa ada benda yang tak kena dengan dia orang ni,” Irsyad memerhati wajah kedua-dua sahabat baiknya itu.

“Tak payah la kau nak buat spekulasi yang bukan-bukan Riz, otak kau cerdas pulak dalam bab-bab macam ni ek beb?” Aqeela bangun dan terus sahaja menampar kepala Rizman sambil tersenyum lalu memaut mesra bahu Aqif.

“Entah! Dari kau buat spekulasi bukan-bukan, baik kau simpan kecerdasan otak kau yang memang dah tinggal sikit tu untuk hafal nota Madam Syanti, esok ada kuiz!” balas Aqif sambil tersenyum. Maka kedengaran suara sahabatnya yang lain tergelak lucu. Rizman menelan air liur. Gagal lagi la dia kuiz tu nanti.


*************
“Ala Qeela, boleh la, kau upkan sikit jek enjin motor aku ni. Boleh la ek? Aku tak tahu nak minta tolong siapa lagi, nanti aku dah ada duit aku bayarlah,” Rizman merayu. Hanya Aqeela sahaja tempat untuk dia meminta bantuan tanpa sebarang bayaran.

“Bukan aku tak nak tolong beb! Tapi aku kenal kau. Kau nak race kan? Beb, dah berapa kali aku cakap, dah la, berhentilah dari berlumba haram tu, bahaya kau tahu tak!” Aqeela terus menyimpan perlatan membaiki motor ke tempat asal. Jam sudahpun menunjukkan pukul sembilan malam. Sudah tiba masanya untuk dia pulang ke rumah. Lagipun badannya sudah penat. Pagi sampai tengah hari dia ke kampus, petang sampai ke malam pula dia terpaksa bekerja sambilan di bengkel membaiki motorsikal. Satu-satunya bengkel di KL yang mengupah pekerja yang langsung tiada kelulusan dalam bidang tersebut dan hanya bergantung pada bakat semulajadi yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa. Dia bersyukur kerana dikurniakan bakat untuk mambaikai motorsikal, walaupun dia hanya belajar daripada kawan-kawannya mengenai kaedah yang betul untuk membaiki motorsikal namun dia dapat mengusai lebolehan itu dengan cepat dan mudah. Mungkin disebabkan minatnya yang mendalam terhadap motorsikal sejak dari kecil.

“Ala Qeela, bukan selalu, sekali sekala je, lagipun dia punya hadiah lumayan beb, boleh bayar yuran kolej tu!”

“Hadiah lumayan sebab pertaruhan kau besar, memang la untung kalau kau menang! Kalau kau kalah, tak ke hangus semua duit yang pertaruhkan tu, tu ok lagi! Kalau accident macam mana? Lagi naya kau tahu tak! Meraung mak ayah kau kat kampung tu!” Aqeela membuka topi yang menutupi kepalanya lalu dipakaikan pada Rizman sambil kepala lelaki itu diketuk dengan kuat.

“Beb…ala…

“Dah! Kau merayu sampai berguling atas lantai pun, aku tak nak tolong! Faham!”

“Kau tak sayangkan aku ke beb?”

“Sebab aku sayangkan kau la aku tak nak tolong kau! Aku tak nak kehilangan kawan aku sebab mati katak! Kau faham?”

Rizman menanggalkan topi yang dipakaikan oleh Aqeela sebentar tadi. Dia menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Kemudian dia mengeluh kecil. Alangkah baiknya, sekiranya Aqeela tahu tujuan sebenar dia untuk memenangi pertaruhan dalam perlumbaan haram itu. Dia mahu membantu ayah dan ibunya di kampung yang memerlukan wang untuk merawat adiknya yang mempunyai penyakit jantung dan memerlukan pembedahan dengan kadar yang segera. Tetapi dia tidak mahu membebankan Aqeela. Dia tahu, Aqeela juga susah sepertinya. Gadis itu juga terpaksa mencari wang dengan sendiri untuk meneruskan pelajarannya dan menyara adiknya yang cacat penglihatan.


*************

“Kau tak sayangkan aku ke?” soal dia pada suatu hari. Hari di mana dia sudah bersedia untuk meluahkan apa yang dia rasakan selama ini.

“Tentulah aku sayangkan kau beb! Aku sayangkan kau, Riz dan Syad! Korang bertiga kawan baik aku!,” waktu itu Aqeela langsung tidak memandang tepat pada wajahnya seakan-akan gadis itu cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya. Dia tahu, Aqeela mempunyai perasaan yang sama sepertinya. Aqeela juga rasa apa yang dia rasa. Dia pasti itu semua. Tetapi gadis itu seakan-akan mahu menafikan semuanya.

“Kau faham maksud aku kan?” soalnya lagi.

“Beb, kau kawan baik aku. Antara korang bertiga kau yang paling faham dengan aku. Kau yang selalu sokong aku, sentiasa ada bila aku perlukan kau. Aku tak nak rosakkan hubungan kita hanya disebabkan cinta beb,”

“Kita tetap boleh berkawan macam biasa kalau kau mengaku yang kau juga cintakan aku Qeela,” Dia mula meninggikan suaranya tanpa dia sedari. Waktu itu Aqeela mulai membelakanginya.

“Kau bercakap memang la mudah. Sedap je telinga mendengarnya. Kau kena faham istilah cintakan sahabat dan juga cintakan kekasih Qif! Kau tahu tak, kalau kita bersahabat, walaupun macam mana kita bergaduh sekalipun Insya-Allah kita akan berbaik semula, tapi kalau kita bercinta, kita bergaduh dan putus, kau ingat kita senang-senang boleh berbaik semula, silap hari bulan kita juga putus tali persahabatan dan aku tak sanggup untuk hadapi semua tu!”

“Tapi aku cintakan kau Qeela!”

“Ya aku tahu! Tapi aku belum bersedia untuk semua tu! Kita masih muda Qif, belajar pun tak habis lagi, perjalanan kita masih lagi jauh, kau percayalah, suatu hari nanti, kau akan jumpa perempuan yang jauh lebih cantik dan jauh lebih hebat dari aku. Dan waktu tu, silap-silap aku ni kau dah tak pedulikan lagi,”

“Kau tahu semua tu tak akan jadi. Mustahil aku lebihkan perempuan lain dari kau! Kau kenal aku kan, aku sayangkan kau lebih dari segala-galanya,” dia mengadap Aqeela dan wajah gadis itu direnung lama. Dia cuba menahan air matanya dari jatuh dan menangis di hadapan gadis yang dicintainya.

“Aqif,”

“Sakit tau tak!” Dia melepaskan keluhan berat. Namun wajah manis Aqeela tetap direnung tanpa rasa jemu.

“Sakit?”

“Yalah! Sakit tau tak kena reject! Sampai hati kau reject aku,” dia cuba untuk tersenyum.

“Sakit ke? Ok la tu, biar kau rasa macam mana perempuan-perempuan kat kolej sakit bila kau reject dia orang mentah-mentah!” Aqeela tersenyum nakal dan membuatkan dia turut sama tersenyum. Sukar untuk dia membenci gadis itu. Gadis yang cukup memahaminya lebih daripada orang lain walaupun ibu bapanya sendiri. Tetapi apa yang mahu dihairankan, ibu bapanya terlalu mengejar harta dunia sehingga tanggungjawab terhadap anak-anak diabaikan. Walaupun dia hidup mewah namun dia begitu miskin akan kasih sayang daripada ibu dan ayahnya.

“Aqif! Cepat turun! Mama dan papa dah nak berangkat dah ni!” laungan kuat dari ibunya menyedarkan Aqif dari lamunannya. Cepat-cepat dia turun dari katil untuk bertemu kedua ibu bapanya yang akan ke luar negara untuk beberapa minggu.


************

“Lu datang sini lu ada bawa duit ke?” tanya seorang lelaki yang sedang dipeluk erat oleh dua orang gadis seksi yang begitu mengiurkan.

“Wa tak akan datang kalau wa tak ada duit, cepatlah! Mana barang tu! Wa dah tak tahan ni!” Irsyad meninggikan suaranya bila lelaki itu seakan-akan tidak mempercayai bahawa dia mempunyai wang yang mencukupi untuk mendapatkan ‘bekalan’ tersebut. Dia memang mudah dalam soal kewangan. Walaupun keluarganya tidaklah kaya-raya seperti keluarga Aqif namun keluarganya juga tergolong dalam keluarga yang berada. Duit memang tidak menjadi masalah baginya sejak kecil. Setiap bulan dia menerima alaun yang mencukupi daripada ayahnya.

“Mana duit tu dulu?”

“Ni!” Irsyad terus menunjukkan segulung duit yang sudah siap diikat dengan menggunakan getah pengikat bagi memudahkan urusan jual beli dijalankan.

“Tunggu,” jawab lelaki Cina itu dan terus memberikan isyarat kepada anak buahnya yang berada tidak jauh dari situ. Tidak lama kemudian, Irsyad mendapat barangan yang dia kehendaki. Dia tersenyum. Siapa sangka, pada mulanya dia mengambil benda jahanam itu semata-mata untuk memastikan dia dapat berjaga sepanjang hari untuk mengulangkaji pelajaran namun lama kelamaan dia mulai ketagih. Bermula dengan ectacy, dia beralih kepada ganja, dan daripada ganja, kini dia sudah terjebak dengan heroin dan akhirnya, dia sudah tidak mampu untuk berundur lagi.


***********

Aqeela berteleku di atas sejadah sambil mengangkat tangan berdoa kepada yang Esa. Kepada Allah yang Maha Pemuarah lagi Maha mengasihani. Hanya Allah sahaja tempat dia mengadu, meluahkan apa yang dia rasakan dan meminta pertolongan yang dia mahukan.

“Ya Allah, kau kuatkanlah semangatku, kau lindungilah semua orang-orang yang aku sayang Ya Allah, hanya padaMu aku bermohon dan hanya kepadaMu aku meminta pertolongan. Kau berikanlah kekuatan untuk meneruskan hidupku selagi nyawaku belum diambil dari jasadku Ya Allah. Sesungguhnya dugaanMu ini amat berat untuk aku menghadapinya Ya Allah. Namun aku Redha dengan ketentuanMu. Apa yang Kau tentukan pasti ada hikmah di sebaliknya Ya Allah. Ya Allah, aku tahu selama ini aku sering kali melupakanMu, aku lalai dalam menjalankan tanggungjawabku sebagai hambaMu. Aku bermohon padaMu, kau ampunkanlah dosaku, kau kuatkanlah Imanku agar aku dapat menghadapi semua dugaanMu ini sehingga saat-saat terakhir Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin,” Aqeela meraup mukanya. Ada ketenangan yang dia rasakan ketika itu. Setelah itu dia memandang sekeliling biliknya, kemudian matanya jatuh pada potret yang ada di dalam bingkai gambar yang ada di meja tulisnya. Gambar arwah ibu dan ayahnya yang telah meniggal dunia sejak dia berumur sepuluh tahun.

“Ibu, ayah, tak lama lagi Qeela akan datang jumpa dengan ibu dan ayah, tapi Qeela tak boleh bawa Meera sekali. Macam mana ni ibu, ayah, Qeela tak sanggup tinggalkan Meera sorang-sorang. Macam mana dia nak teruskan hidup dia tanpa Qeela. Qeela tahu Meera kuat, Meera mesti boleh teruskan hidup dia nanti, tapi Qeela cuma bimbang dia tak boleh terima kehilangan Qeela. Tapi Qeela akan pastikan, dia akan dapat mata dari Qeela selepas Qeela tak ada nanti. Hanya itu sahaja yang buat Qeela rasa tenang walaupun Qeela tahu Qeela akan tinggalkan dia tak lama lagi,” air mata Aqeela bercucuran jatuh membasahi pipi. Hiba di hatinya di kala itu hanya Tuhan sahaja yang tahu.

**************

“Mak aih! Cantik siot!” Irsyad terus sahaja memuji bila melihat gadis yang sudah beberapa hari mereka perhatikan lalu di hadapan mereka.

“Kau nak ke? Pergilah. Tunggu apa lagi?” Aqif terus tersenyum memandang Irsyad yang dari tadi tidak lepas pandang pada pelajar yang baru beberapa hari mendaftarkan diri di kolej mereka. Rizman dan Aqeela tersenyum melihat telatah kawan baiknya itu.

“Kau ingat aku ni slow ke? Aku dah try masuk jarum awal-awal lagi la beb, tapi kau tahu, dia bukan nak kat aku. Tapi kat kau! Dia siap kirim salam kat kau tahu!” Irsyad buat muka menyampah. Pada mulanya dia ingatkan dia sudah berjaya menambat hati gadis itu bila gadis itu sudi keluar makan tengah hari dengannya, namun gadis itu terang-terang memberitahu bahawa dia berminat dengan Aqif namun takut untuk dekat dengan lelaki itu kerana Aqif sentiasa di sisi Aqeela. Namun, bila dia terangkan hubungan sebenar Aqif dengan Aqeela barulah gadis itu tersenyum penuh makna dan terus mengirim salam pada Aqif.

Aqif terus sahajamemandang Aqeela. Aqeela hanya tersengeh dan terus menundukkan kepalanya. Aqif tahu Aqeela rasa apa yang dia rasakan ketika itu tetapi gadis itu tetap dengan egonya dan tidak mahu meluahkan perasaan sendiri.

“Iya, kalau macam tu, kau pass kat aku jelah, biar aku pulak yang masuk jarum, manalah tahu, satu hari aku boleh jatuh cinta dengan minah ni,” Aqif sengaja menguatkan kata-katanya. Dia mahu Aqeela dengar pertuturannya. Dia mahu gadis itu cemburu. Dia mahu Aqeela mengaku bahawa sahabatnya itu juga mencintainya seperti mana dia mencintai Aqeela.

“Wow beb! Sejak bila kau gatal beb! Setahu aku, kau bukan mudah nak jatuh minat kat mana-mana perempuan sebelum ni, kau mengigau ‘basah’ semalam ek? Dah cukup umur kawan aku rupanya!,” Rizman terus mengeluarkan lawak bodohnya. Serentak dengan itu, tiga tangan hinggap di kepalanya serentak.

“Sakitlah bodoh!” Rizman menggosok-gosokkan kepalanya yang terasa pening sekejap.

“Siapa suruh kau buat lawak bangang!” balas Irsyad.

“Aku try ek?” Aqif terus sahaja bangun dari tempat duduknya di cafĂ© tersebut. Dia berjalan menghampiri gadis yang sedang duduk berbual dengan kawan-kawannya selang beberapa meja dari tempat duduknya. Rizman dan Irsyad terus melopong melihat situasi tersebut. Aqeela pula hanya mampu tersenyum. Sukar untuk dia gambarkan perasaannya ketika itu.

“Beb, aku rasakan betul la kau cakap beb! Aqif mimpi ‘basah’ semalam. Semalam jugalah dia cukup umur. Akil baligh,” Irsyad bersuara perlahan. Tambahan pula bila melihat Aqif kelihatan mesra sekali berbual-bual dengan gadis yang baru dikenalinya itu.

“Tulah! Aku cakap kau tak nak dengar!”

“Malas aku nak layan korang berdua! Aku pergi dulu, ada hal sikit. Jumpa kat kelas. Jangan lupa tarik Si Aqif tu, jangan tak nak masuk kelas sebab dapat awek pulak,” pesan Aqeela terus bangun dari tempat duduknya. Sebenarnya kepalanya sudah berpusing-pusing. Matanya sudah berpinar-pinar. Dia baru teringat, dia sudah lewat untuk makan ubat-ubat yang harus diambilnya. Irsyad dan Rizman hanya mengangguk sambil mata mereka tidak lekang dari memandang Aqif dan gadis seksi itu.

****************

“Beb please la! Kalau kau tak nak tolong tambahkan power motor aku tu, aku pinjam motor kau boleh? Malam ni je beb,” rayu Rizman.

“Riz, kita minta tolong dengan Qif, dia mungkin boleh tolong kau! Tapi tolong jangan lumba haram. Aku tak nak apa-apa jadi pada kau!” Aqeela pula merayu pada Rizman agar membatalkan niatnya itu. Dia sebenarnya sudah tahu perihal sebenar mengenai masalah yang dihadapi oleh Rizman. Rizman telah menceritakan segala-galanya kepadanya mengenai adiknya yang memerlukan rawatan dengan segera akibat masalah jantung yang dihadapi. Oleh yang demikian, Rizman memerlukan wang yang banyak bagi membantu ibu dan ayahnya di kampung.

“Tak! Jangan! Kan aku dah beritahu kau, yang kau saja yang tahu pasal ni. Aku tak nak dituduh mengambil kesempatan pada dia nanti. Aku tahu, Aqif dengan Irsyad mungkin boleh tolong aku, tapi aku tak nak menyusahkan dia orang, biar aku berusaha sendiri, biarpun dengan berlumba haram! Please Qeela,”

Aqeela serba salah. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Dia mahu membantu tetapi dia sendiri susah. Dia juga tidak berani membantu Rizman dengan menambah kuasa enjin pada motor lelaki itu ataupun meminjamkan motornya yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan motor Rizman. Dia sayangkan sahabat baiknya itu. Dia tidak mahu apa-apa perkara buruk berlaku sekiranya dia menurut apa sahaja kemahuan Rizman. Dia tahu niat Rizman baik mahu menolong ibu dan ayahnya di kampung tanpa menyusahkan kawan baiknya yang lain, tetapi cara yang Rizman gunakan salah sama sekali. Perkara yang ingin dilakukan oleh Rizman mempunyai risiko yang cukup tinggi.

“Kau memang nak tengok aku kalah kan! Tak apa, kalau kau tak nak baiki motor aku ataupun bagi pinjam motor kau! Aku tetap teruskan perlumbaan tu!” Rizman meninggalkan Aqeela dalam perasaan marah. Dia geram bila Aqeela seakan-akan tidak mahu membantunya.

“Riz! Riz!” laungan Aqeela langsung tidak diendahkan. Aqeela panik. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Sudah beberapa hari dia cuba untuk memberitahu Aqif tetapi lelaki itu sering kali kelihatan sibuk berdua-duaan dengan teman wanitanya. Irsyad pula semenjak kebelakangan ini sering kali menghilangkan diri dan tidak dapat dikesan.

**************

Aqeela berasa betul-betul tidak sedap hati. Dia cuba menjejaki Rizman di tempat biasa lelaki itu menghabiskan masa bersama kawan-kawan motornya, namun dia gagal untuk mendapatkan lelaki itu. Dia perlu menghalang Rizman dengan kadar yang segera. Demi Allah, dia seakan-akan dapat merasakan sesuatu yang tidak baik bakal berlaku.

“Bob! Kau ada nampak Riz tak? Kau tahu tak dia nak berlumba kat mana malam ni?” Aqeela bertanya pada lelaki yang selalu berlumba dengan Rizman. Satu-satunya kawan motor Rizman yang suka lepak dengan mereka setiap kali mereka berkunjung ke kawasan mat-mat motor berkumpul.

“Aku tak tahu la Qeela, kalau tak silap aku dia orang berkumpul dekat Jalan Ampang malam ni, aku tak suka Riz join berlumba dengan geng tu, pertaruhan dia orang mahal sangat satu hal, lagi satu aku dengar, geng-geng tu suka guna taktik kotor!” kata-kata lelaki yang dikenali sebagai Bob menambahkan lagi rasa bimbang yang dirasai oleh Aqeela ketika itu.

“Terima kasih Bob!” Aqeela terus mengenakan kembali helmet di kepala dan terus menaiki motor berkuasa tinggi yang dimilikinya. Dia mesti mendapatkan Rizman dengan kadar yang segera sebelum lelaki itu memulakan perlumbaan haram itu.

************

Aqeela tahu dia sudah terlambat. Sebaik sahaja dia sampai ke tempat yang diberitahu oleh Bob, perlumbaan telahpun berlangsung. Qeela tiada cara lain selain dari mengikut haluan perlumbaan tersebut. Dia perlu menyuruh Rizman berhenti dari meneruskan perlumbaan itu. Maklumat mengenai jalan yang diikuti untuk perlumbaan haram itu telahpun diperolehi daripada penonton yang berada di kawasan permulaan perlumbaan.

Sambil menunggang motosikalnya dengan laju, Aqeela berdoa dalam hati agar Allah melindungi sahabat baik nya itu. Hatinya betul-betul tidak tenteram. Setelah hampir sepuluh minit dia menunggang motosikalnya, dia seakan-akan melihat sekumpulan manusia berkumpul di satu persimpangan jalan. Keadaan trafik mulai perlahan dan membuatkan dia turut memperlahankanmotornya. Dia mula menunggang di celah-celah kenderaan yang mulai sesak. Waktu itu, dia tahu pasti ada kemalangan yang berlaku namun seboleh-bolehnya dia cuba menafikan apa yang terlintas di fikirannya ketika itu. Namun apa yang dia lihat waktu itu membuatkan jantungnya semakin berdegup kencang. Motosikal yang hampir hancur tersadai di tepi jalan seakan-akan menguatkan lagi firasatnya. Aqeela terus sahaja behenti di tepi jalan raya dan turun dari motorsikalnya lalu berjalan menghampiri sekumpulan manusia tersebut.

Aqeela berjalan di celah-celah manusia yang semakin ramai. Semakin dia menghampiri di kawasan tengah-tengah manusia berkumpul, semakin langkahnya perlahan. Lututnya mula semakin menggeletar dan akhirnya dia sampai jua di tengah-tengah kumpulan manusia tersebut dan dia terus terjelepuk jatuh dan melutut betul-betul di hadapan sekujur tubuh yang berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

“Ya Allah Riz! Riz! Ya Allah! Tolong! Tolong kawan saya bang! Tolong! Riz! Riz!” Aqeela mula meraung meminta pertolongan. Waktu itu tangan kanan Rizman terkapai-kapai seperti mahu mendapatkannya. Aqeela terus sahaja memegang erat tangan Rizman sambil menangis. Dia mendekatkan wajahnya pada wajah Rizman yang dipenuhi dengan darah apabila dia melihat lelaki itu seperti mahu memberitahunya sesuatu.

“Qeela…aku..aku…aku minta maaf…aku degil…aku tak nak…tak nak dengar..nasihat kau..maafkan…maafkan aku Qeela,” suara Rizman tersekat-sekat.

“Riz…tak…kau tak salah, aku yang salah sebab tak nak tolong kau! Riz! Kau kena bertahan! Bang! Tolong kawan saya bang!” Aqeela meraung lagi. Tambahan pula bila melihat keadaan Rizman yang semakin tenat.

“Aku…aku…sayangkan kau…sayangkan Qif…sayangkan Syad…korang…kawan terbaik..yang…yang…pernah…aku ada. Maafkan aku…maafkan…aku..se…panjang…kita…berakawan,” tangisan Aqeela semakin kuat.

“Riz! Kau kena bertahan! Tolonglah Riz! Jangan tinggalkan aku! Tinggalkan kita orang!” Aqeela merayu. Seketika kemudian, bantuan sampai dan Riz dibawa masuk ke dalam ambulan dan dia pula cuba ditenangkan oleh beberapa orang yang berada di situ.

*****************

“Kenapa? Kenapa kau tak beritahu aku pasal duit yang diperlukan oleh arwah?” soal Aqif tiba-tiba dengan suara yang cukup tinggi. Dia baru sahaja dapat tahu mengenai wang diperlukan oleh arwah Rizman bagi membiayai kos rawatan adiknya.

Aqeela hanya mendiamkan diri. Dia masih lagi sugul dan tidak mahu berbicara walaupun sudah seminggu Rizman meninggalkan mereka untuk selama-lamanya.

“Kalau kau beritahu aku pasal benda ni awal-awal Riz takkan tinggalkan kita! Riz takkan mati kau tahu tak!” Aqif seperti mahu menyalahkan Aqeela atas apa yang terjadi. Irsyad yang turut berada di situ hanya mendiamkan diri. Dia juga masih sedih di atas pemergian Rizman.

“Budak kat bengkel kau dah beritahu aku! Hari tu, Riz datang ke bengkel nak suruh kau baiki motor dia kan, dia juga nak pinjam motor kau kalau kau tak boleh nak baiki motor dia! Tapi kau langsung tak nak tolong dia! Hei, penting sangat ke motor kau tu kalau nak dibandingkan dengan nyawa Riz hah!” Aqif menolak kasar bahu Aqeela. Namun Aqeela hanya mendiamkan diri tanpa menunjukkan sebarang reaksi.

“Sebenarnya kaulah penyebab kematian Riz! Kalau kau baiki motor dia, kau pinjamkan motor kau pada dia, kemalangan tu takkan jadi!”

“Hei! Sudahlah tu! Riz baru je meninggal! Sekarang ni kita yang hidup ni pulak nak bergaduh! Apa ni? Kau ingat Riz suka ke tengok keadaan kita macam ni?” akhirnya Irsyad bersuara. Satu persatu wajah kawan karibnya itu diperhatikan.

“Memang dia yang salah! Kalau dia beritahu awal-awal apa masalah Riz, Riz tak perlu ikut perlumbaan haram tu! Aku boleh tolong Riz! Tapi dia sanggup tak beritahu kita apa-apa pun! Kau memang tak layak dibuat kawan la! Kawan dalam kesusahan pun tak boleh tolong!”

“Cukup! Cukup! Kau ingat kau seorang sahaja yang sedih atas pemergian Riz! Hei! Aku pun kawan dia jugak! Aku ada kat tempat kejadian! Aku lagi sedih bila aku sendiri tengok keadaan dia sebelum dia mengehembuskan nafas terakhir! Oh, aku cuba rahsiakan benda ni daripada kau! Hei! Cuba kau ingat balik, beberapa hari sebelum pemergian Riz, berapa kali aku call kau? Kau tak angkat! Berapa kali aku cuba nak jumpa kau? Tapi kau langsung tak datang kelas! Dan berapa kali jugak kau tolak pelawaan aku bila aku cakap aku ada sesuatu nak beritahu kau? Cuba kau beritahu aku, berapa kali kau lepak sama-sama dengan kita orang lepas kau bercinta dengan perempuan tu? Berapa kali? Cuba kau beritahu aku!!!!” Aqeela seperti tidak mampu lagi untuk mengawal emosinya. Suaranya bagaikan halilintar dan menyebabkan semua mata yang berada di taman kolej memandang ke arah mereka. Malah buat pertama kalinya dia menangis di hadapan sahabat baiknya itu.
“Oh! Selama hampir empat tahun kita berkawan, rupa-rupanya ini tanggapan kau pada aku! Seseorang yang tak layak dibuat kawan! Oh, aku dah faham sekarang ni!” Aqeela sudah tidak mampu untuk terus berada di situ. Air matanya laju mengalir sambil matanya tepat memandang wajah Aqif. Beberapa saat kemudian, dia terus berlari meninggalkan tempat itu.
“Apa semua ni? Kenapa boleh jadi sampai macam ni?” Irsyad merintih sendiri. Aqif hanya terdiam seribu bahasa.

****************

Aqeela melangkah keluar dari kelas. Sudah seminggu dia langsung tidak melihat kelibat Irsyad. Hanya Aqif sahaja yang masuk ke kelas. Namun hubungannnya dengan Aqif sudah renggang sejak peristiwa itu. Mereka tidak lagi lepak bersama-sama. Malah sejak kejadian itu, Aqif seakan-akan cuba melarikan diri daripadanya. Dia tahu, lelaki itu masih menyalahkan dirinya di atas apa yang telah terjadi. Dia faham dan dia langsung tidak menyalahkan Aqif di atas apa yang terjadi.

Aqeela berjalan seoarang diri menyusuri koridor berhampiran dengan perpustakaan. Dia agak lemah dan kepalanya sering kali pening sehinggakan ada kalanya dia dia langsung tidak dapat mengimbangi badannya. Dia tahu, simptom-simptom penyakit yang dihadapinya sudah dapat dirasai dan dilihat olehnya. Rambutnya telah banyak yang gugur malah hidungnya juga sering kali berdarah walaupun dia berada di dalam bilik berhawa dingin. Malah badan-badannya juga mudah lebam walaupun dia terlanggar sesuatu dengan perlahan. Dia tidak tahu, selama mana lagi dia mampu bertahan. Malah semenjak dia mengetahui ubat yang diambil langsung tidak menunjukkan sebarang kesan positif, dia tidak lagi menjejakkan kaki ke rumah anak-anak yatim untuk melawat adiknya, alasan yang sering dia gunakan adalah dia sibuk dengan pelajaran dan pelbagai kerja kursus yang perlu dia siapkan. Dia tidak mahu adik serta ibu angkatnya mengetahui tentang keadaan dirinya yang sebenar.

“Syad!” laung Aqeela sebaik sahaja dia terpandang Irsyad yang tergopoh gapah berjalan seakan-akan sedaneg mengejar sesuatu. Namun Aqeela langsung tidak melihat sesiapa yang dikejar oleh Irsyad. Dia terus menyusun langkahnya dengan lebih laju, cuba mengejar Irsyad yang seakan-akan langsung tidak dengar akan panggilannya.

“Mana mamat ni! Cepatnya dia hilang!” ngomel Aqeela sendiri. Kemudian dia terpandang ada tandas berada di sebelahnya.

“Dia masuk ke tandas ke?”

Aqeela cuba menjenguk ke dalam tandas lelaki yang barada di sebelah kanannya itu. Namun dia gagal melihat sama ada Irsyad berada di dalam ataupun tidak. Dia menjungkit bahu sendiri. Mungkin Irsyad tiada di dalam tandas. Namun belum sempat dia melangkah meninggalkan tempat tersebut dia dikejutkan dengan bunyi seperti seseorang terjatuh. Tanpa memikirkan keadaan sekeliling Aqeela terus sahaja masuk ke dalam tandas lelaki itu. Nasib baik tiada seorang pun pelajar lelaki di dalam tandas itu.

“Syad! Kau ke kat dalam tu?” laung Aqeela apabila mendapati satu pintu tandas tertutup rapat. Namun tiada sebarang sahutan yang kedengaran.

“Syad!” dia memanggil lagi, namun masih tiada sebarang sahutan. Tetapi bunyi yang keluar dari dalam tandas yang tertutup betul-betul membuatkan perasaan ingin tahu dalam dirinya membuak-buak. Dia tekad. Ini sahaja langkah yang boleh dia ambil untuk mengetahui perkara yang sebenarnya. Dia menendang pintu tandas itu sekuat hati.

“Astaghfirullahalazim! Syad! Apa ni? Apa yang kau buat ni Syad? Ya Allah!!!” Aqeela terjelepuk jatuh sambil melutut. Apa yang dilihatnya waktu itu betul-betul di luar jangkaannya. Irsyad penagih dadah! Ya Allah, ujian apakah yang kau berikan padaku ini Ya Allah! Dia merintih sayu!


**********

“Aku benci kau Qeela! Aku bencikan kau! Kau bukan kawan aku! Kau bukan kawan aku lagi! aku bencikan kau!” terngiang-ngiang suara Irsyad meraung kepadanya beberapa hari yang lalu sewaktu dia membawa lelaki itu ke Rumah Harapan bagi mendapatkan rawatan ketagihan dadah yang dialami oleh Irsyad. Dia tahu, dia silap bila menipu Irsyad yang sedang gian bahawa dia mahu membawa lelaki itu bagi mendapatkan ‘bekalan’ yang Irsyad perlukan tetapi sebenarnya, dia sudahpun mendapatkan persetujuan daripada kedua ibu bapa Irsyad untuk menghantar Irsyad ke pusat rawatan penagihan dadah. Lagipun, ibu bapa Irsyad yang mahu Irsyad dihantar ke pusat rawatan di bawah badan bukan kerajaan bagi merawat anaknya itu dan mereka sanggup membayar seberapa sahaja yuran yang telah ditetapkan oleh Rumah Harapan tersebut.

“Dah lama kau tunggu?” suara Aqif telah mengembalikan semula Aqeela ke dalam dunia nyata. Rupa-rupanya sudah jauh dia mengelamun sebentar tadi.

“Baru sekejap. Ada apa kau nak jumpa dengan aku?” soal Aqeela. Dia memandang lelaki yang langsung tidak mempamerkan wajah ceria seperti biasa. Sesungguhnya dia begitu rindu akan senyuman manis Aqif yang boleh membuatkan dia tenang.

“Aku ada hal nak cakap dengan kau!” suara Aqif langsung tidak menunjukkan kemesraan.

“Apa dia?”

“Aku akan tinggalkan kolej ni dan sambung pelajaran aku kat luar negara! Jasmin ikut sekali!” entah mengapa Aqif sengaja mahu menyebut nama teman wanitanya yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara bersama-sama dengannya.

“Kenapa?”

“Kenapa apa?” tanya Aqif kembali. Wajah Aqeela diamati. Cuba mencari sesuatu kepastian. Namun dia gagal mendapatkan kepastian tersebut. Apa yang dilihatnya waktu itu hanyalah wajah pucat Aqeela. Aqeela seperti tidak bermaya. Namun perasaan kecewa dan marah yang masih berbaki menghalang dia untuk bertanya dengan lebih lanjut mengenai gadis itu.

“Kenapa kau tak tamatkan saja kat sini, satu semester saja lagi untuk kita habiskan,” Aqeela bersuara sayu. Luluh hatinya mendengar berita sedih itu.

“Dah tak ada apa-apa lagi yang ada untuk aku terus belajar kat kolej ni. Lagipun lepas tu boleh la aku sambung terus ambil Master,”

“Dah tak ada apa-apa lagi yang ada kat sini? Ermm...” Aqeela sedaya upaya mahu menyembunyikan rasa sebak dan sedih yang dirasai ketika itu. Kalaulah dia boleh memberitahu lelaki itu mengenai penyakit yang dihadapinya. Kalaulah lelaki itu tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan kalaulah lelaki itu tahu tentang perasaan sebenar yang cuba dia sembunyikan selama ini. Tetapi semua itu hanya ‘kalau’ dan apa yang pasti semua itu tidak mungkin diketahui oleh Aqif.

“Sebelum mula semester baru, aku akan pergi. Tapi dalam tiga bulan kita cuti ni, aku akan ke Switzerland bercuti dengan family,”

“Oh, Selamat Bercuti!” hanya itu sahaja mampu keluar dari bibir nipis Aqeela. Kemudian dia terasa seperti ada cairan panas yang keluar dari hidungnya dan apabila dia menyentuh dengan jarinya ternyata hidungnya sekali lagi beradarah.

“Aku pergi dulu. Selamat bercuti dan kirim salam aku pada Jasmin,” Aqeela cepat-cepat melangkah meninggalkan Aqif sebelum lelaki itu menyedari perkara sebenar. Walaupun banyak perkara yang ingin dia bicarakan dengan lelaki itu, dia terpaksa melupakan semuanya. Dia tidak mahu Aqif tahu mengenai penyakit yang dihadapinya.


*************

“Kau apa khabar?” Aqeela sebak. Sejak hampir tiga bulan Irsyad berada di dalam Rumah Harapan, inilah kali pertama dia mendapat panggilan daripada rumah tersebut bahawa Irsyad ingin bertemu dengannya.

“Aku sihat, Alhamdulillah, terima kasih pada kau sebab bawa aku ke sini. Terima kasih sebab jadi kawan terbaik aku. Tanpa kau, aku tak tahu apa yang akan jadi pada aku,” ucapan ikhlas daripada Irsyad semakin membuatkan Aqeela bertambah terharu. Akhirnya, dia mendapatkan kembali kawan baiknya. Air matanya mulai bergenang.

“Aku sayangkan kau. Aku sayangkan semua kawan-kawan kita, cukuplah aku kehilangan Riz, aku tak nak kehilangan kau. Terima kasih sebab sudi bertemu dengan aku,” akhirnya air matanya jatuh jua. Dia tidak dapat menahan rasa gembiranya kerana Irsyad sudi untuk memaafkannya tetapi dalam masa yang sama dia begitu sedih kerana kemungkinan besar dia pula yang akan meninggalkan semua orang dia sayangi di dunia ini.

“Apa ni beb? Sejak bila kau jadi ratu air mata ni?” Irsyad cuba berseloroh walaupun dia sendiri terasa ingin menangis ketika itu. Dia begitu rindukan Aqeela, rindukan Aqif dan rindukan arwah Rizman yang sudah meninggalkan mereka untuk selama-lamanya. Alangkah bahagianya sekiranya mereka dapat berkumpul kembali seperti dahulu.

“Aqif ada datang jumpa dengan kau?” Aqeela mengubah tajuk perbualan. Dia menyapu air matanya dengan tangan cuba menyembunyikan kesedihan yang dirasai bila soal Aqif diutarakan.

“Ada, sebelum dia pergi bercuti, selepas tu dia dah tak datang dah, dia dah balik ke Malaysia ke belum?” soal Irsyad. Ada sesuatu yang tertanya-tanya selama ini. Sesuatu yang terjadi antara Aqeela dan Aqif. Walaupun nalurinya kuat menyatakan bahawa tafsirannya selama ini tidak salah, namun dia tidak berani untuk terus meneka.

“Entah, dah la kot,”

“Aku tanya sesuatu, kau jangan marah boleh tak beb?”

“Sejak bila kau jadi budiman ni? Biasanya kau main terjah jek,” giliran Aqeela pula yang berseloroh. Mereka sama-sama tergelak. Sudah lama mereka tidak ketawa bersama sebegitu.

“Kau sayangkan Aqif kan?”

“Sayangkan Aqif? Memang la. Dia kan kawan aku, sama la jugak dengan kau, aku pun sayangkan kau!” Aqeela tidak mengerti dengan soalan yang barus sahaja diutarakan oleh Irsyad.

“Iyalah, aku tahu kau memang sayangkan kita orang, maksud aku. Kau cintakan Aqif kan? Selama ni kau memang cintakan Aqif seperti mana Aqif juga cintakan kau!” Irsyad cuba meneka. Walaupun Aqif tidak memberitahunya apa-apa, namun usia persahabatan dan keakraban mereka membuatkan dia boleh membaca isi hati dua orang sahabat baiknya itu.

Aqeela terus terdiam. Dia tertunduk. Akhirnya dia menangis. Entah mengapa, waktu itu perasaan malu untuk menangis di hadapan Irsyad langsung tidak timbul. Apa yang dia tahu, dia sedih dan memerlukan seseorang untuk meluahkan apa yang dia rasakan ketika itu. Dia sudah tidak sanggup memendam segala-galanya seoarang diri.

“Aqif pernah luahkan perasaan dia pada aku, tapi aku nafikan perasaan aku pada dia,”

“Tapi kenapa? Kenapa kau tak beritahu dia yang kau juga cintakan dia,” Irsyad agak terperanjat dengan apa yang baru sahaja didengarinya.

“Aku tak boleh, aku tak boleh. Aku tak layak untuk dia. Dia berhak untuk dapatkan seseorang yang jauh labih baik dari aku, macam Jasmin. Aku gembira sangat bila dapat tahu hubungan dia dengan Jasmin walaupun jauh kat dalam hati aku, aku cemburu sangat dengan Jasmin, tapi aku terpaksa. Itu saja jalan terbaik,”

“Tapi, kau lansung tak luahkan perasaan kau pada Aqif! Dia berhak tahu apa yang kau rasa pada dia! Aku tak rasa Aqif anggap kau tak layak untuk dia. Kalau tidak masakan dia luahkan perasaan dia pada kau!”

“Kau tak faham Syad! Kau tak faham!” tangisan Aqeela semakin kuat.

“Apa yang aku tak faham? Cuba kau beritahu aku apa yang aku tak faham. Aku kenal Aqif, kau juga dengan Aqif, Aqif bukannya seperti kebanyakan anak orang kaya yang pandang pada harta dan darjat Qeela,”

“Ini bukan masalah Aqif, tapi aku, aku Syad!”

“Kenapa dengan kau? Kau jangan nak beritahu yang kau tolak cinta Aqif sebab kau nak jaga adik kau, percayalah cakap aku Qeela, kalau Aqif boleh terima kau, Aqif juga boleh terima adik kau! Walaupun adik kau tu istimewa!” Irsyad cuba untuk menyedarkan Aqeela. Dia tahu Aqeela begitu menyayangi dan mengambil berat mengenai adiknya. Walaupun sepanjang empat tahun mereka berkawan mereka belum pernah dipertemukan dengan adik Aqeela, namun Aqeela selalu sangat menceritakan perihal adiknya itu. Malah dia kagum dengan Aqeela yang begitu bertukus lumus belajar dan bekerja semata-mata mahu memberi kesenangan adiknya yang cacat penglihatan.

“Bukan soal tu. Tapi..tapi aku. Aku sakit Syad!” ahkirnya Aqeela meluahkan apa yang dipendam olehnya selama ini. Dia memandang wajah Irsyad yang seakan-akan masih belum memahami maksud kata-katanya sebentar tadi.

“Kau sakit? Apa maksud kau? Kau sakit apa?” suara Irsyad mulai terketar-ketar. Dia seakan-akan dapat mencium sesuatu yang tidak baik di situ.

“Cancer Syad! Cancer! Aku ada leukemia beb! Dan penyakit aku dah sampai stage akhir. Aku dah tak boleh hidup lama lagi,” Aqeela menangis teresak-esak.

“Kau, kau jangan nak bergurau dengan aku Qeela, benda ni tak lucu beb! Kau jangan nak kenakan aku, jangan main-main dengan soal mati ni Qeela,” suara Irsyad terketar-ketar. Dia merenung pada Aqeela yang hanya menangis tanpa henti ketika itu. Kata-katanya tadi langsung tidak mendapat sebarang reaksi daripada Aqeela malah tangisan gadis itu semakin kuat.

“Ya Allah Qeela, selama ni kau sembunyikan semua ni dari pengetahuan kita orang. Ya Allah. Qeela aku….

“Beb, hanya kau seorang yang tahu pasal ni. Kau jangan beritahu Aqif, aku tak nak dia batalkan pemergian dia ke US sebab aku. Aku kenal dia, kalau dia tahu keadaan aku, dia akan batalkan pemergian dia beb. Aku tak nak dia korbankan cita-cita dia hanya disebabkan aku. Aku tahu, sejak dulu dia memang teringin nak belajar kat luar negara, cuma dia lupakan niat dia sebab dia tak sampai hati nak tinggalkan kita semua. Kau janji dengan aku, yang kau takkan beritahu Aqif pasal benda ni. Aku percayakan kau Syad,”

“Takkan dah tak ada rawatan yang boleh rawat penyakit kau?” Irsyad juga sudah tidak mampu menahan rasa sedihnya. Air mata lelakinya turut sama mengalir.

“Aku dah redha dengan semua ni, aku dah penat beb nak jalani rawatan. Sakit tahu tak! Aku dah tak tahan, lagipun setiap kali aku terima rawatan, aku lemah dan aku tak mampu nak buat sebarang kerja, tapi aku takut, aku takut dan aku tak sampai hati nak tinggalkan semua orang yang aku sayang, aku takut beb!”

“Qeela, kau dengar sini, kau terima apa saja rawatan yang doktor syorkan untuk kau. Walaupun sakit macam mana sekalipun kau kena tahan. Kau kena kuat. Kau abaikan dulu soal kerja kau. Aku boleh tolong kau jaga adik kau, hantar duit kat adik kau, kau terima rawatan tu beb! Please! Kau tunggu aku, hujung bulan ni aku dah boleh keluar dari tempat ni beb, please! aku rayu pada kau Qeela,” Irsyad mengenggam erat tangan Aqeela, cuba memberi kekuatan pada sahabatnya itu.

“Aku….

“Please…Qeela kau tak boleh tinggalkan kita orang, aku tak boleh kehilangan kau! Cukup la aku kehilangan Riz!” Irsyad merayu. Dia memandang jauh ke dalam anak mata Aqeela, cuba memberi keyakinan pada gadis itu.


***************

“Cik Aqeela kena terima rawatan yang saya syorkan. Cik Aqeela kena masuk ke hospital dengan kadar yang segera. Laporan terbaru yang saya perolehi ni, jelas menunjukkan sel-sel barah sudah merebak ke seluruh organ penting Cik Aqeela,”

Telinganya masih lagi dapat mendengar kata-kata doktor yang selama ini merawatnya. Sampul surat besar yang mempunyai maklumat terperinci mengenai tahap kesihatannya yang terbaru dipegang kuat. Dia melangkah tanpa tujuan. Mindanya seakan-akan tidak dapat memikir apa-apa ketika itu. Waktu itu hanya wajah-wajah orang yang dia sayangi sahaja yang bermain di ruangan matanya.

“Auchh!” Aqeela kembali ke dunia nyata. Dia kalut seketika apabila terpandang seorang gadis yang suda terjelepuk jatuh akibat dilanggar olehnya.

“Saya, saya minta maaf cik, saya tak sengaja!” Aqeela terus sahaja mendapatkan gadis yang sedang menggosok-gosok lengannya. Sebaik sahaja gadis itu mendongak memandangnya dia terkejut. Ternyata gadis yang dilanggarnya adalah seseorang yang dia kenali.
“Jasmin!”

“Aqeela!” Jasmin terus bangun dan kembali menunduk apabila melihat kertas yang berselerak di atas lantai. Dia mengutip kertas-kertas tersebut dan cuba untuk membantu Aqeela yang kelihatan agak lemah waktu itu. Namun sekeping kertas yang dikutip olehnya di atas lantai begitu menarik perhatiannya. Dia tahu isi kandunag kepingan kertas itu, dia sudah biasa dengan semua itu memandangkan dia pelajar yang mengambil jurusan perubatan.

“Qeela ni…

“Bak sini balik!” Aqeela merampas kepingan kertas itu dengan kasar. Dia langsung tidak berani memandang wajah Jasmin. Dia berharap sangat agar gadis itu tidak mengerti dengan isi kandungan kertas tersebut.

“Qeela, awak sakit? Awak ada Leukemia?” Jasmin memandang wajah Aqeela yang sudah berubah wajahnya. Gadis itu kelihatan agak takut. Jasmin yakin dengan apa yang dilihatnya. Dia yakin benar dengan nama yang tertera pada kertas itu. Nama penuh Aqeela jelas tertulis di situ. Nur Aqeela Farhah, memang itu nama penuh Aqeela, Aqif pernah memberitahu dia nama penuh Aqeela.

“Jangan nak mengarut benda yang bukan-bukan,” Aqeela cuba melangkah meninggalkan tempat tersebut. Dia mesti jauhkan dir daripada gadis itu dengan kadar yang segera.

“Aqif tahu ke tak pasal ni?”

Ternyata soalan yang ditanya oleh Jasmin membuatkan Aqeela berhenti melangkah. Dia menoleh. Wajah Jasmin diperhatikan. Dia kembali berjalan mendapatkan Jasmin. Gadis itu mesti dihalang, Aqif tidak boleh tahu tentang penyakitnya.

“Awak jangan beritahu Aqif kalau awak nak Aqif ikut awak ke luar negara,” hanya itu sahaja yang mampu dilakukan oleh Aqeela ketika itu. Dia buntu untuk memikirka cara lain bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Kenapa awak begitu pasti kalau Aqif tak akan ikut saya kalau dia tahu tentang penyakit awak tu? Dia sayangkan saya, cintakan saya tentu saja dia akan ikut saya,” tiba-tiba hati Jasmin begitu sakit mendengar kata-kata Aqeela. Gadis itu seakan-akan yakin bahawa Aqif lebih menyayanginya berbanding dengan teman wanitanya sendiri.

“Saya kenal Aqif, saya kenal dia lebih lama dari awak Jasmin. Saya jelas dengan perangai dia. Kalau awak tak nak kehilangan dia, awak jangan beritahu apa-apa yang awak tahu hari ini,” kata-kata Aqeela begitu jelas. Namun kata-katanya itu mendatangkan lagi kemarahan pada Jasmin tanpa disedari oelh Aqeela.

“Awak jangan ingat dia lebih sayangkan awak daripada saya. Aqif cintakan saya, tak mungkin dia akan tinggalkan saya sebab awak,”

“Terpulang! Saya hanya beritahu awak apa yang perlu. Jangan beritahu dia pasal penyakit saya,” Aqeela membuat kesimpulan sendiri sebelum melangkah meninggalkan Jasmin. Dia berharap sangat agar Jasmin tidak memberitahu Aqif apa-apa mengenai penyakit yang dihadapinya.

Aqeela menarik nafasnya sedalam yang mungkin. Dia mesti bertemu dengan adiknya buat kali terakhir sebelum dia masuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Dia sudah bersetuju menerima rawatan walaupun dia tahu harapannya untuk sembuh begitu tipis. Tetapi dia tidak sampai hati mengecewakan harapan Irsyad. Dia juga tidak sanggup meninggalkan orang-orang yang dia sayangi tanpa berusaha. Sekiranya penyakitnya itu masih tidak sembuh walaupun sudah mendapat rawatan yang secukupnya, sekurang-kurangnya dia tahu dia sudah berusaha hingga ke saat yang terakhir.

****************

Aqif termenung sendiri di dalam kesibukan manusia di kawasan tersebut. Tiba-tiba hatinya begitu sayu. Seperti ada sesuatu yang cukup berat untuk dia tinggalkan. Semalam dia sudah bertemu dengan Irsyad yang sudahpun keluar dari pusat rawatan. Gembira hatinya melihat Irsyad yang kembali pulih dan ceria seperti biasa. Namun dia seperti merasakan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh lelaki itu daripada pengetahuannya. Apakah perkara tersebut, dia sendiri tidak pasti. Aqeela? Dia tidak sanggup bertemu dengan gadis itu. Dia tidak sampai hati untuk mengucapkan selamat tinggal kepada gadis itu. Dia takut, dia tidak mampu mengawal perasaan sedihnya apabila bertemu dengan Aqeela. Dia hanya mampu meninggalkan pesanan suara dalam telefon bimbit gadis itu untuk mengucapkan selamat tinggal.

Dari jauh, Jasmin melihat Aqif yang kelihatan begitu resah. Malah lelaki itu pasti akan termenung jauh setiap kali mendapat peluang. Dia serba salah buat seketika. Kata-kata Aqeela tempoh hari sering kali terngiang-ngiang di telinganya. Dia tidak pasti sama ada mahu memberitahu lelaki itu aataupun sebaliknya. Dia tersentak apabila mendengar pengumuman mengenai penerbangannya yang akan berlepas tidak lama lagi. Sudah tiba masanya untuk dia masuk ke balai berlepas.

“Sayang, jom,” ajak Jasmin. Aqif tersentak. Dia tersenyum. Dia terus berjalan menuju ke arah ahli keluarga yang sudah bersedia mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Selepas selesai mengucapkan selamat tinggal, Aqif dan Jasmin beriringan menuju ke arah pengawal yang bertanggungjawab memeriksa tiket dan passport sebelum dia dibenarkan masuk ke balai berlepas.

“Aqif tunggu!” tiba-tiba Jasmin menahan Aqif dari menunjukkan tiket dan passportnya kepada pengawal bertugas. Aqif mengerutkan dahi melihat perubahan pada wajah Jasmin. Ada sesuatu yang cuba diberitahu oleh gadis itu.

“Dia sayangkan aku, dia cintakan aku lebih dari Aqeela,” Jasmin bersuara di dalam hati. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin dan dihembus perlahan.

“Ada apa ni? You tertinggal sesuatu ke?”

“I ada sesuatu nak beritahu you,” Jasmin bersuara perlahan.

“You beritahu kat sana je la, dah lewat dah ni,” pinta Aqif.

“No! Ini penting. Soal Aqeela,” Aqif terus terdiam bila nama Aqeela disebut oleh Jasmin. Dia merenung gadis itu ingin mendapatkan penjelasan yang selanjutnya.

“Kenapa dengan dia. Kan I dah beritahu you yang I tak ada hubungan apa-apa dengan dia selain dari kawan,”

“Aqeela sakit Qif,”

“Sakit, kenapa? Dia demam ke? Tak apa, dia kuat, sekadar demam sikit dia boleh hadapi semua tu, dah la kita dah lewat,” walaupun hatinya sedikit resah mendengar perkhabaran itu, namun Aqif kena kuatkan semangatnya. Dia cuba melangkah kembali menuju ke arah pengawal.

“She’s dying Qif! Dia tenat,”

Aqif berhenti melangkah. Dia kaku seketika. Mindanya cuba untuk mentafsirkan maksud di sebalik kata-kata Jasmin. Dia menoleh. Dia melangkah perlahan mendapatkan Jasmin. Air matanya sudah jatuh membasahi pipi tanpa dia sedari.

“You kidding me right? Benda ni bukan main-main Jasmin,”

“Betul. Aqeela tenat. Dia sakit Qif. Dia sakit. Dia ada leukemia! Dan penyakitnya itu dah sampai stage terakhir, dan sekarang ni dia sedang menerima rawatan di HUKM”

Aqif sesak nafas buat seketika. Air matanya semakin laju mengalir. Dia cuba untuk menafikan hakikat tersebut. Dia buntu. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan ketika itu. Waktu itu, wajah Aqeela mulai terbayang di ruangan matanya.

“Qeela…Qeela,” Aqif terus berlari meninggalkan Jasmin. Waktu itu, dia sudah tidak memikirkan apa-apa lagi selain daripada Aqeela. Dia mesti bertemu dengan Aqeela dengan kadar yang segera. Habis semua manusia yang menghalang perjalanannya dilanggar dengan kasar. Tiba-tiba dia jatuh tertiarap akibat terlanggar sebuah beg besar yang menghalang langkahnya. Namun dia terus sahaja bangun dan kembali berlari. Rasa sakit yang dia rasai ketika itu sudah tidak dipedulikan lagi. Aqeela lebih penting dari segala-galanya.

“Betul kata awak Aqeela, awak lebih mengenali Aqif daripada saya,” Jasmin hanya mampu memerhati dari jauh. Air matanya gugur juga membasahi pipinya yang lembut.

********************
Langkah Aqif terhenti sebaik sahaja terpandang seorang gadis yang kelihatan begitu lemah sedang duduk di atas kerusi roda dan sedang ditolak oleh Irsyad. Kaki Aqif tiba-tiba menjadi kaku. Air matanya kembali laju mengalir. Wajah itu diperhatikan begitu lama. Dia tahu Aqeela masih belum menyedari akan kehadirannya.

Aqeela terkejut melihat jasad seorang lelaki yang sedang berdiri tidak jauh di hadapannya. Wajah lelaki itu ditenung lama. Irsyad juga terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Masing-masing hanya mendiamkan diri. Air mata Aqeela mulai mengalir. Tambahan pula apabila melihat lelaki yang sedang berdiri di hadapannya turut sama mengalir.

“Kenapa awak beritahu dia juga Jasmin?” detik hati Aqeela.

Aqif menyusun langkahnya menuju ke arah Aqeela. Semakin dia menghampiri Aqeela langkahnya semakin perlahan. Kakinya seperti sudah tidak dapat menampung badannya. Dia terduduk dan melutut di hadapan Aqeela sebaik sahaja hampir dengan gadis itu.

“Kenapa? Kenapa kau rahsiakan benda ni dari aku?” Aqif menagis teresak-esak.

Dush! Satu tumbukan menyinggah ke muka Aqif. Irsyad hanya memerhati. Dia faham perasaan Aqeela ketika itu.

“Sebab kau kata aku tak layak dibuat kawan. Sebab aku langsung tak bermakna buat kau, sebab tu kau kata kau dah tak ada apa-apa lagi kat sini, dan sebab tulah kau nak tinggalkan aku!” Aqeela merintih sayu. Dia menumbuk-numbuk badan Aqif yang sedang melutut di hadapannya. Aqif hanya membiarkan sahaja Aqeela melepaskan geram kepadanya.

“Maafkan aku Qeela, maafkan aku,” mereka sama-sama menangis. Irsyad turut sama mengalirkan air matanya. Dia bersyukur sangat akhirnya mereka bersatu walaupun tanpa Rizman di sisi.

***************

Aqeela membuka matanya dengan perlahan. Selepas menerima suntika sebentar tadi, dia terus tidak sedarkan diri. Dia tidak tahu sudah berapa lama dia tertidur. Dia terus mencari kelibat dua orang sahabat karibnya di dalam bilik tersebut. Akhirnya dia melihat kelibat Aqif dan Irsyad yang masing-masing sudah tertidur sambil duduk di atas sofa yang berada di dalam bilik rawatannya. Dia tersenyum. Sudah beberapa hari dua orang sahabat baiknya itu menemani dia di hospital.

Aqeela menguatkan semangatnya untuk turun daripada katil. Segala wayar yang berselerak di tubuhnya dicabut dan dia cuba menahan sakit yang diarasainya ketika itu. Badannya begitu lemah. Dia tidak mahu mengejutkan kawan-kawannya yang kelihatan begitu nyenyak sekali. Dengan kudrat yang masih ada dia berjalan perlahan menuju ke arah Aqif dan juga Irsyad. Dia tersenyum lagi. Ada sedikit ruang di tengah-tengah antara tempat duduk Aqif dan juga Irsyad. Dengan perlahan Aqeela duduk di ruangan yang ada itu. Kedua-dua tangannya memegang tangan kanan Aqif dan tangan kiri Irsyad.

“Qeela!” suara Irsyad dan Aqif kedengaran serentak. Mereka tersedar apabila merasakan ada seseorang memegang sebelah tangan mereka.

“Shhhh. Aku nak duduk dekat dengan korang. Dah lama kita tak duduk dekat macam ni,” Qeela memaut mesra kedua-dua lengan sahabat karibnya. Dia tersenyum. Nafasnya naik turun. Dia tahu, masanya sudah tidak lama lagi. Badannya terasa begitu lemah sekali.

“Qeela, kau kena berehat, mari aku bawa kau ke katil,” Aqif cuba menarik Aqeela. Namun gadis itu menolak lembut.

“Aku tak nak terbaring kat katil tu. Katil tu buat aku makin lemah. Aku nak duduk dekat dengan korang,” Aqeela bersuara. Akhirnya Aqif dan Irsyad terpaksa mengalah. Dia hanya membiarkan sahaja Aqeela memaut mesra lengan mereka.

“Korang tahu kan, aku sayangkan korang. Aku sayang sangat-sangat dengan korang. Korang mengajar aku erti persahabatan yang sebenar. Erti cinta sebenar yang sukar untuk aku gambarkan. Percayalah, aku begitu takut bila memikirkan aku akan tinggalkan semua orang yang aku sayang dalam dunia ni. Tapi ini dah takdir aku. Takdir yang terpaksa aku terima. Aku dah bersedia dengan takdir yang telah Allah tentukan pada aku,” Aqeela hanya membiarkan air matanya mengalir laju.

“Aku sayangkan kau Qeela,” bicara Aqif. Ternyata dia juga tidak mampu menahan air matanya dari jatuh.

“Aku juga sayangkan kau Qeela,” Irsyad juga tidak mahu melepaskan peluang meluahkan perasaan sayangnya pada Aqeela.

“Aku tahu, sebab aku juga sayangkan korang. Aku nak korang berjanji dengan aku. Walaupun aku dah tak ada, korang akan terus berkawan sampai bila-bila. Cuma satu saja yang aku pinta, tolong jaga Ameera untuk aku,”

“Qeela, kau jangan cakap macam tu, kau kena kuat. Kita sama-sama jaga adik kau ok!” Aqif tidak sanggup mendengar lagi kata-kata yang keluar dari mulut Aqeela waktu itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia sedih mendengar kata-kata Aqeela.

“Tak. Aku nak korang janji. Tolong, janji dengan aku,” rayu Aqeela. Suaranya semakin lemah. Nafas gadis itu pula seakan-akan mulai tidak menentu.

“Ya kita orang janji. Aku dengan Syad janji dengan kau. Kau ka sahabat terbaik kita orang,” Aqif terus memaut bahu Aqeela dengan erat. Begitu juga dengan Irsyad. Mereka sama-sama menangis. Aqeela bahagia buat seketika. Sekurang-kurangnya dia tahu, selepas ini sudah ada dua oaring sahabatnya yang akan menolongnya untuk melihat dan menjaga adiknya Ameera. Buat seketika Aqeela seperti dapat melihat bayangan wajah Rizman yang sedang tesenyum padanya dan Aqeela membalas senyuman tersebut.

“Qif,” kedengaran suara Irsyad memanggilnya.

“Ya aku tahu, Innalillhahiwainnahilaahiroojiun,” Aqif melepaskan pelukan bahu Aqeela. Dengan perlahan dia mengangkat jasad Aqeela kembali ke katil dan diselimuti dengan selimut menutup keseluruhan jasad gadis itu.

“Selamat tinggal sayang!” ucap Aqif perlahan. Dia ditahan oleh Irsyad sebelum dia terjelepuk jatuh menyembah lantai.

*****************

“Meera,” satu suara memanggil Ameera yang sedang duduk bersendiri di bangku kayu di bawah sepohon kayu rendang di taman rumah anak-anak yatim tersebut.

“Meera tahu, akak dah tak ada kan,” Ameera sebak. Nalurinya tidak pernah silap. Kali terakhir Aqeela datang bertemu dengannya dia sudah tahu kakaknya itu sedang menderita sakit. walaupun Aqeela langsung tidak memberitahunya namun nalurinya kuat menyatakannya.

“Dia baru sahaja meninggal setengah jam tadi,”

Ameera terus menangis sekuat yang mungkin. Hatinya bagaikan dilapah bila mengetahui satu-satunya saudara yang dia ada sudah meninggalkan dia untuk selama-lamanya. Ibu Najihah terus mendapatkan dia dan dipeluk erat, cuba untuk menenangkan gadis itu.

“Ya Allah, kau tempatkanlah kakakku di kalangan hambaMu yang solehah,” doa Ameera di dalam hati. Dia redha, dia redha dengan ketentuan Ilahi walaupun hatinya begitu berat untuk melepaskan Aqeela yang sudah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.

************

“Qif! Sampai bila kau nak macam ni? Sudah hampir setengah tahun Arwah Qeela tinggalkan kita, kau kena terima semua ni, sampai bila kau nak mengelak untuk berjumpa dengan Ameera, Qeela suruh kita jaga dia Qif, aku rasa tak sedap hati kalau kita hanya kirimkan duit untuk Ameera tanpa kita bertemu dengan dia,” ujar Irsyad pada suatu hari. Siapa sangka, selepas kematian Aqeela, mereka langsung tidak menjenguk adik Aqeela, malah mereka juga tidak menghadiri majlis pengkebumian Aqeela. Mereka tidak sanggup untuk menghadiri majlis pengkebumian tersebut kerana waktu itu mereka begitu sedih. Apa yang mereka tahu, Aqeela telah mendermakan matanya untuk adiknya Ameera dan pembedahan itu berjaan dengan lancar. Namun dia masih belum berpeluang untuk bertemu muka dengan gadis yang hanya dikenali dengan panggilan Ameera.

“Entah la Syad, setiap kali aku fikir pasal benda ni, hati aku sayu. Aku terima Qeela dah tinggalkan kita, tapi aku takut bila aku jumpa dengan Ameera nanti, aku tak dapat menahan rasa sedih aku ni. Aku takut aku tak kuat Syad. Aku rasa bersalah pada dia beb,”

“Buat apa kau nak rasa bersalah. Tapi kau memang patut rasa bersalah kalau kau masih lagi mengelak untuk jumpa dengan Ameera, jom kita jumpa dengan dia, aku dapat panggilan dari rumah anak-anak yatim tempat Ameera tinggal, ibu Najihah cakap, Ameera teringin nak jumpa dengan kita, dia nak kenal dengan sahabat arwah kakaknya yang banyak menolong dan membantu kakaknya selama ini,”

Aqif melepaskan satu keluhan yang berat. Kemudian dia hanya mengangguk tanda bersetuju dengan ajakan Irsyad sebentar tadi.

*************

Aqif dan Irsyad turun dari kereta. Kedatangannya disambut mesra oleh Ibu Najihah yang mengetahui kedatangan mereka dari awal lagi.

“Alhamdulillah, sampai juga kamu berdua ke sini? Yang mana satu Aqif yang mana satu Irsyad?” tanya Ibu Najihah dengan mesra.

“Saya Aqif, ini Irsyad, mana Ameera?” Aqif terus sahaja bertanyakan mengenai Ameera. Hatinya berkobar-kobar untuk berjumpa dengan satu-satunya adik Aqeela. Adik gadis yang paling disayanginya di dalam dunia ini.

“Ameera kalau petang-petang macam ni, dia suka duduk di bawah pokok kat taman sana, habiskan masa bermain dengan budak-budak di sini. Tambahan pula bila dia mendapatkan kembali penglihatannya, dia cakap dia suka melihat benda-benda hijau. Sebab itulah dia suka habiskan masanya di taman,” terang Ibu Najihah. Aqif dan Irsyad mengangguk faham.

“Jom, ibu bawa kamu berdua jumpa dengan Ameera,”

Aqif dan Irsyad sama-sama mengikut langkah Ibu Najihah. Masing-masing berdebar menunggu untuk bertemu dengan Ameera. Mereka sendiri tidak mengerti denga perasaan yang dirasakan oleh mereka ketika itu. Dari jauh dia melihat seorang gadis yang mempunyai tinggi yang seakan-akan sama dengan arwah Aqeela sedang sibuk melayan kanak-kanak bermain. Gadis yang lengkap bertudung itu sedang membelakangi mereka.

“Ameera, ada orang yang nak jumpa dengan Ameera,”

Gadis itu menoleh dan terus melemparkan senyuman yang manis pada Aqif dan juga Irsyad. Aqif dan Irsyad kaku buat seketika. Mereka berdua seakan-akan tidak mempercayai apa yang dilihatnya ketika itu.

“Itu kan……

“Ibu kenalkan kamu dengan Nur Ameera Farhan, adik kembar Arwah Nur Aqeela Farhah,” suara Ibu Najihah menjawab segala persoalan yang ada di benak fikiran mereka ketika itu. Waktu itu Aqif dan Irsyad seakan-akan melihat Aqeela yang sedang berjalan ke arah mereka. Cuma Aqeela yang sedang berjalan menghampiri mereka itu seorang gadis yang lengkap berbaju kurung dan memakai tudung di kepalanya.

Ameera tersenyum manis. Dia memandang lelaki yang sedang berdiri di hadapannya dengan teliti. Cuba mengingat kembali kesemua cerita mengenai sahabat-sahabat baik kakaknya yang pernah diceritakan oleh Aqeela dahulu.

“Ini tentu Aqif kan, dan ini tentu Irsyad, saya Ameera, adik kembar Aqeela, selamat berkenalan,” Ameera menundukkan sedikit wajahnya sebagai tanda salam perkenalan. Aqif dan Irsyad masih lagi kaku seribu bahasa.

“Subhanallah. Maha suci Allah,” Aqif bersuara di dalam hati. Akhirnya dia menguntumkan senyuman membalas senyuman manis gadis di hadapannya. Irsyad turut sama tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepala, kagum dengan kekuasaan Allah yang baru dilihatnya.

Begitu luas pengertian cinta kan? Cinta boleh ditafsirkan dalam pelbagai sudut dan bukan hanya merujuk kepada cinta sesama manusia. Cinta ada di dalam diri kita, terpulang pada kita bagaimana untuk menggunakan rasa cinta tersebut. Cinta boleh dirasai walaupun tidak diluahkan dengan kata-kata. Inilah cinta. Terpulang pada individu untuk mentafsiran cinta. Namun kena ingat, Cinta pada yang Esa adalah Cinta yang paling suci di dalam dunia ini.


P/S : Alhamdulilah, akhirnya Sha berjaya menghasilkan cerpen Sha yang keempat. Terima kasih juga kepada lagu ‘Breath Easy’ nyanyian kumpulan Blue . Lirik lagu Breath Easy begitu mendalam maksudnya sehingga memberikan ilham pada Sha untuk mengahasilkan cerita yang tidak seberapa ini. Harap semua pembaca terhibur dan jangan lupa tinggalkan komen anda. Salam sayang. Sha Ibrahim.

Thursday, June 3, 2010

Sesuci Kasih Najwa

Sesuci Kasih Najwa

Dia termenung sendiri di tepi sawah diiringi satu keluhan yang hanya dia sendiri sahaja yang tahu apakah puncanya. Tudung yang dipakainya dibetulkan sedikit. Lama kelamaan tanpa dia sedari air matanya mulai jatuh berguguran membasahi pipinya yang mulus tanpa secalit mekap. Esok segala-galanya akan berubah. Satu lagi dugaan besar yang bakal dia tempuh dan dia berdoa kepada yang Esa agar dia dapat menempuhi dugaan itu dengan tabah.

***************

“Bukan mak cik yang nak pertuangan ni diputuskan, tapi Faez sendiri yang minta,” suara Puan Rohana waktu itu kedengaran serba salah. Sememangnya tidak terdetik sedikit pun untuk dia memutuskan pertunangan itu. Walaupun ramai yang berpendapat Najwa memang tidak layak untuk anaknya yang berkelulusan universiti luar negara tetapi dia sukakan Najwa. Najwa ada keistimewaan yang susah untuk didapati pada perempuan lain. Tambahan pula dengan raut wajah gadis itu yang begitu cantik dan ayu makin membuatkan dia begitu berkenan mahu menjadikan Najwa sebagai menantu.

“Tak apa mak cik, Wawa faham. Wawa yakin Faez mesti ada alasan dia sendiri kenapa dia buat keputusan tu, Wawa boleh terima, mak cik jangan risau,” suara Najwa bergetar. Dia seboleh mungkin mahu mengawal nada suaranya. Matanya pula silih berganti memandang ibu dan ayahnya yang sememangnya terpacar rasa kecewa di wajah mereka.

“Wawa. Mak cik betul-betul minta maaf,”

“Kami tahu, anak kami memang tak layak dengan anak kamu Ana, kami sedar anak kami hanya lepasan SPM dan dia tak ada rezeki nak lanjutkan pelajaran ke universiti. Lepas tu pulak aku ni tak mampu nak hantar anak aku sambung belajar dekat kolej-kolej swasta,” suara Hashim ayah Najwa kedengaran agak meninggi.

“Ayah, janganlah macam ni, maafkan ayah Wawa ye mak cik. Wawa harap mak cik faham,” Najwa bersuara meminta maaf bagi pihak ayahnya. Pandangan Najwa mulai jatuh pada wajah ibunya yang sudah menunduk ke lantai. Dia tahu ibunya sedang menahan sebak.

“Aku minta maaf Siah, aku memang tak nak semua ni jadi. Tapi Faez berkeras nak pertunangan ni diputuskan, aku terpaksa Siah,” mungkin waktu itu Rohana mulai menyedari kawan baiknya Samsiah sedang tertunduk dan sedang menahan kesedihan di atas apa yang berlaku.

“Kalau dah Faez yang berkeras. Kami pun tak boleh nak kata apa Ana, kami terima sajalah,” Samsiah bersuara perlahan. Ada sendu dalam kata-katanya. Najwa pula hampir menitiskan air mata mendengar lauahan hati ibunya. Ya Allah begutu berat dugaanMu ini. Hati Najwa terdetik.

Rohana terus sahaja bangun dari tempat duduknya dan terus melangkah menuju ke arah Najwa. Tangan gadis itu digenggam erat. Tiba-tiba Najwa dapat melihat dengan jelas ada air jernih mengalir dari mata wanita itu.

“Mak cik sayangkan Wawa. Mak cik dah anggap Wawa macam anak mak cik sendiri. Tapi mak cik tak ada daya nak halang benda ni Wawa. Kalau arwah ayah Faez ada lagi, mungkin semua ni takkan jadi. Wawa sendiri tahu kan, arwah suami mak cik sayang sangat dengan Wawa. Dia suka sangat bila Faez nak kami masuk meminang Wawa dulu,” Wawa masih mampu menguntumkan senyuman mendengar lauhan rasa oleh Puan Rohana. Namun air matanya turut sama mengalir. Dia tahu wanita itu begitu kecewa dengan apa yang berlaku. Tetapi apakan daya dia sendiri tidak mampu untuk mengalang semua yang terjadi.

************

Selepas peristiwa tersebut. Kisah Najwa mulai menjadi buah mulut orang-orang kampung. Semua mulai bercerita tentang peristiwa yang berlaku. Ada yang menghulurkan rasa simpati dan ada juag yang menyokong dengan tindakan yang telah diambil oleh Puan Rohana. Bagi mereka Najwa memang tidak layak jika mahu bergandingan dengan Faez yang kini telah menjadi jurutera lulusan luar negara. Siapa sangka, perancangan mereka untuk diijabkabulkan setelah Faez habis belajar hanya berkubur begutu sahaja. Malah setelah menamatkan pelajaran di Jerman Faez tidak terus pulang ke kampung. Lelaki itu telah menangguhkan kepulangannya ke kampung selama setahun. Setelah itu barulah lelaki itu memunculkan dirinya di kampung dengan membawa seorang gadis yang dikenalkan sebagai teman wanitanya.

Najwa mengeluh sendiri. Sebenarnya dia langsung tidak kisah dengan apa yang diperkatakan oleh orang kampung mengenainya. Baginya, hanya dia dan Faez sahaja tahu apa yang berlaku, dan biar dia seorang sahaja yang menanggung segala bebanan tersebut. Cuma, bila melihat ayah dan ibunya turut terpalit dengan apa yang terjadi menyebabkan hatinya begitu sakit dan perasaan sedihnya kadang kala tidak mampu untuk terus disimpan dan ditanggung. Waktu itu air matanya pasti akan jatuh tanpa dia sedari.

**************

“Kamu memang nak malukan mak Faez. Kamu memang nak cemarkan nama baik keluarga kita tambah-tmabah nama baik arwah ayah kamu!” suara Rohana jelas menerjah ke telinga Faez yang sedang tenang duduk di sofa di ruang tamu rumah mereka.

“Buat apa mak nak malu. Saya lelaki la mak. Benda ni tak ada apa-apa pun. Mak saja yang terlebih risau. Mak tak perlu nak malu apa-apa pun,” Faez bersuara tenang. Langsung tidak menunjukkan rasa bersalahnya. Sebaik mungkin dia cuba untuk menyembunyikan kekecelaruan yang sedang diarasainya ketika itu.

“Kamu tahu tak. Memang la kita ni tak malu. Tapi macam mana dengan keluarga Wawa, Mak Siah kamu tu kawan baik mak, kawan baik arwah ayah kamu. Nasib baik arwah ayah kamu dah tak ada, kalau tidak mak tak tahu apa yang dia akan buat pada kamu, nahas kamu dia kerjakan,” suara Puan Rohana mulai bergetar.

“Dahla mak, mak janganlah nka ungkit pasal arwah ayah,”

“Tu! Sofea, perempuan yang kamu bawa balik. Dia tu siapa? Kamu putuskan pertunangan kamu dengan Wawa disebabkan dia ke?” Puan Rohana mulai menjengilkan matanya. Terbayang kembali wajah gadis muda yang bergaya itu. Hampir seminggu gadis itu bermalam di rumahnya, dan dalam tempoh itu jugakah dia terpaksa melayan gadis yang dikenali sebagai Sofea sebagai tetamu. Walaupun hatinya begitu sakit dan dia tidak rela dengan kahadiran gadis itu ke rumahnya namun dia masih mampu untuk berfikiran waras. Tetamu yang datang ke rumah harus dilayan dengan seelok-eloknya. Setelah Faez menghantar gadis itu pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur barulah Puan Rohana berani membincangkan permasalahan yang terjadi.

“Abang ni memang tak patutlah. Kesian Kak Wawa, Suri tengok Kak Wawa sedih saja. Abang memang tak patut buat Kak Wawa sampai macam tu sekali,” dengan berani, Suri adik bongsu Faez yang berusia 17 tahun bersuara dan menyatkan pendapatnya pula.

“Kau jangan masuk campur dalm urusan aku boleh tak? Kau tu masih budak jangan nak masuk campur urusan orang dewasa!” jerkah Faez geram. Jelingan tajam terus sahaja dilemparkan tepat pada Suri. Suri terus sahaja menikus. Bukannya dia takut dengan abangnya itu tetapi dia terkejut melihat abangnya yang pertama kali meninggikan suara kepadanya malah wajah bengis lelaki itu belum pernah dilihat olehnya sebelum ini.

“Kamu jangan nak berangan yang mak akan pergi masuk meminang Sofea tu untuk kamu. Kalau kamu nak sangat kahwin dengan perempuan tu, kamu uruskan semuanya sendiri. Mak dah malas nak masuk campur dalam urusan kamu!” Puan Rohana bangun dari tempat duduknya dan terus sahaja melangkah meninggalkan Faez yang hanya terdiam seribu bahasa. Kelibat ibunya yang melangkah menuju ke dapur direnung dengan seribu penyesalan yang hanya dia sahaja yang tahu.

*************


Najwa terus sahaja menghentikan langkahnya sebaik sahaja terpandang kelibat lelaki yang sedang menyandar di motor berkuasa tinggi miliknya di perhentian bas yang berada beberapa langkah sahaja di hadapan. Najwa mengeluh. Setiap kali mereka bertembung pasti ada pertengkaran yang berlaku. Namun setiap kali itu jugalah dia berdoa agar Allah kuatkan semangatnya dan tinggikan tahap kesabarannya. Walaupun hanya Tuhan sahaja yang tahu dia begitu bencikan lelaki itu namun dia seboleh mungkin mahu memyembunyikan perkara tersebut. Dia cuba menoleh untuk berpatah balik namun belum sempat dia berbuat demikian namanya sudah dipanggil.

“Wawa. Kau nak lari dari aku ek?” suara lelaki itu terasa dekat dengan dirinya. Sebaik sahaja dia menoleh dia melihat wajah Razif begitu dekat dengan mukanya. Dia mulai tidak keruan. Keadaan di sekeliling mulai diperhatikan. Dia risau sekiranya ada orang kampung yang sedang memerhatikan apa yang sedang berlaku, sudah pasti akan menimbulkan cerita baru yang bakal memburukkan namanya dan ahli keluarganya.

“Kau nak apa lagi Zif, kau jangan ganggu aku lagi boleh tak? Aku tak nak orang kampung buat cerita yang bukan-bukan lagi tengok aku dengan kau berdua macam ni,” Wawa cuba meminta simpati daripada lelaki itu.

“Kan aku dah cakap dengan kau. Aku takkan berhenti selagi aku tak dapatkan kau. Kau terima sajalah pinangan aku Wawa, takkan kau nak tunggu Faez yang memang terang-terang dia yang minta putuskan pertunangan korang. Kau kahwin saja dengan aku Wawa, habis cerita. Aku janji, lepas aku kahwin dengan kau, aku akan pastikan orang kampung tak akan bercakap pasal kau ataupun keluarga kau. Kau kahwin dengan aku ek?” pujuk Razif sambil tangannya yang cuba memegang lengan Najwa, namun dengan pantas Najwa melarikan dirinya sedikit sebelum lelaki itu sempat berbuat demikian.

“Kau ni tak faham-faham lagi ke? Aku tak nak kahwin dengan kau dan aku tak akan kahwin dengan kau! Susah sangat ke nak faham!” marah Najwa. Perkara inilah yang mahu dielak oleh Najwa. Setiap kali bertembung pasti perang mulut berlaku.

“Kau tunggu Faez buat apa! Hei! Dia dah tak pandang kau la! Dia dah ada orang lain. Kau sendiri tahu kan, dia bawak balik perempuan lain jumpa dengan mak dia. bukan main cantik lagi perempuan tu aku tengok. Kau tak payahlah nak berangan nak kahwin dengan dia lagi Wawa,”

“Siapa cakap aku nak tunggu dia! Aku tak kisah pun dia nak kahwin dengan perempuan lain pun. Dia ada hak dan dia berhak buat apa yang dia suka. Lagipun aku tahu aku memang tak layak untuk dia. Aku sedar aku ni siapa! Kau pun sepatutnya cari perempuan lain yang layak untuk kau! Aku ni dah la miskin, sekolah tak pandai pulak tu! Kau lupakan saja aku! Kau carilah perempuan lain yang layak untuk kau Razif! Jangan ganggu aku lagi!” suara Najwa meninggi. Nafasnya mulai naik turun. Dia akui hatinya sedikit sakit bila Razif cuba memancing kemarahannya dengan menyebut-nyebut soal gadis yang dibawa balik oleh Faez tempoh hari.

“Kau kenal aku kan. Aku tak akan berhenti selagi apa yang aku nak tak dapat!” kali ini Razif terlebih dahulu memegang kejap lengannya. Najwa cuba untuk melepaskan pegangan itu namun cengkaman tangan Razif begitu kuat sehinggakan dia meronta-ronta untuk melepaskan diri.

Seketika kemudian, mereka dikejutkan dengan bunyi hon kereta yang dibunyikan beberapa kali. Kereta BMW five series bergerak perlahan menghampiri mereka dan kemudian betul-betul berhenti di tepi tempat mereka berdiri. Cermin tingkap kereta itu terus sahaja terbuka luas. Sebaik sahaja terpandang wajah pemandu kereta tersebut dengan pantas Razif melepaskan cengkaman tangannya daripada terus mencengkam lengan Najwa.

“Wawa masuk!” arah pemandu tersebut.

“Tak apa, Wawa boleh jalan kaki!” beritahu Najwa cuba untuk melangkah meninggalkan tempat tersebut.

“Wawa naik! Biar Ez yang hantar Wawa balik!” suara itu kedengaran agak tegas. Razif yang masih lagi kaku di sisi Wawa hanya merengus kasar. Menyampah dia memandang wajah lelaki yang suka berlawan dengannya sejak kecil.

“Tak apa! Wawa boleh balik sendiri. Lagipun dah nak sampai da!”

“Ez kata naik, naiklah. Kenapa degil sangat ni! Naik cepat!” suara Faez yang bagaikan halilintar menyebabkan Najwa tersentak. Belum pernah dia mendengar suara Faez setinggi itu. Dengan serba salah dia berjalan menghampiri kereta Faez dan serentak dengan itu pintu kereta di sebelah lelaki itu terbuka dengan sendiri. Akhirnya, Najwa terpaksa juga masuk ke dalam perut kereta Faez dan kereta tersebut terus meluncur laju meninggalkan Razif yang hanya mampu memerhati.

Sepanjang perjalanan Najwa hanya mendiamkan diri. Malah dia hanya duduk sambil tertunduk ke bawah. Sesungguhnya dia tidak berani menatap wajah lelaki itu walaupun waktu itu dia begitu rindu untuk menatap wajah satu-satunya lelaki yang dicintainya sejak dahulu. Malah, Faez sendiri seakan-akan tidak mahu berbicara dengannya. Tidak sampai lima minit, kereta itu berhenti di cabang jalan menuju ke rumahnya. Najwa mengeluh perlahan.

“Terima kasih sebab sudi hantar Wawa balik,” hanya itu sahaja yang mampu dia ucapkan oleh Najwa waktu itu. Dia cuba membuka pintu kereta tersebut namun sempat dihalang oleh Faez. Tangan Najwa dipegang. Najwa terus sahaja menjeling tajam dan serentak dengan itu Faez melepaskan kembali tangan Najwa. Dia sedar di atas ketelanjurannya sebentar tadi. Dia tahu prinsip Najwa dan dia begitu hormat dengan prinsip gadis itu.

“Kalau Wawa dah terdesak nak kahwin sekalipun, tolong jangan dengan Razif! Dia bukannya lelaki yang sesuai untuk Wawa. Tolong! Cari lelaki lain,”

Hati Najwa bagaikan dilapah mendengar setiap bait perkataan yang diungkapkan oleh Faez. Adakah itu pandangan Faez terhadapanya. Seorang gadis yang begitu terdesak mahu mendirikan rumah tangga sehingga sanggup memlilih mana-mana lelaki sekalipun untuk dijadikan bakal suami.

“Siapa Ez nak tentukan hidup Wawa! Kita dah tak ada apa-apa hubungan. Ez tak ada hak nak masuk campur dalam urusan hidup Wawa!” mata Najwa mulai berkaca-kaca memandang wajah Faez ketika itu. Beberapa saat kemudian dia terus sahaja membuka pintu dan melangkah keluar dari perut kereta Faez. Dia sudah tidak betah untuk berada lebih lama di dalam kereta itu. Hatinya yang sakit hanya Tuhan sahaja yang tahu.

“Wawa jangan ingat pertunangan kita dah putus Ez akan lepaskan Wawa macam tu saja! Wawa tak akan dapat larikan diri daripada Ez! Itu janji Ez!” Suara Faez jelas kedengaran menyebabkan Najwa berhenti melangkah buat seketika. Dia kaku seribu bahasa. Apabila dia mahu meoleh memandang Faez, kereta yang dipandu oleh lelaki itu sudah jauh meninggalkannya.

**************

Faez termenung sendirian di dalam pejabatnya. Pagi itu dia sebenarnya terpaksa turun ke tapak projek memandangkan dia sedang menguruskan satu projek besar namun dia terpaksa menggantikan dengan jurutera lain yang membantunya dengan alasan kesihatannya agak tidak mengizinkan. Keluhan dilepaskan perlahan. Bebanan yang ditanggungnya ketika itu terasa begitu berat sehinggakan dia sudah tidak mampu menanggungnya lagi. Setiap kali dia teringatkan perkara itu pasti air mata lelakinya mengalir.

“Wawa sayangkan Ez kan?” dia memandang gadis yang sedang berjalan-jalam sambil memutar-mutar cincin yang tersemat rapi di jari manis di tangan kiri gadis itu.

“Ez ni kan, asyik tanya soalan yang sama saja dengan Wawa, Ez tak yakin dengan Wawa ke?” soalan gadis itu kembali membuatkan dia tersenyum sendiri. Wajah mulus gadis itu dipandang dengan tenang. Dia seakan-akan sudah tidak sabar untuk memiliki gadis itu menjadi hak mutlaknya namun dia tahu dia tidak mungkin akan dikahwinkan dengan Najwa selagi pelajarannya yang masih lagi berbaki tiga tahun di Jerman tidak dihabiskan.

“Bukan Ez yang tak percayakan Wawa, tapi Ez yang takut akan kehilangan Wawa, manalah tahu ada lelaki lain yang cuba rampas Wawa dari Ez,” sekali lagi dia sekilas pandang pada gadis di sebelahnya sambil meneruskan langkah untuk pulang ke rumah memandangkan waktu itu hari sudahpun petang.

“Siapa yang nakkan Wawa yang langsung tak ada kelebihan ni. Dah la belajar sekadar tingkatan lima. Kerja pun sekadar kat kilang buat barang-barang kraf tangan tu je. Ez sahaja yang buta nakkan Wawa tahu!” gadis di sbelahnya mulai tergelak nakal menyebabkan Faez turut sama tergelak. Namun tiba-tiba dia melangkah dengan agak cepat dan memintas perjalanan gadis itu. Wajah Najwa ketika itu diperhatikan dan direnung tajam sehinggaka dia dapat melihat dengan jelas ketidakselesaan pada wajah gadis itu.

“Ez langsung tak kisah siapa Wawa. Apa yang Ez tahu, Ez sayangkan Wawa daripada nyawa Ez sendiri. Ez tak tahu apa yang akan terjadi pada hidup Ez kalau tak ada Wawa. Wawa tak akan tinggalkan Ez kan?” waktu itu mahu sahaja dia mengambil tangan gadis itu dan digenggam erat namun dia tahu dia tidak boleh melanggar perjanjian yang termetrai dia antara mereka semasa mereka mula-mula bercinta suatu ketika dahulu. Dia hormatkan prinsip hidup Najwa yang tidak akan sesekali membenarkan lelaki yang bukan muhrim menyentuh tangannya. Dia tidak akan merosakkan perhubungan mereka dengan melakukan kesilapan itu.

“Ez janganlah cakap macam tu. Tak baik tahu. Walau apa perkara yang kita lakukan dalam dunia ni kita kena lebihkan Dia,” Najwa menaikkan jari telunjukkan ke atas. Waktu itu dia mengangguk faham. Perkara itulah yang menyebabkan dia jatuh cinta dengan gadis itu. Satu-satunya gadis yang dia temui yang begitu mengambil berat soal agama dari setiap sudut. Malah sepanjang mereka bercinta, dia tidak pernah bertemu di tempat yang sunyi. Gadis itu lebih suka bertemu di tempat yang terbuka.

“Ez tahu, tapi Ez tak kuat macam Wawa. Betul! Ez tak tahu macam mana hidup Ez tanpa Wawa. Wawa janji tak akan tinggalkan Ez boleh?” dia menyoal lagi. hatinya tiadak akan puas selagi dia tidak mendapat jawapan daripada gadis itu. Walaupun sudah beberapa kali dia bertanyakan soalan itu dan setiap kali itu jugalah dia mendapat jawapan daripada Najwa, namun hatinya masih lagi belum berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh gadis itu.

“Dah berapa kali Wawa cakap dengan Ez kan. Insya-Allah kalau jodoh kita panjang Wawa akan jadi hak milik Ez. Dan Insya-Allah Wawa tak akan tinggalkan Ez,”

“Jawapan yang sama macam dulu je,” dia mulai memuncung ketika itu. Kononnya merajuk mendengar jawapan yang sama dari mulut Najwa.

“Aik, merajuk ke? Ez ni kan. Macam budak-budak tahu! Ez tahu tak, Ezlah satu-satunya lelaki yang Wawa sayang selepas ayah dan abang Wawa. Satu-satunya lelaki yang begitu penting dalam hidup Wawa selapas mereka. Ez tahu tak, setiap kali Wawa berdoa, Ez nak tahu apa yang Wawa doakan, sekiranya ditakdirkan Wawa tak hidup lama dalam dunia ni, biarlah Wawa mati sebagai isteri Ez, Ez tahu sekarang sejauh mana Wawa sayangkan Ez kan!”

“Wawa cakap apa ni? Tak sukalah dengar Wawa cakap macam ni!”

“Tengok! Tadi dia juga yang beria-ria macam nak menguji sayang kita kat dia. Sekarang ni bila dah dengar dia pulak marah kita balik!”

“Janji dengan Ez, jangan cakap macam tu lagi tahu!” dia merenung ke dalam anak mata Najwa. Akhirnya gadis itu mengalah dan terus sahaja tersenyum dan mengangguk.

Faez tersentak. Dia terus sahaja meraup mukanya berkali-kali. Namun begitu ia tidak menghalang air matanya jatuh membasahi pipi. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia begitu menyintai Njawa. Betapa dia merindui gadis itu. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh mengambil tindakan bodoh itu. Tindakan yang membuatkan dia sendiri yang merana.

***************

“Tidakkkkkkkkkk!!!!!” Najwa terus bangun dari perbaringannya. Nafasnya naik turun. Jantungnya berdegup dengan begitu kencang. Air matanya tidak semena-mena mengalir tanpa dia sedari. Peristiwa dahulu mulai menerjah kembali ke dalam kotak fikirannya. Setelah agak lama dia berjaya melupakan peristiwa itu sedikit demi sedikit namun malam ini ia kembali.

“Ya Allah Ya Tuhanku! Kau kuatkanlah semangatku Ya Allah. kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi dugaanMu ini Ya Allah. Hanya kepada Engkau aku memohon dan hanya kepada Engkau Aku meminta pertolongan Ya Allah!” air matanya mengalir laju. Waktu itu wajah Faez mulai terbayang di ruangan mata. Dia tahu lelaki itu mungkin sedang membencinya ketika itu. Namun di redha. Hanya Tuhan sahaja yang tahu tentang tindakan yang telah diambilnya.

Najwa melangkah turun dari katilnya dan berjalan menuju ke almari hiasan yang terdapat di biliknya. Kerusi kecil yang tersedia di hadapan cermin ditarik dan melabuhkan punggung di situ. Laci almari yang berada di hadapannya terus sahaja ditarik dan matanya terus sahaja jatuh pada kotak baldu yang bewarna merah. Kotak itu diambil dan dibuka dengan perlahan. Cincin emas yang bertakhtakan berlian itu ditilik lama.

“Maafkan Wawa Ez, Wawa tahu Ez dah banyak berkoraban untuk Wawa, Ez tentu kecewa dengan apa yang berlaku! Tetapi Wawa nak Ez tahu, Wawa ada sebab yang tersendiri kenapa Wawa lakukan semua tu!” Najwa bersuara seorang diri dalam tangisan. Peristiwa lama mulai menerjah kembali.

“Apa Wawa?”

“Ez dengar apa yang Wawa cakapkan ni. Wawa nak pertunangan kita ni diputuskan!” matanya waktu itu mulai berkaca-kaca memandang Faez yang sedang duduk di bangku di tepi padang tempat budak-bukda sedang bermain.

“Wawa, Ez balik dari Jerman kali ni bukan nak dengar Wawa mengarut tahu! Ez nak uruskan perkahwinan kita supaya senang tahun depan bila Ez tamatkan pengajian Ez kita boleh terus sahaja kahwin! Wawa cakap apa ni?”

“Wawa tahu! Tapi Wawa tak nak kahwin dengan Ez, Wawa nak putuskan pertunangan kita!” waktu itu dia cuba berlagak tenang. Dia sedaya upaya cuba untuk menahan air matanya daripada jatuh membasahi pipi. Waktu ini dia perlu kuat. Dia sudah tekad. Perkahwinannya dengan Faez tidak akan terjadi.

“Wawa! Boleh tak jangan buat lawak waktu-waktu macam ini. Benda ni langsung tak lucu Wawa!” Faez mulai bangun dari tempat duduknya ketika itu. Lelaki itu terus sahaja melutut di hadapannya. Masih belum mempercayai dengan kata-katanya.

“Wawa tak bergurau! Wawa serius. Wawa nak pertunangan kita ni diputuskan. Wawa tak boleh kahwin dengan Ez!”

“Tapi kenapa?” suara Faez ketika itu mulai meninggi. Dia pula menarik nafasnya sedalam mungkin dan cuba mengumpul segala kekautan yang masih ada di dalam dirinya.

“Itu Ez tak perlu tahu, apa yang Ez perlu tahu. Wawa tak akan meneruskan hubungan kita ni. Wawa nka hubungan kita berkahir di sini saja!” Dia masih mampu meluahkan apa yang patut dia luahkan ketika itu. Air jernih yang bertakung di matanya masih mampu ditahan agar tidak jatuh membasahi pipi.

“Wawa dah ada yang lain?”

“Kalau itu boleh membuatkan Ez setuju untuk memutuskan pertunangan kita. Anggap saja Wawa dah ada lelaki lain,” dia bangun dari tempat duduknya. Dia sudah tidak betah untuk terus mengadap Faez yang sedang merenung sambil melutut di hadapannya. Dia takut dia tidak mampu bertahan.

“No! Ez kenal Wawa. Wawa tak akan tinggalkan Ez hanya disebabkan lelaki lain! Tidak! Ez tak percaya!”

“Ez! Tolonglah! Hormat dengan keputusan Wawa. Ez carilah perempuan lain yang jauh lebih hebat dari Wawa! Yang jauh lebih layak untuk Ez! Tolong! Tinggalkan Wawa!” akhirnya Wawa sudah tidak boleh menghalang air mata dari mengalir membasahi pipinya. Akhirnya dia menangis juga di hadapan lelaki itu.

“Ez tak nak dengar apa-apa daripada Wawa lagi! Ez nak balik. Pertunangan kita tak akan putus! Itu muktamad!” Faez cuba melangkah meninggalkannya ketika itu.

“Ez! Wawa dah tak cintakan Ez lagi!” kata-katanya itu telah membuatkan Faez menghentikan langkahnya dengan tiba-tiba. Lelaki itu terus sahaja menoleh dan memandangnya dengan pandangan yang cukup tajam. Faez mulai melangkah kembali menghampirinya dan dia waktu itu mulai menundukkan kepalanya.

“Ulang sekali lagi!”

“Wawa..ehem..Wawa cakap. Wawa dah tak cintakan Ez,” dia berbicara namun waktu itu dia tidak berani menatap wajah Faez.

“Ez nak, Wawa pandang muka Ez, tengok dalam mata Ez, lepas tu Wawa cakap yang Wawa dah tak cintakan Ez lagi,”

Air matanya mengalir semakin laju. Bagaimana dia mahu meluahkan perkara itu dengan memandang wajah Faez sekiranya perkara itu langsung tidak benar. Namun dia harus menamatkan segala-galanya hari ini juga. Dia mengumpul kekuatan yang masih berbaki dan mengangkat mukanya dan terus sahaja memandang tepat pada wajah Faez.

“Wawa dah tak cintakan Ez lagi. Wawa dah tak ada apa-apa perasaan pada Ez lagi! Maafkan Wawa! Kita putuskan saja pertunangan kita ni. Ez carilah perempuan lain yang sesuai dengan Ez,” dia sendiri tidak tahu dari mana kekakutan yang dia perolehi sehingga dia boleh memandang tepat ke dalam mata Faez sambil mengungkapkan kata-kata tersebut. Ternyata lelaki itu begitu terkejut dengan apa yang dia baru sahaja ungkapkan.

“Ez nak balik!” Faez sekali lagi melangkah mahu meningglakan Najwa sendirian di situ.

“Ez, tolonglah! Kita putuskan pertunangan ni. Tak guna kalau kita kahwin kalau Wawa langsung tak ada perasaan pada Ez,” dia mulai melutut merayu meminta agar permintaannya dari tadi akan mendapat persetujuan dari Faez. Sekali lagi Faez menoleh dan pada waktu itu dia tersentak melihat air mata yang mengalir di pipi Faez. Pertama kali dia melihat Faez menangis dan hatinya begitu rasa bersalah ketika itu.

“Kalau itu permintaan Wawa dan kalau betul Wawa memang dah tak sayang Ez, baiklah! Kita akan putuskan pertunangan kita. Cuma Ez harap biar Ez yang putuskan pertunangan kita ni. Biar Ez yang dipersalahkan dalam hal ni. Ez tak nak Wawa dipersalahkan sebab Ez kenal ayah Wawa, dia tak mungkin benarkan pertunangan kita ni putus walau macam mana Wawa merayu pada dia. Tapi dia tak boleh nak buat apa-apa kalau Ez yang putuskan pertunangan ni! Cuma satu saja yang Ez nak Wawa tahu. Ez akan tetap cintakan Wawa sampai mati!” sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya Faez terus sahaja melangkah laju meninggalkannya sambil menangis dan dia waktu itu hanya tertunduk mengadap tanah dengan perasaan yang begitu sedih dan pedih. Namun dia tidak kesal. Faez layak untuk mendapatkan yang lebih baik daripada dia.

Najwa menangis teresak-esak. Dia menutup mulutnya agar tangisannya tidak kedengaran. Cincin pertunangan yang masih ada dalam simpanannya sehingga kini digenggam erat. Dia mulai tidak tahu adakah dia masih mampu untuk terus bertahan dengan dugaaan yang menimpanya.

***************

“Kami datang ni membawa hajat, rasanya biar kami berterus terang saja. Kami ni datang nak meminang Najwa untuk anak kami Razif,” suara Haji Leman begitu jelas. Hashim dan Samsiah terus sahaja berpandangan. Sesungguhnya mereka langsung tidak tahu dengan kehadiran rombongan untuk merisik anaknya pada hari ini.

“Tak payahlah kamu nak fikir panjang-panjang lagi Hashim, Siah, kamu terima sahaja pinangan ni. Lagipun sampai bila kamu berdua nak terima penghinaan daripada orang kampung pasal hal dulu tu,” Lebai Johari pula bersuara bagi pihak keluarga Razif.

“Bukan kami nak menolak Pak Lebai, tapi ini soal hidup Najwa, satu-satunya anak perempuan kami, kami tak boleh nak terima pinangan ni kalau kami tak tanya dia dulu,” jawab Hashim lembut. Dia tahu, dia sudah banyak menerima penghinaan di atas pertunanga anaknya yang terputus dahulu tetapi dalam soal penting begitu pendapat Najwa masih lagi diutamakan.

“Kami tahu, anak kami tak adalah sehebat anak Ana tu, yalah! Siapa yang tak kenal dengan Faez yang dah jadi jurutera terkenal dekat KL kan. Tapi Razif anak kami pun apa kurangnya. Memang la dia bukannya lulusan luar negara tapi dia pun berjaya juga. Tak lama lagi dia dah nak mulakan kerja, dia nak buka perniagaan dengan abang-abang dia dekat KL juga. Dia pun boleh bagi kesenangan pada Najwa!” Hajah Rogayah pula menyampuk. Sekali lagi Samsian dan Hashim berpandangan.

“Begini sajalah, biar kami tanya anak kami dulu. Lagipun Wawa tak ada kat rumah sekarang ni. Dia belum balik kerja lagi,” Samsiah bersuara lembut.

“Wawa terima pinangan ni ibu, ayah! Maafkan Wawa kalau Wawa biadap. Tapi Wawa terima pinangan ni,”

Semua mata terus sahaja tertumpu pada wajah Najwa yang sedang berdiri di muka pintu rumahnya. Samsiah terus sahaja bangun dan berjalan mendapatkan anaknya. Tangan anaknya segera digenggam dengan erat. Dia memandang jauh ke dalam mata ankanya dan inginkan kepastian sama ada apa yang baru sahaja dia dengari sebentar tadi adalah pengakuan ikhlas daripada anaknya.

“Wawa, Wawa tak perlu nak bersetuju disebabkan nak jaga nama baik ibu dan ayah. Kami tak akan paksa Wawa kalau Wawa tak suka,” suara lembut Samsiah membuatkan Najwa tersenyum memandang wajah ibunya.

“Wawa ikhlas ibu. Kalau Wawa ditakdirkan kahwin dengan Razif, Wawa redha ibu. Kalau dah itu memang jodoh untuk Wawa,” Najwa cuba menenangkan kembali ibunya dengan membalas genggaman tangan ibunya dengan begitu kuat.

“Kalau dah tuan badan bersetuju, kita tunggu apa lagi. Boleh la kita tetapkan tarikh pertunangannya sekarang ni,” Lebai Johari tersenyum gembira, begitu juga dengan seisi tetamu yang lain. Masing-masing mengangguk dan bersetuju dengan cadangan yang baru sahaja dicadangkan oleh Lebai Johari.

“Maaf, boleh saya cakapkan sesuatu?” Wawa melangkah perlahan menuju ke arah tetamu yang sedang duduk bersila di tengah-tengah rumah usangnya itu.

“Cakaplah Wawa, apa yang Wawa mahukan. Mak cik akan ikut apa sahaja permintaan Wawa,” Hajah Rogayah tersenyum bangga. Siapa sangka gadis yang paling diminati oleh anak muda kampung bakal menjadi menantunya. Walaupun sudah banyak cerita yang tidak enak yang dia dengar daripada orang kampung mengenai Najwa namun dia langsung tidak kisah. Apa yang dia tahu dia bakal mempunyai menantu yang sememangnya mempunyai raut wajah yang cantik dan sedap mata memandang.
“Wawa nak perkahwinan Wawa ni hanya dilakukan secara kecil-kecilan sahaja dan kalau boleh Wawa tak nak ada majlis pertunangan,”

Hajah Rogayah terus sahaja memandang suaminya untuk mendapatkan persetujuan. Haji Leman mengangguk perlahan. Baginya persetujuan Najwa untuk berkahwin dengan anak bongsu mereka sudah memadai. Dia dan isterinya susah bosan mendengar rengekan anak bongu mereka itu yang betul-betul tergilakan Najwa. Tambahan pula, dia berharap sangat agar Najwa boleh membimbing anaknya itu agar berubah dan menjadi lelaki yang berguna. Dia dan isterinya sudah tidak berdaya lagi untuk menasihati Razif agar berubah.

“Kalau dah itu permintaan Najwa, kami setujulah!” senyuman Hajah Rogayah semakin lebar. Samsiah dan Hashim hanya terdiam seribu bahasa. Mereka langusng tidak menjangkakan jawapan yang telah diberikan oleh anak perempuannya itu. Selama ini dia tahu, satu-satunya lelaki yang bertaktha di dalam hati anaknya itu hanyalah Faez seorang sahaja. Tambahan pula lelaki yang bakal dikahwinkan dengan anak perempuanya itu sememangnya terkenal di seluruh kampung sebagai anak muda yang sering menadi kutu rayau dan agak nakal semenjak usia remajanya sehinggalah kini.

*****************

Kereta yang dipandu oleh Faez terus sahaja meluncur laju memasuki perkarangan rumah Najwa. Kebetulan gadis itu sedang menyapu sampah di halaman rumah. Sebaik sahaja mematikan enjin kereta dengan pantas Faez keluar dari perut kereta dan melangkah menuju ke arah Najwa yang sedang tegap berdiri memerhatikannya.

“Wawa tak boleh buat Ez macam ni,” wajah Faez begitu bengis. Dia memandang Najwa tanpa berkelip.

“Apa yang Wawa dah buat?” Najwa berpura-berpura bertanya. Dia seakan-akan mahu menafikan apa yang sedang terlintas di mindanya mengenai tujuan sebenar kedatangan lelaki itu di rumahanya secara tiba-tiba. Sudah pasti berita mengenai perkahwinannya dengan Razif sudah diketahui oleh Faez. Malah dia merasakan semua penduduk kampung sduah mengetahui akan perkara itu. Sudah pasti bakal ibu mertuanya itu sudah mencanangkan berita itu ke setiap pelusuk kampung.

“Hari tu lagi Ez dan cakap kat Wawa, kalau Wawa terdesak nak kahwin sekalipun tapi pastikan lelaki tu bukan Razif! Ez tak rela kalau Wawa kahwin dengan Razif,” Faez seakan-akan sedang dirasuk. Dia sudah tidak peduli dengan kelantangan suaranya yang mungkin akan menarik minat orang kampung untuk mendengar perbualannya dengan Najwa.

“Kalau Allah dah tetapkan jodoh Wawa dengan dia, Ez siapa nak halang semua yang terjadi, dan sekali lagi Wawa nak cakap, Ez bukannya sesiapa bagi Wawa da Ez langsung tak ada hak nak tentukan siapa lelaki yang bakal jadi suami Wawa,” walaupun perit untuk mengungkapkan kata-kata itu namun Najwa tetap gagahinya. Hanya itu sahaja jalan terbaik yang dapat dia fikirkan agar Faez akan terus melupakannya buat selama-lamanya.

“Wawa, Ez merayu dengan Wawa, tolong jangan kahwin dengan Razif! Ez rayu dengan Wawa,” mata Faez mulai berkaca-kaca. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakit hatinya mendengar luahan kata-kata yang terungkap di bibir nipis gadis kesayangannya itu.

“Wei! Kau buat kat sini! Kau buat apa kat rumah aku?” suara Aiman satu-satunya abang Najwa mulai menerjah ke telinga Faez. Lelaki yang dahulunya begitu rapat dengannya namun dengan sekelip mata menjadi musuhnya apabila dia membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan walaupun semua itu bukan dengan kerelaanya.

“Man! Kau kena tolong aku! Kau jangan biarkan Wawa kahwin dengan Razif! Man! Kau tahu Razif tu macam mana kan? Wawa tak boleh kahwin dengan dia Man,” Faez melangkah mendapatkan Aimanyang masih lagi berdiri di tangga rumahnya. Harapannya agar Aiman bakal menolongnya untuk menghalang perkahwinan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Namun apa yang berlaku adalah sesuatu yang langsung tidak diduga oleh Faez. Satu tumbukan terus hinggap ke mukanya sehingga dia terpelanting ke belakang.

Najwa yang melihat kejadian itu agak terperanjat namun dia tidak mampu melakukan apa-apa. Walapupun waktu itu perasaan bersalah kepada Faez mulai menguasai diri namun dia mesti kuatkan semangatnya. Rancangannya mesti diteruskan. Itu sahaja peluang yang ada untuk membuatkan Faez melupakannya.

“Kau yang putuskan pertunangan tu Ez, kau yang tinggalkan adik aku! Kau malukan Wawa, kau malukan keluarga kami! Dan aku! Kawan baik kau sendiri. Selama ni kau janji dengan aku, kau akan jaga adik aku. Kau akan sayangkan dialebih dari aku sayangkan dia. Tapi apa yang berlaku, bila kau dah berjaya, kau dah dapat apa yang kau cita-citakan, kau tinggalkan adik aku dan sekarang ni aku dengar kau dah ada perempaun lain. Siap bawa balik ke kampung kenalkan dengan keluarga kau dan hari ni pulak kau datang rumah aku suruh Wawa jangan kahwin dengan Razif, apa ni Ez? Apa ni? Apa yang kau nak sebenarnya?”

Dengan perlahan Faez bangun. Dia menyapu darah yang mulai keluar di bibirnya yang pecah akibat tumbukan tadi. Dia hanya mendiamkan diri. Dia menoleh memandang Wawa dan kelihatan gadis itu terus melarikan pandangannya.

“Aku ada alasan aku sendiri kenapa aku buat semua tu. Kau tak perlu tahu. Aku cuma nak kau halang perkahwinan ni Man. Tolong Man, aku merayu pada kau!”

Bagaikan dirasuk Aiman terus sahaja melompat dari anak tangga dan kembali menerkam lelaki itu. Kolar baju Faez ditarik, dan sekali lagi dia cuba menghayun penumbuknya menuju ke muka Faez. Perasaan marahnya terhadap Faez semakin menjadi-jadi.

“Abang!” jeritan Najwa menghentikan hayunan tangan Aiman. Wajah adiknya terus dicari. Aiman melihat dengan jelas Najwa menggeleng-gelengkan kepalanya agar dia menghentikan niatnya untuk menumbuk lelaki itu. Aiman terus merengus dan kolar baju Faez dilepaskan dengan kasar.

“Ez, Wawa rayu dengan Ez, baliklah! Jangan campur tangan dalam urusan Wawa lagi. Biar Wawa yang tentukan hidup Wawa sendiri. Ez teruskan hidup Ez. Ez layak dapat yang lebih baik dari Wawa. Wawa minta tolong sangat jangan ganggu Wawa lagi!” air mata Najwa sudah mengalir laju. Wajah Faez ditenung sambil meminta simpati. Dengan perlahan Faez melangkah longlai menghampiri Wawa. Perasaan sedihnya juga sudah tidak mampu dibendung lagi. akhirnya air mata lelakinya sekali lagi tumpah di hadapan gadis itu.

“Ez tak tahu apa salah Ez. Apa yang Ez dah lakukan sehingga Wawa berubah hati. Sejak hari tu setiap hari Ez cuba lupakan Wawa, tapi Ez tak boleh! Perempuan yang Ez bawa balik hari tu pun, hanya nak sakitkan hati Wawa. Ez nak buktikan pada Wawa yang Ez boleh hidup tanpa Wawa walaupun benda tu hanya lakonan. Ez tahu, sekali Wawa buat keputusan pasti susah untuk Wawa ubah keputusan Wawa tu. Tak mungkin Wawa akan terima Ez kembali. Tapi Ez tak boleh nak halang perasaan Ez yang terbuku kat dalam hati Ez yang satu-satunya perempuan yang wujud hanya Wawa seorang. Ez cintakan Wawa. Walaupu Ez tak dapat miliki Wawa tapi Ez nak tengok Wawa dapat lelaki yang layak untuk Wawa. Yang boleh bahagiakanWawa,” tangan kanan Faez terus menyeka air matanya yang tidak mahu berhenti mengalir. Dia tahu kata-katanya sebentar tadi hanya mampu didengar oleh Najwa seoarng sahaja. Biarlah semua orang menganggap dia yang memutuskan pertunangan itu. Dia yang sudah berubah hati dan tidak menyintai Wawa lagi.

“Dah la Ez, kau baliklah! Aku dah tak boleh tengok muka kau!” suara Aiman kedengaran kembali.

“Ez dah lakukan yang termampu untuk halang semua ni. Kalau Wawa tetap nak kahwin juga dengan Razif, terpulang pada Wawa. Ez dah tak boleh ubah keputusan Wawa kan?” dalam esakan Faez bersuara. Wajah mulus Wawa dipandang dengan perasaan cinta dan rindu yang langsung tidak berbelah bahagi.

Najwa seperti patung. Sepatah perkataan langsung tidak kedengaran dari bibir nipisnya. Hanya air matanya sahja yang tidak berhenti dari terus mengalir. Akhirnya dengan hati yang berat Faez melangkah longlai menuju ke keretanya. Sudah tiba masanya untuk dia melepaskan segala-galanya. Sudah tiba masanya untuk redha dengan apa yang berlaku.

“Ez akan doakan yang terbaik untuk Wawa,” sempat Faez menoleh dan mengucapkan kata-kata terakhir sebelum dia melangkah masuk ke dalam perut kereta.

Setelah kereta Faez meluncur meninggalkan kawasan rumahnya Najwa terus sahaja terjelepuk dan terduduk di atas tanah. Perasaan sedihnya sudah tidak mampu dibendung lagi. Dengan sekuat hati dia menjerit dan meraung bagaikan orang yang sedang dirasuk. Hatinya bagaikan disiat-siat, sakit dan luluh mendengar luahan hati Faez sebentar tadi dan melihat air mata lelaki itu jatuh di hadapannya semakin membuatkan dia tidak boleh lagi meyembunyikan perasaan sedihnya itu.

“Maafkan Wawa Ez. Maafkan Wawa!” dia menjerit sekuat mungkin. Aiman yang melihat perilaku adiknya terus sahaja mendapatkan Najwa dan adiknya itu dipeluk erat. Walaupun dia tidak mengerti dengan raungan adiknya itu tetapi dia tahu adiknya itu sedang bersedih di atas kehilangan satu-satunya lelaki yang dicintainya.

***************

Perasaan Razif tidak menentu. Semenjak dia tahu kedatangan Faez ke rumah Wawa untuk menghalang perkahwinannya dengan gadis itu membuatkan dia diruntun rasa bimbang dan takut. Dia bimbang sekiranya dia akan kehilangan Najwa. Gadis yang dipuja sejak dia remaja lagi. Dia mencapai jaket yang tersangkut di paku yang terlekat di dinding dan terus melangkah keluar.

“Kamu nak ke mana malam-malam buta ni Razif?” suara Hajah Rogayah kedengaran agak nyaring. Dia menoleh memandang wajah ibunya namun langsung tidak menjawab pertanyaan yang diajukan oleh wanita itu. Dia terus membuka pintu rumahnya yang sudah terkunci dan terus melangkah keluar.

Dia menghentikan motornya agak jauh dengan rumah Najwa. Dia tidak mahu bunyi enjin motornya akan membuatkan keluarga Najwa mengetahui akan kedatangannya. Niatnya hanya satu, dia akan pastikan Najwa tidak akan melarikan diri mengikut Faez dan meninggalkannya. Walaupun dia tahu, Najwa bukannya jenis gadis yang begitu namun perasaan takut dan risau tetap juga ada.

Razif melangkah perlahan dan terus menuju ke tingkap bilik Najwa. Dari celahan dinding bilik Najwa, dia dapat melihat ada cahaya yang samar-samar dari bilik itu. Mungkin hanya gadis itu sahaja yang masih belum tidur memandangkan seluruh kawasan rumah sudahpun gelap gelita kecuali bilik Najwa. Dia tersenyum gembira. Sekurang-kurangnya dia tahu Najwa masih berada di dalam biliknya. Razif cuba untuk mencari di sekitar dinding bilik Najwa sekiranya terdapat lubang besar untuk dia melihat sama ada gadis itu berada dia dalam biliknya. Setelah beberapa minit dia terjenguk-jenguk di celahan dinding bilik Najwa akhirnya dia menemui satu lubang yang sedikit besar. Walaupun dia tidak dapat melihat dengan jelas kelibat gadis itu namun dia dapat melihat gadis itu sedang berteleku di sejadah dengan lengkap bertelekung. Ada sedikit perasaan aneh menusuk ke kalbunya ketika itu secara tiba-tiba.

“Kau memang baik Wawa,” detik hatinya. Dia tersenyum. Setelah berpuas hati dia cuba untuk melangkah dan meninggalkan kawasan rumah Najwa. Namun belum sempat dia melangkah, telinganya menangkap sesuatu yang menarik minatnya.

“Ya Allah yang Tuhanku Yang Maha Pemurah lagu Maha Mengasihani. Hanya kepada Kau aku bermohon dan hanya kepada Engkau aku meminta pertolongan Ya Allah. Ya Allah yang Tuhanku, hanya Engkau Yang mengetahui segala-galanya. Hanya Engkau yang mengetahui apa yang aku rasakan sekarang ini. Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya dugaan yang Engkau berikan kepadaku begitu berat sekali ya Allah. Kau kuatkanlah semangatku untuk terus bertahan menghadapi semua ini. Kau berikan aku kekuatan untuk memaafkan dia dan menerimanya sebagai suamiku dengan hati yang redha Ya Allah. Walaupun aku tahu dialah yang telah merampas kesucian diriku tetapi aku redha jika ini adalah ketentuanMu. Jika Engkau telah tetapkan bahawa dialah jodohku Ya Allah, akan aku terima dengan hati yang terbuka. Aku tahu apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya,”

Hati Razif seperti disentap. Tubuhnya menggeletar dengan tiba-tiba. Dia terduduk di tanah dan dadanya tiba-tiba sahja terasa sesak dan sukar untuk bernafas. Benarkah apa yang dia dengar sebentar tadi. Benarkah Najwa sudah lama mengetahui bahawa dia yang telah merampas kesucian gadis itu selama ini, bahawa dialah yang telah memperkosa Najwa pada petang itu. Tetapi kenapa gadis itu hanya mendiamkan diri? Mengapa gadis itu masih sudi menerima pinangannya? Pelbagai soalan menerjah ke dalam benak fikirannya. Perasaannya sudah tidak menentu. Dia sudah keliru dengan perasaanya ketika itu.

************

“Aku tahu kau sebenarnya bencikan aku Razif. Kau nak miliki aku hanya disebabkan rasa geram dan dendam yang ada dalam diri kau terhadap aku. Aku tahu kau marahkan aku, bencikan aku sebab aku tak pernha terima cinta kau. Dan pada petang tu, aku tahu rasa dendam dan benci yang selama ini kau simpan dah tak boleh dikawal lagi dan akhirnya kau jadikan aku mangsa untuk lepaskan benci dan dendam kau tu. Kau rampas satu-satunya benda yang paling berharga yang aku ada Razif,”

“Tapi kenapa kau hanya diamkan diri Wawa? Kenapa kau tak laporkan saja perkara ni pada polis?”

“Entah. Mungkin takut ataupun malu,” suara Najwa lemah. Raut wajahnya begitu pucat sekali. Razif merenung gadis itu dengan penauh rasa simpati. Entah di mana kelebihan yang ada pada Najwa sehinggakan mampu melembutkan hatinya yang begitu keras dan degil selama ini.

“Kau putus dengan Faez sebab benda ni kan. Faez dah tahu kau bukan suci lagi kan?” Razif memberanikan diri untuk mengungkit perkara itu. Pelik. Sepatutnya dia hanya membiarkan sahaja perkara itu. Najwa sudah bersetuju mahu mengahwininya dan seharusnya dia berasa gembira kerana gadis yang dia idamkan selama ini akan menjadi hak mutlaknya. Tetapi perasaan yang ada dalam dirinya ketika itu adalah berlainan sama sekali.

“Faez langsung tak tahu menahu pasal ni. Biarlah perkara ni jadi rahsia antara kita berdua. Kau tahu Razif, aku selalu berpegang pada ajaran agama. Apa yang berlaku ke atas kita dalam dunia ni pasti ada hikmahnya. Kalau peristiwa petang tu tak berlaku. Aku tak mungkin akan kahwin dengan kau esok dan kau pula mungkin akan terus berdendam dan bencikan aku sampai bila-bila. Aku redha Razif. Aku redha. Cuma satu yang aku minta dari kau. Aku nak kau terima aku seadanya. Aku mungkin tak boleh terima kau seikhlas hati aku dan aku mungkin akan lakukan perkara yang akan sakitkan hati kau setelah kita kahwin nanti. Sebab aku tak kuat untuk melupakan apa yang kau telah buat pada aku dalam masa yang begutu singkat,”

“Kau tahu Wawa. Aku berjanji, aku akan kembalikan kebahagiaan kau. Aku akan pastikan kau dapat apa yang kau berhak dapat dalam hidup kau. Aku minta maaf. Aku tahu aku telah ikut nafsu marah aku sehingga sanggup merosakkan kebahagiaan kau. Terima kasih sebab sudi terima aku,”


**************

“Sudahlah tu Ez, jom naik! Panas ni!” laung Puan Rohana. Dari tadi Razif sedang menebas lalang yang mulai panjang di hadapan rumahnya yang berada tidak jauh dari halaman rumah. Dulu sewaktu arwah ayahya masih hidup, ayahnya yang selalu menebas lalang tersebut namun setelah arwah ayahnyanya meningal, ibunya hanya mengupah orang lain untuk melakukannya. Tetapi hari ni dia sendiri sengan ikhlas menawarkan diri untuk menebas lalang tersebut. Dia perlu menyibukkan dirinya. Jiwanya tidak tenang dan fikirannya bercelaru. Panggilan ibunya hanya dibiarkan tanpa sebarang reaksi.
“Faez,” suara seseorang memanggilnya menyebabkan faez menoleh. Jantungnya terus sahaja berdegup kencang. Nafasnya mulai naik turun.

“Apa yang kau nak? Kau nak datang menunjuk dengan aku yang akhirnya kau dapat rampas Wawa dari aku!” Faez menyambung semula kerjanya semula. Tangannya dengan pantas melibas-libas parang di tangan untuk menebas lalang yang sudah meninggi.

“Ada hal lain yang aku nak cakap dengan kau!”

“Sudahlah Razif. Kau baliklah. Esok kau dah nak kahwin kan! Kau tak payahlah datang sini nak sakitkan hati aku!” Faez bersuara lagi. dia cuba menenangkan perasaan sendiri ketika itu. Peluh yang memercik ke muka sudah tidak diendahkan. Ketika itu, dia seperti tidak merasai langsung akan pancaran matahari yang begitu terik sekali.

“Aku minta maaf Faez. Aku minta ampun. Aku yang bersalah!”

Faez menoleh. Kata-kata yang menerjah ke telinganya sebentar tadi betul-betul membuatkan dia terkejut. Namun seletelah dia menoleh, perasaan terkejutnya semakin bertambah. Dia melihat lelaki yang selama ini sentiasa kelihatan hebat dan kuat di hadapannya tiba-tiba sahaja sedang melutut di hadapannya sambil menangis.

“Kenapa dengan kau ni?”

“Aku bersalah pada kau Ez. Aku bersalah pada Wawa. Aku tahu aku dah buat satu dosa besar pada kau orang berdua,” Razif langsung tidak berani mengangkat mukanya memandang Faez. Rasa bersalahnya kepada lelaki itu membuatkan dia malu untuk memandang tepat pada wajah Faez.

“Apa yang kau cakap ni? Aku tak faham!” Perasaan tertanta-tanya dalam diri Faez semakin menebal. Dia langsung tidak dapat mengagak apa agenda Razif kali ini.

“Wawa tak pernah berhenti mencintai kau. Dalam hati dia hanya ada engkau sorang saja. Akulah penyebab pertunangan kau orang berdua putus. Aku tahu, Wawa yang minta pertunanagn kau dengan dia diputusakan. Tapi Wawa lakukan semua tu sebab dia rasa dia tak layak untuk kau,” suara Razif mulai bergetar. Faez yang mendengar cerita Razif pula semakin rasa tidak sedap hati. Dia seakan-akan dapat menghidu seperti ada sesuatu yang tidak baik telah berlaku.

“Kau cakap apa ni?”

“Aku yang rampas kesucian dia. Aku…aku telah perkosa dia Ez. Aku rosakkan hidup dia!”

Faez merasakan seperti dunia berhenti berputar buat seketika. Dunia seakan-akan mulai gelap gelita. Mindanya seperti tidak dapat menerima perkara yang baru sahaja diketahuinya. Sebaik sahaja dia kembali ke dunia nyata, tangannya mulai menggeletar. Parang yang berada di dalam genggaman tangannya semakin digenggam erat. Tidak semena-mena dia mengangkat tinggi parang yang berada di tangannya dan mahu dihayun ke arah Razif.

“Ez! Ya Allah! bawa mengucap nak!” suara ibuna memekik dengan kuat membuatkan Faez tersentak. Air matanya gugur tanpa dia sedari. Parang yang berada di dalam tangannya tadi sudah terlepas dan jatuh ke tanah.

“Wawa!” hanya nama gadis itu sahaja yang disebutnya. Dia terus sahaja berlari meninggalkan razif yang masih tertunduk membisu.


*******************


Najwa berjalan seorang diri di atas jalan raya untuk pulang semula ke rumahnya. Tadi dia mengambil angin petang di tempat yang biasa dia kunjungi di kala fikirannya berserabut. Cincin pertunangan dia dan Faez yang tersemat di jari manisnya dipusing-pusing. Tiba-tiba sahaja sebelum dia keluar dari rumah tadi, dia teringin untuk menyarung kembali cincin tersebut buat kali terakhir. Kemudian, dengan perlahan dia membuka cincin tersebut dan ditilik dengan satu perasaan sedih dan pilu. Sedang dia menilik-nilik cincin itu,secara tidak sengaja, dia terlepas cincin tersebut dari tangannya dan cincin itu terus jatuh dan tergolek ke tengah jalan. Dengan segera dia berlari mendapatkan kembali cincin itu. Setelah cincin itu dipungut dia tersenyum gembira. Serentak dengan itu juga dia mendengar satu bunyi hon yang kuat dan menyebabkan dia menoleh.

“Allahuakbar!” hanya itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Najihah sebelum dia terpelanting ke tepi jalan di atas rumput akibat dilanggar kuat oleh sebuah kereta.


*************

Faez melangkah longlai ke arah sekujur tubuh yang sedang terbaring lemah di atas katil. Hatinya sayu melihat insan yang paling dia cintai di dalam dunia ini sedang tenat bertarung nyawa untuk meneruskan hidup.

“Kami minta maaf, kami sudah lakukan apa yang termampu. Sekarang ini kita hanya mampu berserah kepada Allah. Tetapi terus terang saya katakan keadaan pesakit tenat akibat kecederaan dalaman yang begitu serius, peluang dia untuk terus hidup agak tipis” kata-kata doktor sebentar tadi masih lagi terngiang-ngiang di telinganya.

“Kenapa Wawa, kenapa Wawa cuba rahsiakan perkara tu dari Ez. Wawa kenal Ez. Sepatutnya Wawa tahu, Ez tak mungkin akan tinggalkan Wawa walau apa pun yang terjadi,” Faez bersuara dalam tangisan. Dia cuba berlagak tabah sejak tadi. Dia yang lebih dahulu tiba di hospital setelah mengetahui tentang kemalangan yang menimpa Najwa namun dialah yang terakhir melangkah masuk ke bilik rawatan rapi untuk melawat gadis itu. Dia tidak kuat untuk menatap wajah Najwa setelah mendengar penerangan daripada doktor. Dia hanya terduduk bisu di tepi pintu tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Setelah dipujuk oleh Aiman barulah dia menguatkan dirinya untuk masuk melihat keadaan Najwa. Kata-kata Aiman yang menyatakan mungkin itu adalah kali terakhir dia bertemu dengan Najwa membuatkan dia terpaksa gagahi juga.

“Kenapa Wawa hadapi semua tu sorang-sorang. Wawa kan ada Ez. Wawa sepatutnya tahu Ez akan sentiasa bersama Wawa dalam keadaan susah atau senang. Maafkan Ez, sepatutnya Ez menolak keras dengan permintaan Wawa untuk putuskan pertunangan tu, sepatutnya Faez ak tinggalkan Wawa di saat Wawa perluakan Ez di sisi Wawa,” Faez sudah tidak mampu berdiri. Dia terjelepuk jatuh di sisi katil Najwa. Dia menangis teresak-esak.

**************

“Apalah malang sangat nasib anak kita ni bang,” Samsiah menangis tersedu sedan dalam pelukan suaminya.

“Sabar Siah. Kita doakan agar Wawa sembuh,” suaminya Hashim juga tidak dapat menahan sebak di dadanya. Dia turut sama menangis. Seketika kemudian semua mata yang menunggu di luar bilik Najwa memandang ke arah Faez yang baru sahaja keluar dari bilik di mana Najwa menerima rawatan rapi.

“Macam mana dengan Wawa Ez?” Rohana terus sahaja menerkam ke arah anaknya. Faez hanya terdiam seribu bahasa. Matanya memandang seorang demi soarang pelawat yang berada di situ. Ibu bapa Razif juga turut bersama cuma Razif sahaja yang kelihatan sedang berdiri jauh di suatu sudut. Walaupun perasan marahnya terhadap Razif masih belum hilang namun dia tahu waktu ini bukan masa yang sesuai untuk dia menuntut keadilan. Faez melangkah perlahan ke arah ibu dan ayah Najwa. Sebaik sahaja dia berhadapan dengan mereka, Faez terus sahaja melutut. Semua terkejut dengan tingkah laku Faez.

“Pak cik, mak cik. Izinkan Ez kahwin dengan Wawa, Ez merayu pada mak cik dan mak cik,” Faez merayu dalam tangisan.

“Ez apa yang kau merepek ni?” soal Aiman.

“Apa yang kamu buat ni. Najwa tu bakal menantu kami tahu tak. Kalau tak kerana dia kemalangan hari ni. Esok dia dah nak kahwin dengan anak kami!” kedengaran suara Rogayah melenting.

“Mak, ayah. Biar Faez saja yang kahwin dengan Wawa, hanya dia sahaja yang layak untuk Wawa…Razif…..
Belum sempat Razif menghabiskan kata-katanya dia terpandang wajah Faez yang memandang tajam ke arahnya sambil menggelengkan kepalanya. Hanya Razif sahaja yang tahu maksud di sebalik gelengan itu.

“Tolong la pak cik, mak cik. Ez merayu. Benarkan Ez kahwin dengan Wawa,” Faez kembali merayu lagi.

“Bukan pak cik tak bagi Ez. Tapi Ez sendiri dengar apa yang doktor cakapkan tadi. Wawa dah tak ada harapan. Harapan untuk anak pak cik teruskan hidup tipis sangat. Pak cik tak nak Ez korbankan hidup Ez semata-mata nak puaskan hati kami,”

“Pak cik, mak cik. Percayalah. Ini bukan soal nak puaskan hati sesiapa. Ez ikhlas nak jadikan Wawa isteri Ez. Ez tahu sebelum ni Ez dah kecewakan pak cik. Kecewakan semua orang dan Ez minta maaf banyak-banyak untuk itu. Tapi tolong. Biarkan Ez kahwin dengan Wawa,”

“Tapi adik aku dah tak ada harapan Ez,” Aiman pula bersuara bagi pihak ahli keluarganya.

“Kalau Wawa tak ada harapan untuk hidup sekalipun. Walaupun Wawa ditakdirkan pergi dulu pun, biarlah Wawa pergi sebagai isteri aku Man. Biar dia pergi sebagai isteri aku yang sah. Tolong, biarkan aku kahwin dengan Wawa,” dia sudah mengangkat dan merapatkan kedua-dua belah tangannya merayu meminta simpati.

*************

Semuanya berlangsung dalam kesederhanaan. Akhirnya Najwa sah dikahwinkan dengan Faez. Tuhan itu Maha Kaya. Sebelum majlis ijabkabulkan berlangsung di dalam bilik rawatan rapi itu, Najwa tiba-tiba terjaga dan sempat memberikan persetujuan untuk berkahwin dengan Faez. Waktu itu Faezlah satu-satunya insan yang paling bahagia di situ. Sepanjang majlis ijabkabul jugalah Najwa sedar dan mendengar sendiri Faez melafazkan akad nikah untuk menjadi suaminya yang sah.

Semasa Faez memegang tangan Najwa untuk kali pertama bagi menyarungkan cincin ke jari manis gadis itu, tangan Faez menggeletar. Air matanya mengalir tanpa dipinta. Dengan penuh kasih sayang juga dia mengucup dahi Najwa. Dia bersyukur ke hadrat Ilahi kerana melancarkan majlis tersebut.

Setelah majlis selesai, Najwa terlebih dahulu meminta untuk berbicara dengan ibu, ayah dan abangnya. Semua pelawat yang lain termasuk suaminya sendiri terpaksa keluar dari bilik tersebut. Dengan segala kudrat yang ada, Najwa menggagahi diri untuk meminta ampun daripada kedua ibu bapanya serta abangnya. Dia tahu, masanya di atas dunia ini sudah tidak lama. Dia mengambil kesempatan yang Allah berikan kepadanya untuk meminta ampun dan maaf daripada ahli keluarganya sepanjang dia hidup selama ini.

**************

Sebaik sahaja terpandang ajah suaminya yang baru sahaja melangkah masuk ke bilik rawatan, Najwa terus melemparkan senyuman yang semanis mungkin untuk Faez. Tangannya segera dihulur dan terus disambut mesra oleh Faez. Faez tersenyum gembira memandang wajah suci wanita yang sudah sah menjadi isterinya. Sejurus kemudian dia meraih Najwa ke dalam pelukannya. Dia memeluk erat Najwa sambil menahan sebak di dada. Dari tadi dia cuba untuk tidak mengalirkan air matanya di hadapan Najwa.

“Terima kasih sebab sudi terima Wawa,” suara Najwa begitu lemah. Namun dia cukup bahagia berada dalam pelukan lelaki yang sudah bergelar suaminya yang sah.

“Abang yang sepatutnya ucapkan terima kasih pada sayang sebab bagi peluang pada abang untuk jadi suami sayang,” Najwa menutup rapat matanya dan air matanya terus sahaja mengalir. Betapa bahagia yang dia rasakan ketika itu mendengar kata-kata lembut Faez yang cukup indah didengar olehnya.

“Wawa minta maaf sebab tak dapat jadi isteri yang sempurna untuk abang,” Najwa menguatkan dirinya untuk meluahkan apa yang dia rasa selagi dia mampu. Peluang yang Allah berikan kepadanya akan dia gunakan sebaik yang mungkin.

“Shhhh…sayang dah begitu sempurna untuk abang. Sayang dah jadi isteri abang yang sah sudah membuatkan abang cukup bahagia. Sayang tahu kan selama ini cinta abang hanya untuk sayang,” Faez semakin mengeratkan pelukannya.

“Wawa cintakan abang spenuh hati Wawa. Tapi Wawa tak diberi peluang untuk terus menyintai abang. Wawa tahu masa Wawa susah tidak lama lagi,” Wawa seperti sudah tidak mampu untuk bernafas dengan sempurna. Faez yang mendengar luahan hati isterinya akhirnya turut sama menangis. Air matanya sudah tidak mampu ditahan lagi.

“Abang tahu sayang cintakan abang sepenuh hati sayang itu sudah cukup untuk abang,” luah Faez dalam esakan.

“Abang,”

“Ya sayang,”

“Izinkan Wawa pergi ya. Relakan pemergian Wawa. Abang janji dengan Wawa, abang akan teruskan hidup abang walaupun tanpa Wawa di sisi abang,” sekali lagi Najwa menarik nafasnya sepanjang mungkin sehingga mengeluarkan bunyi yang begitu kuat. Faez tahu, keadaan isterinya semakin tenat.

“Sayang…tolong….

“Janji dengan Wawa!” Najwa terlebih dahulu memotong kata-kata Faez. Waktu itu dia seakan-akan tahu apa yang ingin diperkatakan oleh Faez kepadanya.

“Ya! Abang janji,” walaupun berat untuk menuturkannya namun Faez tahu itu adalah permintaan terakhir isterinya. Dia mahu Wawa pergi dengan hati yang tenang. Dia mulai beristighfar di dalam hatinya agar dia tabah sepanjang proses pemergian isterinya. Nafas Najwa semakin tersekat-sekat. Pelukan isterinya juga semakin longgar. Dengan segera Faez meleraikan pelukannya dan terus membaringkan Najwa semula ke katil.

“Ampunkan Wawa,” suara Najwa semakin tidak jelas kedengaran. Faez terpaksa mendekatkan telinganya ke wajah Nadia.

“Abang ampunkan sayang. Mengucap sayang, ikut abang,” Faez mengajar Najwa untuk mengucap dua kalimah Syahadah dan perlahan-lahan isterinya mengikut dia mengucap. Sebaik sahaja selesai mengucap, akhirnya Najwa pergi meninggalkanya buat selama-lamanya. Faez hanya mampu memerhati wajah bersih jasad isterinya dan buat kali terakhir dia mencium dahi Najwa. Selimut putih yang tersedia ada pada jasad isterinya ditarik sehingga menutup keseluruhan jasad Najwa. Air matanya yang mengalir disapu. Nafasnya ditarik sedalam mungkin dan dihembus perlahan.

“Allahuakbar. Ya Allah. Kau tempatkanlah isteriku di kalangan hambaMu yang solehah,”

“Selamat tinggal sayang. Abang relakan pemergianmu. Sayang akan terus berada dalam hati abang sampai bila-bila,” ucap Faez sambil memandang sekujur tubuh yang berselimutkan kain putih.
Dengan longlai Faez melangkah menuju ke pintu untuk mengkhabarkan berita yang menyedihkan itu. Dia berbisik kepada dirinya sendiri. Dia harus kuat untuk menghadapi semua itu. Dia harus redha dengan pemergian isterinya itu. Janjinya pada Najwa akan dia tepati. Menjadi suami sah kepada isterinya Najwa adalah perkara terbaik yang pernah terjadi di dalam hidupnya.

P/S : Assalamualaikum. Akhirnya siap juga cerpen Sha yang ke 3. Alhamdulillah. Cerpen ini agak lari sedikit daripada genre yang biasa Sha gunakan sebelum ini. Sha harap cerpen ini akan mendapat sokongan dari semua pembaca. Sha juga harap anda semua pembaca sudi meninggalkan komen selepas membacanya. Terima kasih. Jasa dan sokongan semua akan Sha hargai. Hehehe...