Siapa Putri Nur Kaseh?
Dia membesar dengan memegang status anak yatim piatu. Malah dia dibesarkan di rumah anak-anak yatim bersama-sama dengan insan-insan yang senasib dengannya. Namun status yang dipegangnya itu tidak membataskan dia untuk memiliki apa sahaja yang diingini. Dia seorang gadis yang mempunyai rupa paras yang menarik, bijak serta pandai menguruskan diri sendiri walaupun terpaksa hidup berdikari setelah melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti terkemuka di tanah air. Dengan kebijaksaan yang dimiliki dia berjaya menuntut ilmu di salah sebuah pusat pengajian yang begitu sinonim dengan ‘anak orang-orang kaya’ tanpa memerlukan modal walaupun sedikit. Dia dibiayai sepenuhnya oleh sebuah yayasan yang bertanggungjawab membantu insan yang senasib dengannya untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Dia mengatur langkah tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Dia memang begitu. Dikenali sebagai gadis yang agak pendiam dan tidak suka bergaul dengan orang sekeliling. Malah sepanjang dua tahun dia memulakan sesi pelajaran di kampus tersebut, dia langsung tidak rapat dengan sesiapa. Dia suka bergerak sendiri, suka melakukan kerja sendiri dan langsung tidak suka bergantung dengan sesiapapun. Dia tidak sukakan perkara yang akan menyusahkan dirinya dan membataskan pergerakannya. Biarlah dia dengan cara dia dan apa yang dia tahu dia tidak menyusahkan sesiapa pun.
“Kau tengok tu la beb, Menyampah! Harap muka saja cantik, tapi sombong nak mampus!” Rafiq meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap gadis yang baru sahaja melangkah melintasi ahli kumpulannya yang sedang mengulangkaji di kawasan rehat di taman yang terdapat di kampusnya.
“Siapa?” Jazman bertanya. Matanya melilau mencari siapa gerangan yang dimaksudkan oleh sahabat baiknya itu.
“Siapa lagi, minah sekor yang terkenal dengan sikap sombong dia tulah!”
“Maksud kau? Putri Nur Kaseh!” Jazman meneka walaupun dia pasti tekaannya itu pasti mengena.
“Hah! Nama dia pun aku pantang sangat nak menyebutnya, geli tau tak!” raut wajah Rafiq jelas menunjukkan dia begitu membenci gadis ayu itu. Gadis yang lengkap berbaju kurung dan bertudung yang sudah jauh melangkah meninggalkan mereka kelihatan sedang berpatah balik. Rafiq terus merengus. Malas dia nak menatap wajah itu buat kali kedua untuk hari ini.
“Dia datang sini ke?” tiba-tiba Jazman bersuara. Gadis itu semakin menghampiri. Rafiq mula membelek buku rujukan yang berada di hadapannya. Jazman pula memandang ke arah Putri Nur Kaseh tanpa berkelip. Siapa yang tidak suka pandang. Memang gadis itu begitu cantik. Tetap manis walaupun begitu susah untuk melihat gadis itu tersenyum. Soal Rafiq, dia malas nak melayan. Rafiq begitu membenci gadis itu kerana hanya gadis itu sahaja yang gagal ditawannya. Sebab itulah keegoannya sedikit tercalar.
“Assalamualaikum,” Putri Nur Kaseh memberikan salam.
“Waalaikumussalam,” jawab Jazman sambil menghadiahkan senyuman yang paling manis. Rafiq pula langsung tak mendongak. Malas dia nak memandang gadis yang telah menjatuhkan sahamnya.
“Boleh kejutkan kawan yang tengah tidur tu?”
Serentak dengan itu Jazman dan Rafiq memandang teman sebelah yang sedang tidur berbantalkan lengan di meja batu yang berada di hadapan mereka. Sejak tadi teman mereka yang satu itu berkeadaan sebegitu. Demam katanya.
“Putra! Putra Dzulkarnain!” Jazman menepuk bahu Putra Dzulkarnain dengan kuat sehinggakan lelaki itu terperanjat lalu tersedar dari tidur. Dengan perlahan dia mengangkat mukanya lalu terpandang gadis yang mula tersenyum memandangnya. Putra Dzulkarnain membalas senyuman tersebut.
“Demam?” hanya satu patah perkataan yang keluar dari mulut Putri Nur Kaseh. Putra Dzulkarnain mengangguk. Satu patah perkataan langsung tak keluar dari mulutnya.
“Dah agak dah, ini ubat demam, makan ubat, jangan lupa banyakkan minum air,” Putri Nur Kaseh meletakkan dua biji paracetamol di atas meja batu itu.
“Saya minta diri, Assalamualaikum,” Putri Nur Kaseh terus sahaja melangkah meninggalkan mereka bertiga tanpa sedikitpun menoleh semula ke belakang. Jazman dan Rafiq melopong. Langsung tidak percaya dengan perkara yang baru sahaja terjadi. Pelbagai persoalan mula besarang di dalam kepala otak mereka.
“Kau kenal dengan minah tu?” Rafiq lebih dulu menyoal. Setahu dia Putra Dzulkarnain ni perangai dia lebih kurang sahaja dengan gadis tadi. Harapkan muka sahaja kacak tetapi pendiam dan agak sombong. Sampai sekarang Rafiq dan Jazman tidak tahu bagaimana dia boleh berkawan dengan lelaki itu.
“Sejak bila kau bercakap dengan perempuan ni? Tak ke kau takut dengan perempuan?” Jazman memberikan soalan maut. Putra Dzulkarnaik terus menjeling tajam. Faham sangat dengan soalan yang sengaja memerli dirinya.
“Ni aku nak tanya, siapa perempuan tu?” soalan balas daripada Putra Dzulkarnain sekali lagi membuatkan Jazman dan Rafiq melopong buat kali kedua. Seakan-akan tidak mahu mempercayai apa yang baru sahaja keluar dari mulut sahabatnya yang dingin itu.
“Kau ni nak buat lawak pun agak-agak la, takkan kau tak kenal kot, habis tu macam mana dia boleh bagi kau ubat ni, siap tahu lagi kau demam, kau ngigau ek?” Rafiq tak puas hati.
“Lawak apa benda pulak ni, aku tahulah dia pelajar kat sini, Id kad dia kan tersangkut kat leher dia tadi, aku pun selalu saja nampak dia dalam dua tahun kita belajar kat sini, masalahnya dia tu siapa? Apa nama dia?” Putra Dzulkarnain mula meluaskan biji matanya dengan harapan kawan karibnya yang berdua itu tidak lagi main-main dalam menjawab soalan yang dia kemukakan.
“Betul kau tak kenal ni?” soal Jazman pula.
“Aku tak ada masa nak buang masa beharga aku dengan kenal budak-budak perempuan dekat sini, faham!” Putra Dzulkarnain melenting. Ubat yang berada di atas meja dicapainya. Waktu itu timbul satu perasaan halus yang menyelinap masuk ke dalam badannya sehinggakan bulu romanya tiba-tiba berdiri. Satu perasaan yang sukar untuk ditafsirkan. Malah mindanya mula teringat kembali bagaimana dia boleh membalas senyuman gadis itu kembali setelah gadis itu tersenyum kepadanya. Apa yang dah jadi dengan dia?
“Habis tu yang tadi kau tersenyum kat dia kenapa?” Rafiq tetap melontarkan soalan. Tak puas hati dengan jawapan yang dia terima sebelum ini.
“Dah dia senyum dekat aku, jadi aku senyumlah dekat dia,” bersahaja Putra Dzulkarnain menjawab.
` “Betul kau tak kenal?” Jazman mula menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Memang ajaib! Ataupun mereka berdua sebenarnya saling mengenali antara satu sama lain namun pura-pura tidak kenal sewaktu di kampus bagi mengelakkan gosip liar menular di sini.
“Ah, malas aku nak layan korang, pening kepala aku yang memang dah pening ni, aku nak balik, petang ni aku tak masuk kelas, penat!” Putra Dzulkarnain bangun dari kerusi lalu melangkah meninggalkan kawan-kawannya yang masih lagi terpinga-pinga tanpa jawapan.
“Woit! Tunggu!” Serentak mereka berdua turut bangun dari tempat duduk lantas mengejar Putra Dzulkarnain yang sudah agak jauh meninggalkan mereka.
********************
Putra Dzulkarnain termenung sendiri. Cuba mengingati kembali peristiwa petang tadi. Ya! Dia memang akui, dia memang banyak kali terserempak dengan gadis itu sebelum ini, dan setiap kali itu jugalah dia akan membalas senyuman gadis itu apabila gadis itu tersenyum kepadanya. Perkara yang jarang dia lakukan dengan pelajar perempuan lain di kampus. Dia sendiri tidak mengerti bagaimana lelaki yang dianggap ‘dingin’ di kampus sepertinya boleh begitu mudah membalas senyuman gadis yang langsung tidak dikenalinya. Malah setiap kali senyuman terukir, setiap kali itu jugalah satu perasaan halus yang begitu sukar untuk diatafsirkan menyelinap masuk ke dalam sanubarinya yang membuatkan jantungnya berdegup begitu kencang. Namun selama ini dia hanya mendiamkan diri sehinggalah hari ini, buat pertama kali gadis itu datang kepadanya lantas bercakap dengannya.
“Dzul!” satu tepukan kuat di bahunya membuatkan dia tersentak. Dia menolah lantas mengurut dadanya. Jantungnya waktu seakan-akan mahu melompat keluar.
“Nenda! Janganlah buat Dzul sakit jantung, nanti Dzul dulu yang tinggalkan nenda karang,” Putra Dzulkarnain menjeling manja pada nenek kesayangannya. Satu-satunya saudara yang dia ada dalam dunia ini.
“Hish! Cakap apa macam tu,” sekali lagi bahunya ditepuk dengan kuat. Putra Dzulkarnain sekadar tersengeh. Langsung tidak berniat untuk mengeluarkan kata-katanya tadi. Dia kembali melemparkan pandangannya ke arah kolam renang. Sekali lagi fikirannya melayang tanpa dia sedari.
“Ini kenapa ni? Nenda tengok sejak balik dari kampus tadi, Dzul asyik termenung je, kata demam, kenapa tak berehat saja dalam bilik?” soal Tengku Badariah kepada cucu tunggalnya itu. Satu-satunya jantung hatinya. Peninggalan arwah anak perempuan tunggalnya, Tengku Khaleeda.
“Tak ada apalah nenda, demam sikit je pun, tak teruk mana,” Putra Dzulkarnain menafikan. Tidak mungkin dia akan memberitahu nendanya tentang perkara yang sebenar. Nanti apa pula tafsiran nendanya itu. Bukan dia tidak kenal dengan nendanya itu, seorang wanita berkaliber yang agak susah untuk menerima kehadiran orang luar di dalam kehidupan cucunya yang satu ini. Sesiapa yang berdampingan dengan cucunya pasti akan disiasat sehingga ke akar umbi. Dari mana asal usulnya. Bagaimana keturunannya. Aduh! Nasib baik umurnya baru mencecah 21 tahun. Lambat lagi untuk dia memikirkan soal pasangan, teman sehidup semati.
“Ermm, yalah! Nenda nak keluar ni, ada urusan yang nenda kena uruskan, malam karang baru nenda balik, Dzul makan dulu, jangan tunggu nenda,” Tengku Badariah sempat menyentuh lembut ubun-ubun cucunya sebelum melangkah meninggalkan Putra Dzulkarnain yang hanya mampu menghadiahkan satu senyuman manis kepada nendanya.
******************
“Hati-hati!” Putri Nur Kaseh menarik tangan Putra Dzulkarnain dengan pantas sebelum sempat lelaki itu terjatuh ke dalam longkang yang berada di hadapannya. Sudahlah longkang itu besar, tinggi pula tu. Kalau jatuh, memang masuk hospital dia hari ini.
“Terima kasih, tapi macam mana awak nak tahu saya nak jatuh?” soal Putra Dzulkarnain agak pelik. Dia memang nampak longkang itu. Memang dia sudah biasa dengan longkang tersebut, kalau tidak kerana seseorang yang melanggarnya dari belakang, sudah tentu perkara tersebut tidak terjadi.
“Instinct!” Putri Nur Kaseh sekadar tersenyum lalu melangkah meninggalkan Putra Dzulkarnain terpinga-pinga. Dia langsung tidak memahami maksud di sebalik sepatah perkataan itu. Sudahlah semasa gadis itu menyentuh tangannya sebentar tadi, seperti ada arus elektrik yang mengalir ke dalam badannya. Uitt! Penangan apakah ini? Detiknya sendiri.
“Woooo!!! Ini dah lebih dah ni, sampai pegang-pegang tangan segala,” Rafiq tiba-tiba muncul entah dari mana. Putra Dzulkarnain sekadar mencebik. Malas nak melayan teman karibnya yang seorang itu. Suka sangat buat spekulasi yang bukan-bukan. Dia melangkah berjalan menuju ke tempat parkir kereta. Hari ini dia ada temujanji dengan nendanya untuk makan malam di salah sebuah hotel milik keluarga mereka.
“Putra! Aku tak puas hati la, apa hubungan kau dengan minah tu? Kau jangan tipu aku la, mustahil kau tak ada apa-apa hubungan dengan dia,” Rafiq merengus. Geram. Sakit hatinya bila gadis itu lebih suka melayan Putra Dzulkarnain yang dikenali sebagai lelaki tiada perasaan di kampus berbanding dengan dirinya, hero sepanjang zaman, lelaki yang paling terkenal di kalangan gadis-gadis.
“Weh, nama dia pun aku tak tahu, inikan pula nak ada hubungan, kau gila ke apa?” Putra Dzulkarnain meletakkan buku-buku yang dipegangnya di atas bumbung kereta Nissan Fairlady putih miliknya.
“Nama dia pun kau tak tahu? Nak menipu pun agak-agak la, siapa yang tak kenal dengan Putri Nur Kaseh yang sombong tu, yang tak suka berkawan, yang suka menyendiri, yang tak pernah senyum pada orang lain, kecuali dengan kau! Aku rasa semua student kat kampus ni kenal dengan dia, harap muka je cantik, tapi sombong gila!” Rafiq melepaskan segala rasa marahnya pada gadis itu. Tidak mungkin dia melupakan wajah gadis yang pernah menolak pelawaannya mentah-mentah apabila dia melamar gadis itu sebagai teman wanitanya.
“Aku rasa kan, kau sebenarnya yang ada hubungan dengan dia, semua benda pasal dia kau tahu!” Putra Dzulkarnain membuka pintu kereta. Bukunya yang berada di atas bumbung dicampakkan ke dalam kereta di bahagian duduk penumpang di sebelah pemandu.
“Nama dia pun Putri jugak ek? Cantik! Macam tuan dia!” Dia sudah memboloskan dirinya ke dalam kereta. Tiba-tiba dia tersenyum bila mindanya mula terbayang wajah gadis itu.
“Kalau kau betul-betul tak kenal baguslah! Aku ingatkan kau ada hati dengan dia, tahulah nama dia pun Putri kat depan, dan kau pula Putra, tapi kau kena ingat, dia dengan kita semua macam langit dengan bumi, kalau dengan kau lagi dia tak layak nak bersama, dia sekadar anak yatim yang tak tahu asal keturunan, sedangkan kau memang berdarah raja dan bangsawan sejak azali, kalau kau suka pun, nenda kau tu belum tentu akan terima orang yang tak tahu asal usul tu!” begitu sinis kata-kata yang keluar dari mulut Rafiq. Serta merta Putra Dzulkarnain keluar semula dari perut keretanya. Kolar baju Rafiq ditarik dengan kasar. Entah di mana silapnya lelaki itu sehinggakan api kemarahannya tiba-tiba meledak.
“Kau jangan ingat, kita ni golongan atasan, kaya, bangsawan! Kita ni mulia sangat! Iya aku tahu, nenda memang memilih soal siapa yang jadi kawan aku, tapi itu tak bermakna aku ataupun kau berhak nak hina orang miskin yang kononnya tak ada apa-apa, kalau mereka tak ada harta pun sekurang-kurangnya mereka ada budi pekerti, hati yang mulia! Jangan jadi bodoh la, belajar tinggi-tinggi tapi soal kasta, darjat masih jadi isu! Ingat satu je, kita duduk di bawah satu bumbung langit yang sama. Berkongsi Tuhan Yang Satu. Jangan tunjuk diri kau yang memang dah bodoh ni makin bodoh la!” puas hati Putra Dzulkarnain dapat meluahkan kata-kata tersebut. Dia memang kurang bercakap selama ini tetapi tidak bermakna dia akan membiarkan seseorang itu berbicara tentang sesuatu yang boleh menimbulkan kemarahannya. Walaupun dia kurang bersosial dengan orang sekeliling tetapi dia paling tidak suka menilai seseorang hanya berdasarkan darjat mahupun keturunan. Walaupun dia dibesarkan oleh wanita yang mengambil berat soal darjat dan kasta, tetapi dia sedikitpun tidak terpengaruh.
“Alah! Rileksla! Aku bercakap benda yang betul!”
“Betul kepala otak kau!” dia memboloskan badannya lagi sekali ke dalam perut kereta. Enjin kereta dihidupkan lantas meninggalkan Rafiq yang sedang membara bila dimarahi sebegitu. Tetapi Rafiq memang sudah biasa dimarahi begitu oleh Putra Dzulkarnain. Memang sahabatnya itu agak baran kalau ada sesuatu yang mendatangkan kemarahannya.
*****************
“Dahlah asal dari rumah-rumah anak yatim saja! Ada hati nak dekat dengan golongan tengku-tengku,” suara sinis yang berbisik di belakangnya membuatkan Putri Nur Kaseh mengeluh kecil. Menipulah kalau dia langsung tidak berkecil hati dengan umpatan tersebut. Namun dia lebih suka mendiamkan diri daripada melenting yang mungkin akan menimbulkan kekecohan yang tidak diingini.
“You! You ni Putri Nur Kaseh kan? Hai I Nina kawan Putra, kawan baik Putra!” seorang gadis yang begitu cantik dan ayu datang menyapa Putri Nur Kaseh. Putri Nur Kaseh sekadar mendiamkan diri. Salam yang dihulurkan tetap disambut namun seulas senyuman langsung tak terukir. Dia memang begitu, begitu susah untuk menguntumkan senyuman dengan seseorang yang baru dikenalinya.
“Nina!” satu panggilan yang kedengaran agak kuat menyebabkan Tengku Amanina tersentak lalu menoleh.
“Putra! Lamanya I tak jumpa dengan you! Rindu sangat dengan you!” Gadis itu terus sahaja berlari anak mendapatkan Putra Dzulkarnain lalu memaut mesra lengan lelaki itu.
“You kenal dengan dia ke?” soal Putra Dzulkarnain sambil mengerutkan dahi. Matanya terus memandang gadis yang sedang duduk membelakanginya ketika itu. Suasana di kantin semakin riuh rendah, apatah lagi dengan kehadiran Tengku Amanina, satu-satunya gadis yang boleh mendampingi Putra Dzulkarnain di kampus mahupun di luar. Walaupun gadis itu tidak menuntut di Malaysia, tetapi hampir setiap dua bulan gadis itu akan pulang ke Malaysia semata-mata mahu bertemu dengan Putra Dzulkarnain.
“Tak! Tapi you jangan ingat I tak tahu cerita! I dengar ada perempuan yang boleh tarik perhatian lelaki yang hati batu macam you ni!”
“Cerita yang you sendiri tak tahu kebenarannya! I langsung tak kenal dengan dia, tapi I tak tahu kenapa satu kampus ni nak kaitkan I dengan dia,” Putra Dzulkarnain bersuara kuat, sebenarnya cuba menarik perhatian gadis itu. Entah mengapa, walaupun ada perasaan halus yang timbul bila gadis itu berhampiran dengannya, namun lama kelamaan dia menjadi rimas bila namanya sering kali dikaitkan dengan gadis yang dia sendiri langsung tidak kenal. Malah gadis itu sendiri kelihatan seakan-akan mengikut ke mana sahaja dia pergi. Pada mulanya dia ingatkan mereka sekadar terserempak, namun lama kelamaan semakin dia merasakan gadis itu seperti menghantuinya saban hari.
“Betul ke? Boleh percaya ke? Tapi kan, dia memang cantik la you, tapi agak sombong sikit, lebih kurang macam you je,” Tengku Amanina memandang sekilas gadis yang langsung tak menoleh memandang mereka. Dia yakin, gadis itu memang mempunyai keistimewaan tersendiri.
“Jangan samakan I dengan dia boleh tak, jomlah! Kita pergi makan nak, I lapar!”
“Tak nak ajak dia sekali ke?” Tengku Amanina cuba untuk berseloroh. Tapi kalau betul pun dia tidak kisah. Dia memang mahu mengenali gadis itu dengan lebih lanjut.
“You!” Putra Dzulkarnain meninggikan sedikit suaranya. Kedengaran agak keras dan Tengku Amanina faham sangat dengan nada tersebut.
“Ok! Jom! Bye Kaseh, kalau ada jodoh kita jumpa lagi ok!” Sempat Tengku Amanina mengucapkan selamat tinggal. Putra Dzulkarnain terus menjeling tajam.
**************
Putri Nur Kaseh termenung sendiri. Tiba-tiba hatinya diruntun rasa pilu. Pilu bila teringatkan kembali peristiwa dahulu. Peristiwa yang banyak meninggalkan kesan di dalam kehidupannya. Dulu dia bukannya seorang yang pendiam seperti sekarang. Kata Ibu Zaleha, dia dahulunya seorang yang ceria, suka bercakap tidak kira masa. Namun segala-galanya mula berubah setelah kematian ayahnya. Ayahnya yang mati akibat menghidap penyakit berbahaya membuatkan dia terus berubah. Dia tiba-tiba sahaja memencilkan diri. Hidup dalam dunianya sendiri malah begitu pendiam. Bercakap bila perlu sahaja. Perwatakan tersebut terus dibawa sehingga ke alam dewasa.
“Kaseh!” suara yang cukup dikenalinya mula kedengaran.
“Ada apa ibu?” Kaseh menyembunyikan sekeping gambar lama di tangannya ke belakang. Dia tidak mahu wanita yang banyak berjasa kepadanya itu sedih pula melihat keadaannya.
“Kaseh buat apa lagi kat sini, dah Maghrib ni sayang, masuk ke dalam,” arah Ibu Zaleha, wanita yang mengambil alih rumah anak yatim tersebut setelah kematian ayah Putri Nur Kaseh. Dahulu rumah anak-anak yatim ini diuruskan sendiri oleh arwah ayah Putri Nur Kaseh. Siapa bilang dia tiada asal keturunan. Dia ada ayah dan dia begitu jelas dengan asal keturunannya. Walaupun sejak kecil dia memang dibesarkan di sini, tetapi dia adalah anak pemilik rumah anak-anak yatim ini yang kini diserahkan kepada sahabat baik arwah ayahnya, Ibu Zaleha. Walaupun pelbagai tanggapan yang dibuat oleh masyarakat sekeliling mengenai status sosialnya, dia langsung tidak ambil peduli. Yang penting dia tahu siapa dirinya yang sebenar.
“Kaseh masuk dulu ibu,” Kaseh meminta diri lalu melangkah meninggalkan Ibu Zaleha yang hanya memandangnya sambil menggelengkan kepala beberapa kali.
“Leha tak tahu lagi apa yang harus Leha lakukan untuk kembalikan Kaseh sama seperti waktu kanak-kanak dulu Syam, Leha gagal untuk buatkan dia kembali ceria seperti dulu!”
*****************
Putra Dzulkarnain terjaga dari tidurnya. Peluh jantan membasahi wajahnya. Mimpi yang membuatkan dia begitu bingung. Kenapa dia harus mengalami mimpi itu. Selama ini dia tidak pernah mengalami mimpi tersebut, namun semenjak kehadiran gadis itu di dalam kehidupannya walaupun secara tidak langsung telah membuatkan fikirannya begitu terganggu.
“Gila! Macam mana aku boleh mimpi aku cium dan peluk dia! Siap menangis lagi! Apa semua ni?” dia berbicara sendiri. Mukanya diraup beberapa kali. Dalam masa yang sama dia cuba untuk mengurangkan debaran di dada yang dia rasai ketika itu. Degupan yang cukup membuatkan nafasnya naik turun.
Telefon bimbitnya yang berdering secara tiba-tiba membuatkan dia hampir terjun dari katil. Dia mencapai telefon bimbit tersebut dan diamati nombor telefon yang tertera di skrin. Nombor yang langsung tidak dikenalinya.
“Siapa pula yang telefon dalam pukul tiga pagi ni?” bebelnya sendiri. Namun panggilan tersebut tetap dijawab.
“Hello!” dia menjawab panggilan itu dengan malas-malas.
“Assalamualaikum,” suara halus yang memberi salam membuatkan dia mengerutkan dahi. Suara yang selama ini tidak pernah didengarinya. Silap nomborkah?
“Waalaikumussalam,” salam tetap juga dijawab walaupun agak lambat.
“Baru lepas mimpi kan?” soal suara halus itu. Kali ini betul-betul membuatkan Putra Dzulkarnain hampir melemparkan telefon bimbit yang dipegangnya. Dia sudah tahu siapa gerangan pemanggil tersebut.
“Macam mana awak tahu nombor telefon saya? Macam mana awak tahu saya baru lepas bermimpi! Awak ni siapa sebenarnya? Awak nak apa sebenarnya ni?” soalan bertubi-tubi keluar dari mulut Putra Dzulkarnain. Entah mengapa perasaan marah mulai timbul terhadap gadis itu.
“Saya baru lepas mengalami mimpi yang sama,” jawab suara halus itu dengan lembut.
“Hei! You listen here! Jangan ganggu saya lagi. Jangan sesekali ganggu saya lagi. Saya tak suka! Jangan cuba-cuba nak telefon nombor ni lagi, awak tahu tak, awak ni menakutkanlah!” Putra Dzulkarnain memutuskan talian. Dengan pantas dia bergerak menuruni katil. Dia berjalan ke kiri dan ke kanan tanpa henti. Perasaannya langsung tidak tenang. Mengapa gadis itu boleh menganggu kehidupannya.
***********************
“Dengar sini! Saya tak tahu siapa awak! Dari mana asal usul awak! Tapi apa yang saya tahu, awak jangan sesekali ganggu saya lagi, jangan cuba-cuba ikut ke mana saja saya pergi! Faham!” entah syaitan mana yang menghasut Putra Dzulkarnain waktu itu, dia sendiri tidak pasti. Apa yang pasti dia begitu tidak selesa dengan perasaan yang dialaminya ketika itu.
“Putra! Tak baiklah you buat macam ni dekat dia,” Tengku Amanina yang mengikut Putra Dzulkarnain ketika itu langsung tidak menyangka lelaki yang menjadi sahabat baiknya selama ini bersikap sekasar itu. Dia kenal Putra, memang lelaki itu agak dingin tetapi lelaki itu bukan jenis yang suka meninggikan suara dengan orang sebarangan tanpa sebab yang munasabah.
“Tak baik you cakap! You tahu tak, perempuan ni menakutkan! Ke mana saja I pergi I pasti akan terjumpa dengan dia, kalau tak dia ikut I macam mana dia boleh ada di mana saja I ada, dan satu lagi apa sahaja yang berlaku pada I dia mesti tahu! Menakutkan you faham tak!” suara Putra Dzulkarnain begitu kuat. Langsung tidak mempedulikan bahawa mereka sedang berada di perpustakaan ketika itu. Walaupun ada suara yang melarang namun semua itu langsung tidak diendahkan.
“Kan aku dah beritahu kau! Perempuan ni obsess dengan kau!” suara Rafiq pula kedengaran. Serentak itu satu tamparan kecil singgah di lengannya. Tengku Amanina menjeling tajam. Tidak suka dengan sikap Rafiq yang seakan-akan sedang menuang minyak ke atas api.
“Kalau saya beritahu, bukan saya yang ikut awak, macam mana? Awak percaya?” akhirnya Putri Nur Kaseh bersuara. Dia bangun dari kerusi lalu mengadap memandang lelaki yang sedang merenung bengis ke arahnya.
“Habis tu saya yang ikut awak?”
“Kalau saya katakan semua tu hanyalah takdir macam mana?” soal Putri Nur Kaseh sekali lagi. Lelaki di hadapannya direnung dengan mendalam dan penuh makna.
“Mengarut sajala! Habis tu yang awak telefon dan kacau saya malam-malam buta tu? Takdir juga ke? Dah! Saya tak nak dengar cakap mengarut awak ni lagi! Ingat! Saya bagi amaran! Jangan cuba ikut saya lagi! Faham!” Putra Dzulkarnain melangkah meninggalkan Putri Nur Kaseh sendirian. Mata-mata nakal mula memandang kepadanya dengan pandangan yang serong. Tiba-tiba Putri Nur Kaseh berlari pantas.
“Awak kena hati-hati! Hati saya berasa tak sedap dalam dua tiga hari ni! Macam ada sesuatu yang tak diingini akan berlaku! Awak kena hati-hati!” laung Putri Nur Kaseh dengan kuat. Air mata mula bergenang di tubir matanya. Bagaimana harus dia jelaskan semua yang terbuku di dalam hatinya ketika itu.
Putra Dzulkarnain berhenti melangkah buat seketika. Namun dia langsung tidak menoleh. Selepas itu dia kembali menyambung langkahnya. Ada perasaan aneh sekali lagi menyusup masuk ke sanubarinya. Tiba-tiba muncul perasaan sedih yang sukar untuk dia mengertikan. Kenapa dia harus sedih? Adakah dia sedang melakukan perkara yang salah? Adakah gadis itu sebenarnya langsung tak bersalah.
****************
“Alhamdulillah Dzul dah sedar,” Tengku Badariah terus memeluk erat cucu kesayangannya. Sudah beberapa hari cucunya itu tidak sedarkan diri setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya.
“Dzul kat mana ni nenda?” tanya Putra Dzulkarnain sambil memegang kepalanya yang berbalut.
“ Dekat hospital. You accident la Putra! You dah takutkan semua orang tahu tak! Macam mana you boleh bawa kereta dalam gelap tanpa buka lampu!” marah Tengku Amanina. Namun dia begitu gembira apabila sahabatnya itu sudah sedarkan diri.
“Macam mana keadaan cucu saya doktor?” soal Tengku Badariah sebaik sahaja melihat seorang doktor masuk ke bilik cucunya dan ditemani dua orang jururawat.
“Alhamdulillah cucu Tengku dah sedar, mengikut pemeriksaan saya sebelum ni, tak ada kecederaan yang serius, dia hanya kehilangan banyak darah saja, nasib baik ada insan yang baik hati sudi dermakan darah memandangkan jenis darah yang dimiliki oleh cucu Tengku ni susah untuk didapati, dekat hospital masa tu pun darah jenis tu memang dah berkurangan,” doktor tersebut berterus terang.
“Siapa yang baik hati tu, saya teringin nak kenal dengan dia, nak ucapkan terima kasih,” Tengku Badariah bertanya lagi.
“Maaf, saya diminta merahsiakan perkara tersebut,” doktor itu berterus terang. Putra Dzulkarnain pula terdiam seribu bahasa. Hatinya mula terdetik sesuatu.
“Doktor, orang yang dermakan darah untuk saya tu perempuan kan? Tinggi, putih, cantik orangnya, dan dia bertudung kan?” entah dari mana semua itu datang Putra Dzulkarnain sendiri tidak pasti. Apa yang pasti dia hanya terfikirkan gadis itu. Memang dia hanya terfikirkan gadis itu sahaja. Gadis yang sudah lama tidak dilihatnya. Gadis yang sentiasa melarikan diri apabila mereka terserempak semenjak peristiwa di perpustakaan dahulu.
“Doc please!” rayu Putra Dzulkarnain apabila dia melihat doktor tersebut seakan-akan masih lagi enggan memberitahu perkara yang sebenar. Dengan berat hati, akhirnya doktor tersebut mengangguk. Putra Dzulkarnain tersenyum dan tanpa dia sedari air matanya tiba-tiba gugur tanpa dia pinta.
“Kenapa? Dzul kenal ke?”
“Putri Nur Kaseh nenda! Perempuan satu kampus dengan Putra,” giliran Tengku Amanina pula bersuara.
“Putri Nur Kaseh?” serta merta wajah Tengku Sabariah berubah.
********************
“Sampai hati nenda buat Dzul macam ni,” Putra Dzulkarnain mula menangis.
“Dzul! Nenda dah cuba cari tapi nenda gagal! Nenda tak nak beritahu Dzul perkara yang sebenar takut Dzul kecewa, tapi percayalah nenda juga sayangkan dia!”
“Kalau nenda sayangkan dia macam mana nenda sayangkan Dzul nenda sepatutnya beritahu perkara ni pada Dzul awal-awal lagi, kalau nenda tak boleh nak cari dia, mungkin Dzul boleh cari dia! Nenda kejam! Nenda tak sukakan arwah ayah tapi nenda seksa Dzul! Nenda seksa kami! Apa salah kami nenda? Nenda sanggup pisahkan Dzul dengan arwah ayah sedangkan nenda tahu arwah ayah begitu sayangkan Dzul! Nenda memang kejam!” air mata yang bercucuran jatuh sudah tidak dipedulikan lagi. Hakikat yang baru sahaja diketahuinya membuatkan dia begitu sedih dan kecewa dengan sikap nenek kandungnya sendiri.
“Ya! Nenda memang tak suka arwah ibu Dzul kahwin dengan arwah ayah Dzul, tapi nenda tak tahu yang yang mereka…
“Dah la nenda! Dzul tak nak dengar…
“Betul! Nenda tak tahu sehinggalah ada seorang insan yang tidak dikenali datang pada nenda dan menceritakan perkara yang sebenarnya, waktu itu sudah sepuluh tahun selepas kematian arwah ibu Dzul, masa itu juga arwah ayah Dzul sudah meninggal”
“Dzul tak nak dengar apa-apa lagi nenda! Dzul cuma nak jumpa dengan dia!” Putra Dzulkarnain melangkah meninggalkan neneknya yang berada dalam seribu penyesalan. Kesilapan di masa lampau yang memakan dirinya sendiri.
Waktu itu tiba-tiba sahaja timbul perasaan rindu yang mendalam terhadap arwah anak tunggalnya. Takdir yang telah memisahkan Tengku Khaleeda dengan suami tercinta Syamsul. Disebabkan rasa benci dan sikap angkuhnya yang terlalu memikirkan soal darjat dan keturunan dia telah menghalau anak kandung sendiri keluar dari rumah apabila memilih pasangan yang dikatakan langsung tidak memenuhi syarat yang dipinta. Namun setelah beberapa tahun dia hidup bersendiri, arwah anaknya pulang semula ke villa pusakanya untuk melepaskan rasa rindu terhadap dirinya yang sudah bertahun-tahun tidak ditemui. Waktu itu, Tengku Khaleeda hanya membawa seorang sahaja cucunya untuk dijadikan teman. Pada sangkaannya anak kecil yang dibawa oleh Tengku Khaleeda ketika itu adalah cucu tunggalnya. Siapa sangka, takdir sekali lagi telah menyebabkan anak tunggalnya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan pulang ke pangkuan suami sehingga meragut nyawa. Allah Maha Berkuasa apabila cucu yang ada bersama-sama arwah anaknya ketika itu selamat. Ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu rasa sedih yang dialaminya. Namun oleh kerana bimbang dirinya akan berpisah dengan cucu yang menjadi penyambung zuriatnya, dia telah membawa lari cucu lelakinya itu ke luar negara tanpa menyedari hakikat bahawa dia sebenarnya masih ada seorang lagi cucu perempuan dan mereka berdua adalah kembar.
“Maafkan nenda Dzul, maafkan nenda Kaseh, Nenda dah banyak lakukan dosa selama ni,” dia merintih seorang diri. Penyesalan yang dirasai ketika itu seperti tidak tertanggung lagi.
******************
Putra Dzulkarnain melabuhkan punggung di atas bangku kayu di sebelah Putri Nur Kaseh. Jarak mereka agak jauh ketika itu. Waktu itu, perasaannya mula diruntun rasa sebak. Gadis yang jauh termenung yang langsung tidak menoleh memandangnya diamati lama. Akhirnya air mata lelakinya jatuh membasahi pipi.
“Baby sihat?” dia terus bertanyakan soalan.
“Baby? Arwah ayah cakap, arwah ibu yang beri gelaran tu pada Kaseh, kata dia itu panggilan manja Kaseh dan juga panggilan yang….
“Along guna untuk panggil adik kembar kesayangan Along dulu kan?” dia menyambung kata-kata Putri Nur Kaseh. Putri Nur Kaseh hanya mendiamkan diri. Lama kelamaan terdengar esakan kecil dari arah gadis itu.
“Along minta maaf! Along ingat-ingat lupa, Along langsung tak ingat nama sebenar Baby, masa tu umur kita baru tiga tahun, Along langsung tak ingat yang Along sebenarnya ada adik kembar. Walaupun kadang-kadang bayang-bayang kita bersama kerap muncul, Along tak dapat nak bezakan sama ada benda itu realiti aataupun hanya fantasi Along,”
Akhirnya Putri Nur Kaseh menoleh. Wajah lelaki yang begitu dirinduinya diperhati lama. Air mata yang mengalir hanya dibiarkan sahaja tanpa diseka. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia merindui kembarnya itu. Insan yang selalu wujud di dalam hatinya. Yang sentiasa dia merasakan kehadirannya walaupun jarak antara mereka begitu jauh. Naluri dia terhadap abang kembarnya itu begitu kuat.
“Dah berapa lama Baby tahu Along ni kembar Baby?”
“Dua tahun!” jawab Putri Nur Kaseh jujur. Semenjak dia tahu, kembar yang dia cari selama ini adalah Putra Dzulkarnain, dia sering kali menjadi bayang-bayang lelaki itu. Walaupun pertemuan mereka tanpa dirancang, tetapi mereka sering kali bersua tanpa dipinta.
“Dua tahun? Dan Baby hanya diamkan diri! Langsung tak beritahu Along perkara yang sebenar?” hati Putra Dzulkarnain semakin pilu. Pedih hatinya bila memikirkan perasaan adik kembarnya yang terpaksa menanggung hakikat itu sendirian tanpa diluahkan. Betapa adiknya begitu menyayangi dan merinduinya selama ini.
“Baby tak tahu nak cakap macam mana? Tapi Baby bahagia kalau dapat tengok Along bahagia!” jawab Putri Nur Kaseh teresak-esak. Tanpa ragu-ragu lagi Putra Dzulkarnain terus mendapatkan Putri Nur Kaseh lalu diraih gadis itu ke dalam pelukannya. Dahi gadis itu beberapa kali dikucup dengan penuh kasih sayang dengan penuh rasa rindu yang terpendam. Sesungguhnya perasaanya selama ini tidak pernah menipu. Perasaan yang dia rasa apabila berdekatan dan bersentuhan dengan gadis itu sebenarnya perasaan yang wujud disebabkan mereka mempunyai hubungan yang begitu erat. Rupa-rupanya gadis yang
“Baby sayangkan Along!”
“Iya! Along juga sayangkan Baby!” pelukannya semakin dieratkan. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan yang dirasai oleh mereka berdua ketika itu. Putri Nur Kaseh! Adik kembar yang selama ini dia tidak menyedari akan kewujudannya. Putra Dzulkarnain bersyukur kepada hadrat Ilahi kerana memberi peluang untuk dia bertemu semula dengan satu-satunya insan yang pengikat hubungan cinta sejati antara arwah ayah dan ibunya.
P/S: Jemput baca cerpen Sha yang tak seberapa ni. Rasanya inilah cerpen Sha yang paling pendek yang Sha hasilkan. Dah lama tak menulis cerpen. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen. Salam Sayang, Sha Ibrahim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
:D suke.
ReplyDeletesy ske sgt lau cite2 budak2 kembar. lambang kasih sayang adik beradik .^^
tahniah~
lau sambung lagi pun, okey jugak! hehe...
sambung..sambung..sambung.... best2
ReplyDeletebaru baca cerpen ni...
ReplyDeletebest...kalo blh sambung la lagi...
Never bored even though I've read it almost hundred times.. Keep up the good work..^_^
ReplyDeletehttp://nalurerenewws.blogspot.com/2018/09/taipanqq-beberapa-buah-yang-ampuh-atasi.html
ReplyDeletehttp://updatetaipanbiru.blogspot.com/2018/09/taipanqq-5-hal-buruk-yang-terjadi-pada.html
Taipanbiru
TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
-KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
• BandarQ
• AduQ
• Capsasusun
• Domino99
• Poker
• BandarPoker
• Sakong
• Bandar66
Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
customer service kami yang profesional dan ramah.
NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
• WA: +62 813 8217 0873
• BB : E314EED5
Daftar taipanqq
Taipanqq
taipanqq.com
Agen BandarQ
Kartu Online
Taipan1945
Judi Online
AgenSakong